|
Bismillah..
Dah tak tertanggung rasanya hati aku skrg ni.. aku tak tau berapa lama lagi aku mampu bertahan.. aku dah berkahwin hampir 4 tahun..anak sorang umur 2 tahun. The biggest problem in my marriage I would say is because of our sex life.
Kami suami isteri bercinta 5 tahun, dasar suka sama suka.. dari awal perkahwinan, aku noticed suami aku ni tak berape ada hati utk bersama. Aku tak tau kenapa. Dari awal kahwin. Aku tak pernah experience a real honeymoon.. sedih mmg sedih. Aku ni isteri dia..kenapa aku tak dilayan sbgmana selayaknya seorg isteri? Dah penat aku ajak bincang psl isu ni..aku sanggup ikhtiar sama2 dgn dia utk improve tapi kalau tuan punya badan pun takde effort apa yg aku boleh buat? Dari 1st mth of marriage aku dah suarakan tpi sampai hari ni problem ni masih ada. Aku dah try goda, aku dah try ckp elok2, bincang2, nangis2, jerit2, semua tak jalan. Aku ajak pegi kaunseling, dia taknak, end up aku dtg sorang je utk kaunseling tu. Sampai bila aku kena hidup mcm ni?? Skrg ni kalau ada masa utk bersama pun its so unsatisfying.. Aku tak tau cmana nak terangkan tpi aku dpt rasa dia buat pun semata2 to keep my mouth shut. So that i cant accuse him of not performing his duty as a husband.. aku penah caught dia redhended tgh tgok porn sambil you-know-what. Hancurnya hati aku..aku yg halal ni dia taknak..yg haram tu jugak dia hadap. Aku sentiasa doa utk Allah pelihara aku dari benda bukan2 and hopefully selamatkan marriage ni.. tpi semua aku! Semuanya aku yg buat, aku yg pikir, aku yg tanggung, this is not the marriage that I signed up for.
Aku tak tau ape contribution dia dlm rumahtangga specifically for me. Kami duduk di rumah sendiri, kami bayar monthly half-half. Utk anak, dia byr pampers and susu. Utk nursery, astro, unifi, bills, weekly maid, tu aku. Weekdays bangun pagi mandikan anak siap2 pegi nursery, aku. Balik kerja ambik anak settlekan dinner, aku. Malam2 anak nak ajak main2, feed dia, tukar pampers, buat susu, basuh kain, sidai and lipat kain, aku. Ape dia buat? Bngun pagi settlekan diri sendiri terus keluar pegi keja. Balik umah most of the time aku dah sampai dulu, rilek je dia dinner lepas tu lepak dpn tv. Best kan. Bila aku mintak tolong utk siapkan susu anak, dah tarik2 muka. Kalau aku mintak tlg lebih sket contoh tlg basuhkan botol susu skali, dah tengking2. Dia igt aku ni maid dia ke? Aku penah tegur kalau makan tu if taknak basuh pun aku ckp sekurang2 nya tolong la letak dlm sink. Ni tak..dia biar je kat mana tempat dia makan sampai semut2. Kadang2 aku dah tido, dia lepak dpn tgok tv. Bangun pagi tgok dah bersemut2 tempat tu. Semua aku. Aku aku aku.
To make it worse, suami aku seorg yg panas baran. Kalau dia rase aku tegur dia something yg betul and he doesn’t like to hear it, dia akan mencarut2 tendang2 campak2 barang. Part yg paling meruntun hati aku, dia buat semua ni depan anak aku. Sampai kdg anak aku ckp kat aku, ‘dah mummy, dah dah’, and dia nangis. Anak aku adalah sebab aku masih lagi tak bercerai. Even husband aku admit benda ni. Aku tak tau betul ke tindakan aku utk stay in this marriage because I don’t want my son to grow up without a father. Aku takut aku buat decision yg salah..aku takut aku aniaya anak aku, aku takut aku selfish. Everytime lepas gaduh, husband aku akan keluar rumah balik tengah2 malam or tak balik, or..dia terus tido kat bilik lain..and tak pedulikan kami.
Benda2 yg mcm ni bila aku rase semua atas bahu aku, dgn nafkah batin aku yg sentiasa terabai, aku slalu tnya diri aku, what is there to fight in this kind of marriage? Seriously..aku betul2 dah hilang arah..aku tak tau apa yg patut aku buat..i feel so unwanted..useless..aku rasa mcm mana aku berubah utk happykan dia, there are always flaws and itulah yg dia nampak. Aku penat. Aku penat mengalah, aku penat pujuk hati aku sendiri, aku penat dgn selalu rasa terhina sbb dia taknak bersama, aku penat utk keep on pleasing someone yg tak pernah cuba hargai aku..aku penat.
Pls guys..i need your advice.. aku taknak jadi isteri yg derhaka..dan aku jugak taknak jadi isteri teraniaya..
|
|
|
|
|
|
|
|
better to grow up without a father than growing up having an abusive father. dont make your child a reason to stay in an abusive marriage. you have a right to choose. choose well. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak aku adalah sebab aku masih lagi tak bercerai
hari2 anak tgk drama ayah dgn mak, nanti memori tu dia ingt smpi besar
agak2nya dia akan ingt mak dia lemah ke mak dia kuat sbb pasrah? |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Hidup berkeluarga ni kena ada give and take.
kalau sorang je memberi sorang lagi buat tak gheti mmg la timbul tak puas hati merata2.
lagipun yg duk dlm perkahwinan ni namanya manusia.
mmg ada hati dn perasaan, ada kemahuan, ada nafsu dn keinginan.
tak salah kalau hang rs down sbb hang ni pompuan.
pompuan ni fitrahnya mmg ingin dibelai, ingin dimanja, nakkan perhatian.
cuma biasanya mmg lagu ni la cerita rumahtangga manusia.
time bercinta semuanya manih belaka, time serumah terbuka segala2.
sebenaqnya ini merupakan fasa pengenalan hangpa suami isteri bina dunia baru.
time ni lah hangpa berdua akan kenai peribadi masing2.
kalau ribut taufan, tsunami, badai mmg time ni lah depa nak mengganas.
tapi bila nama manusia ni kita diberikan akai.
hang kena pandai kawal nafsu kalau laki hang tak pandai.
hang yg kena make move kalau laki hang beku.
what is the purpose of you being his wife?
hang dah give up ka? atau hang sebenaqnya deep down masih syg kat suami hang?
Tanya pd diri hang sendiri soalan ni, then hang list down kan apa keburukan & kebaikan hang stay dlm perkahwinan tu.
tapi hang jgn bias, kalau hang list down kan kebaikan hang, kena jugak list down kan dgn kebaikan dia.
jgn pulak hang list down kebaikan hang tapi part dia semua keburukan yg keluaq.
mmg la hang menang.
bila hang dah puas hati dgn senarai yg hang buat..hang pikiaq la masak2 dgn keputusan hang.
dn kalau hang rasa he is there for nothing, no contribution, no use, no function at all as 'suami',
rujuk pd yg arif dlm bab2 syariah ni.
depa lebih berpengalaman, depa dh cuba mcm2 karenah pasangan dn insyaallah depa buleh bantu.
kita perlu bantuan dpd yg ahli dlm bidangnya sbb biasanya depa la yg paling mahir nk bukak mata dn pemikiran hang ttg masalah hangpa berdua.
kadang kita ni kawen takdak ilmu.
brp ramai yg sebelum kawen mengaji buku rumahtangga utk jadi suami isteri solehah?
boleh dikira jah oi.
sambil2 golongan pro ni bantu hang, sambil2 lah depa duk isi ilmu rumahtangga yg mungkin slm ni hangpa suami isteri terlepas pandang.
berkat hang tau. mudah mudahan dgn keberkatan sesi tu Allah turunkan rahmat buat hang suami isteri utk lebih peka dgn tggjwb masing2.
hang pun jgn lupa, mmg la kita ni pompuan.
walau kita kena rendam perasaan, kita masih jugak kita ada hak utk betulkan mana2 kepincangan dlm rumahtangga disebabkan oleh kelalaian suami.
kita mmg patut hormat kat laki, tapi kalau dh laki hang tak mkn saman..tolong la tegas sikit.
jgn duk menangis, duk buntu lama2. takdak guna.
cuba bangkit, cuba cari alternative lain yg boleh buat hang bertenang.
kalau perlu keluaq umah, keluaq la.
mintak izin duk umah mak pak hang seminggu dua then uruskan apa yg patut ttg motivasi diri.
mungkin jgk masa ketiadaan hang nanti baru laki hang tau betapa dia perlukan hang sbg bini dia.
depan mata mmg xnpk, dh xdak nanti baru terintai2. itu biasa.
apa pun, hang cubalah mana yg terbaik semampu hang.
hang mohon sungguh2, doa sungguh2 spy hang diberi petunjuk utk sgl yg terbaik buat diri hang dn keluarga.
lepaih ni cuba kumpul semangat.
buat keputusan ikut pertimbangan bkn perasaan.
insyaallah akan ada jalan keluaq yg hang tak sangka2 kalau hang dah betui2 usaha.
aku doakan yg terbaik.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Bersimpati dgn tt..cuba tanya suami adakah dia masih menyayangi anda & keluarga..bersemuka dan luahkan segala yang terpendam, tengok reaksinya...kalau masih tak berubah mungkin berpisah adalah jalan terbaik....nanti anda juga stress kalau masih mengharap orang yang dah tak sudi....jangan sampai anda pula yang sakit kerana anak anda memerlukan anda.... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Walk away sblm jd lagi terok. Biar anak ko x berbapak dr dia ikut baran bapak dia dh besar karang.budak2 learn from example tau.
Jgn aniaya diri ko ngan anak ko lg.laki ko tu x layak dibuat laki.baik jd kucing je. Last edited by mokcikKSKB on 22-12-2014 09:33 AM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
melayu nie banyak suka pertahan rumahtangga.. pelik.. buang masa ja pertahan.. tunggu orang berubah.. kalo kena ke aku.. ceraikan ja bini.. tp kes nie.. kisah bertahan seorang isteri.. aku xnak pikir apa2 dah.. kecuali nafkah ke anak ja.. suri leh cari lain.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
suami tt ni ade masturbation addiction atau chronic masturbation kot...sebab tu dia hilang minat untuk make love...kena pergi terapi untuk bersihkan fikiran dia dan ketagihan dia tu...panas baran dia tu hanyalah perasaan dia yang malu pada diri sendiri???
terpulangla pada tt to walk away atau teruskan...tt berhak untuk bahagia... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rottberry posted on 22-12-2014 09:14 AM
Hidup berkeluarga ni kena ada give and take.
kalau sorang je memberi sorang lagi buat tak gheti mmg ...
pandangan dan nasihat yang baik rottberry..
tt,
mungkin anda perlu baca pandangan rott ni..
bg sy, nasihat yang padat..
mungkin anda perlu duduk dan berfikir sejenak pandangan2 forumer disini..
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tt....bole tau suami keje ape? dan tt keje ape?
suami tt tu ada ego yg tinggi mungkin lebih kurang sama dgn aku
suami cani akan minta perhatian lebih dari isteri...dan isteri yg bekerja kene berjaga2
suami yg ego ada 2 benda dia xsuka...ape2 teguran secara direct dan isteri mulut laju/mulut bising
elok juga dia tendang kerusi..takut esok2 dia tendang org pulak
org camtu xbole ditegur...kalo nak tegur kene cara yg lembut
isteri kene tau bila masa mood suami ok bila masa xok (selalunya time penat)
tp bila masa dia penat tu la peluang utk amik hati dia...offer urut ke offer buatkan air ke
bila semua tu dah dibuat, nanti simpati tu dtg sendiri dlm hati dia
mula2 akan rasa penat tp lama2 dia akan sedar sendiri...silap2 semua kerja rumah dia akan tolong buat
yg pasti jgn sesekali bg arahan pada dia
benda2 lain mcm berhias, sentiasa senyum, sentiasa bg sokongan moral...tu benda basic kene buat gak
aku pasti isteri akan highlight byk benda dia kene buat dari A-Z
tp utk suami yg panas baran/ego mmg camtu cara nak amik hati dia
kalo dia xdpt ape yg dia nak (isteri kene paham2 sendiri)...kalo dia byk duit minta maaf ckp mungkin dia akan cari lain...melaluli kenalan aku semuanya end up mcm ni
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
rottberry posted on 22-12-2014 09:14 AM
Hidup berkeluarga ni kena ada give and take.
kalau sorang je memberi sorang lagi buat tak gheti mmg ...
my idea of marriage is 2 persons sharing their life together, be there for each other in ups and downs, bahagiakan one another.
give up? aku belum tau jawapan utk ni..sbb mmg aku penat dgn life aku yg tak sudah2 bergaduh sbb sex, tpi at the same time aku rase my fear took over me..aku takut aku tak kuat utk melangkah keluar dri marriage ni. aku takut..sbb tu selama ni aku sentiasa memaafkan and try utk move on. tapi problem ni tak pernah hilang. sentiasa ada utk kami bertekak. sentiasa jadi racun. part yg aku plg dissapointed is dia tak pernah betul2 put effort utk gembira and bahagiakan aku..airmata aku pada dia takde makna apa2.. aku igt suami adalah org yg akan protect isteri dia tpi in my case, its totally the opposite..
aku akan ikut suggestion ko utk listdown pros and cons kami berdua dlm marriage..thanks so much.
aku pernah ajak dia utk jumpa dgn yg pakar..utk bincang sama2, utk face apa jugak problems yg kitorg ada. tpi kalau aku je yg melangkah, dia duduk je dekat situ, apa yg aku boleh buat? aku pegi kaunseling sorang2..2 kali dia buat mcm tu and dia mmg ckp terus terang kat aku dia takkan pegi. cara ni tak jalan, aku try cara lain. aku penah slowtalk dgn mak dia psl problem ni..malu mmg malu..sgt2. tapi niat aku adalah utk cari solution and harap2 kalau datang dari mak dia mungkin dia nak berubah. mmg dia berubah..seminggu dua. lepas tu balik ke perangai lama. mak dia suruh aku sabar. aku penat utk sabar. sabar aku dah nak hilang. dah nipis senipis2nya skrg.
aku sayang tak kat husband aku? yes aku sayang. cinta? aku tak sure. aku pandang dia sbg ayah kepada anak aku. kalau mood dia ok, dia adalah ayah yg terbaik. dia tak kisah utk layan2, main2 dgn anak aku, bahagia sgt aku tengok..tpi benda ni boleh dikira berapa kali.
keluar rumah? done that. bukan semggu dua, 2 bulan aku keluar umah duk umah parents aku. dia tak cari aku pun. manusia plg ego aku penah jumpa. masa tu aku kalah..aku cari dia balik sbb anak aku masih baby..aku bodoh. aku cari dia balik sbb aku nak share moments tgok anak aku mmbesar dgn dia. parents aku pesan jangan..jgn cari selagi dia tak buat first move..aku buat jugak, aku cari dia, aku kalah..masa tu cinta aku tebal lagi. aku sgt lemah and fragile.. aku tak tau apa yg aku nak..dlm otak aku, anak aku deserve utk mmbesar dgn both parents, bukan dgn salah seorang.
aku tak tau aku punya expectation utk seorg husband tu tinggi sgt ke..sampai susah sgt utk dia buat..aku tak tau..aku betul2 lost skrg..
thanks for your doa, thoughts and advise ya..appreciate sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
teringt kursus kawin g ari tu..bgthu bercinta ni alam fantasi..lps kawin alam realiti
wpn gitu,sebelum kawin except bab intimate, memang x nampak ke panas baran smpi tendang2 barang dgn bab x suka tlg keje umah(atau memang kat umah sndr mak buat all the work)? since bercinta smpi 5 tahun tuu |
|
|
|
|
|
|
|
again benda yg sama kita baca n kita bagi nasihat
bel jd tak tau nk ckp lagu mana...keroncong ka rock ka jazz ka...
sepatutnya jantan2 yg pangai gini x layak jd ayah dan suami
lately aku sgt kerap dgr org yg kawin x sampai 5 tahun dah berantakan...bercerai berai
kenapa eh...apa message yg nk di sampaikan |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan pokok: apa tujuan dia kawin???
Kalau kawin tapi tak mahu laksanakan tanggungjawab sebagai suami, baik tak usah kawin.
Berdosa lagi ada la kerana abaikan tanggungjawab dan amanah...
Kalau takat nak hidup mudah, semua org buatkan, baik tak usah kawin, hire maid cukup.
Masak, cuci, kemas boleh di outsourcekan...
Bab seks tu...
i really think the husband have problem; mental ke, psikologi ke, etc...
Biasanya org lelaki yg lebih2... |
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi posted on 22-12-2014 10:05 AM
tt....bole tau suami keje ape? dan tt keje ape?
suami tt tu ada ego yg tinggi mungkin lebih kurang ...
suami bhgn HR, sy bhgn finance.
sy setuju dia tak boleh ditegur..lebih2 lgi secara direct. sy tau silap sy, sy masih lgi belajar utk paham dia.
utk cari waktu yg sesuai, sy rasa sy dah cuba mcm2..sy ajak bincang waktu pagi, dia ckp jgn cari gado pagi2. time petang2, dia ckp dia penat. time dia tgah lepak tgok tv, dia ckp jgn ggu ketenangan dia.. mcm mana sy tak pening? saya penah tanya dia, ok fine, tell me bila yg u nak bincang dgn i? dia terus tengking2 marah2 sy pulak. dia ckp sy ni mmg ckp lembut tapi tajam. kat mana yg tajamnya kalau setakat tnya bila nak bincang? yg dia tengking mencarut2 dgn isyarat lucah tu 100 kali lebih tajam, takde pulak dia nampak.
sy boleh usaha utk jadi seorg isteri mcm mana yg dia nak..cuma sy ni manusia biasa..sy tak mampu utk berlakon happy duduk sambil urut2 badan dia..sy bukan tak penah cuba, tapi mmg takde keikhlasan di pihak sy..entahlah. mmg lemah sy ni. dlm hati sy asyik rase tak adilnya sy ni terima je apa yg dia buat kat saya, tapi dia tak pernah cuba utk bahagiakan sy. sy asyik nak cari kat mana keadilan dlm rumatgga sy ni.
fyi, dia mmg penah tendang kerusi, dan penah jugak tendang saya. sy dah buat report polis 2 kali. yg tak report lebih 5 kali. tu pun sy masih cuba bertahan..mmg nampak bodoh, tapi sy takde kekuatan..sy tak tau betul ke tindakan sy utk stay or betul ke tindakan sy utk walkaway..i really2 dont know.. at this point, i need something yg boleh sedarkan and tetapkan hati sy utk buat decision terbaik..inAllah..
bukan tujuan sy utk bukak aib suami and cerita baiknya sy sbg isteri..sy tak baik mana, sy byk kelemahan..sy perempuan biasa yg ada keinginan dan kehendak dlm perkahwinan..sy terbuka utk kritikan utk improve diri sy..
|
|
|
|
|
|
|
|
aku heran eh dgn takdir hidup ni
jantan2 pemalas haprak dan tak bertanggungjawab senang2 je dapat jodoh
ada lak tu, jantan yg menganggur takde keje pun senanggggg je mak mertua berkenan nk kawen kan anak dara depa
aku heran dan pelik dgn hidup nih
|
|
|
|
|
|
|
|
onlyHuman posted on 22-12-2014 11:35 AM
suami bhgn HR, sy bhgn finance.
sy setuju dia tak boleh ditegur..lebih2 lgi secara direct. sy t ...
Ok...minta maaf nk tanya soalan agak sensitif
suami solat ok x?
|
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi posted on 22-12-2014 11:52 AM
Ok...minta maaf nk tanya soalan agak sensitif
suami solat ok x?
takpe..
suami jrg solat
|
|
|
|
|
|
|
|
terigt mula2 dulu..tapi bila dipikir balik ianya adalah satu latihan buat kita..jika lulus..kau akan mampu menempuh apa jua..yg penting kuatkan hati..jika tak mampu melawan...gunakan kekuatan yg ada pada lawan utk lawan dia balik..think about it.
|
|
|
|
|
|
|
|
orang keja HR ni bukan ke patut people friendly? jenis kalau ada masalah mmg orang akan refer kat dia. so sepatutnya dia ni tak la garang nak mampos when it comes to delaing with own family, right? ke da bertimbun masalah orang lain yang dia terpaksa hadap menyebabkan dia da tak larat nak tanggung masalah rumah..
apekah akak ni agak berisi dan kurang seksi? berbanding amoi amoi di opis?
apekah akak berbau belacan bau susu berbanding awek awek opis?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|