Jipangi merupakan snek tradisional Korea yang diperbuat daripada tepung jagung. Ia juga dikenali sebagai “cane” atau “walking stick” di Korea.
Di jalan-jalan di Insadong, Seoul, di mana produk tradisional Korea dijual, idea mengisi ruang kosong snek dengan aiskrim lembut telah diperkenalkan.
Aiskrim Jipangi telah memikat hati orang Korea dan juga luar Korea. Diiktiraf oleh pelancong atas keunikannya, Jipangi telah memutuskan untuk mendekati rakyat Malaysia!
Kini anda boleh merasai keunikan dan keenakan Jipangi di Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Cawangan Jipangi Malaysia ini telah dibuka pada Disember baru-baru ini.
sumber: wanista.com
|