Bagi pasangan suami isteri yang merancang untuk menjalankan rawatan IVF, ini adalah tanggungjawab kami mengkongsi dengan anda mengenai pengalaman dan pengetahuan kami sebagai ahli professional kesuburan terhadap rawatan IVF, bertujuan untuk membekalkan gambaran IVF yang jelas dan menyeluruh kepada anda sebelum memutus untuk menjalankan rawatan IVF.
Oleh itu, sila bersama kami setiap hari Khamis dan Jumaat di sini untuk mengambil tahu IVF dengan mendalam.
Bagi bahagian pertama, kami akan memberitahu anda sebab-sebab utama kebanyakkan pasangan memutus untuk menamatkan rawatan IVF pada peringkat pertengahan rawatan.
Sebab Pertama: Mereka tidak sanggup menanggung tekanan psikologi berat yang dibawa oleh rawatan IVF.
Kebanyakkan pasangan suami isteri berasa tekanan besar apabila mereka memulai rawatan IVF. Ini adalah tidak hairan sebab mereka menganggap ini adalah peluang yang terakhir bagi mereka untuk mendapat zuriat. Jika gagal dengan IVF, mereka akan berasa sangat kecewa.
Sebenarnya, adakah IVF merupakan jalan yang terakhir bagi mereka untuk mendapatkan zuriat? Kadangkala, kebanyakkan wanita disebabkan oleh faktor umur atau faktor lain dan berasa cemas untuk mendapat zuriat dengan segera. Biasanya mereka membuat keputusan selepas mendapat nasihat dari satu atau dua orang pakar kesuburan sahaja.
Ini adalah kerana mereka diberitahu IVF akan menambahkan peluang mereka untuk beranak dengan penuh yakin. Oleh itu, mereka tidak memikir dengan mendalam ,dan menjalankan IVF.
Tetapi, selepas mulai rawatan ini, mereka berasa bimbang akan keputusan IVF, ini menyebabkan mereka selalu berada dalam emosi yang tidak stabil. Kami telah dimaklumkan tekanan akan menjejaskan daya kesuburan . Walaupun kamu mungkin berpendapat bahawa kamu masih boleh mendapatkan zuriat dengan IVF. Tetapi tekanan juga akan menjejaskan keputusan IVF.
Jangan lupa, embrio yang sudah dipelihara akan diletak masuk ke dalam rahim anda, adakah embrio itu berjaya implantasi ke atas rahim anda, ini akan dipengaruhi oleh keadaan badan anda. Dan ini bukan dalam lingkungan tanggungjawab Doktor.
Pada masa yang sama, ini adalah tanggungjawab kami memberitahu anda bahawa peratusan kejayaan IVF hanya 32% sahaja sejak kebelakangan ini. Dan fakta ini hanya melingkupi generasi wanita muda sahaja. Jika kami sudah berusia tua, tambah lagi tekanan yang berat, kamu pasti dapat teka peratusan kejayaan IVF adalah betapa sikit.
Selain itu, terdapat juga pasangan suami isteri yang sudah tahu kesan –kesan sampingan IVF, namun begitu, IVF betul-betul merupakan pilihan terakhir mereka. Oleh itu, mereka terpaksa menjalankan IVF dengan penuh kebimbangan dan kesedihan. Perasaan mereka bukan kami dapat fahami biarpun kami merupakan orang yang senang simpati terhadap orang lain.
Kesemua ini akan menderitakan kehidupan harian mereka, dan kerana selalu bimbang akan keputusan IVF,tahap tumpuan mereka akan menurun, ini akan menjejaskan kualiti pekerjaan mereka, dan mungkin mendatangkan kemalangan di jalanraya. Untuk menjaminkan rezeki tidak terjejas, mereka memutus untuk menamatkan rawatan pada peringkat pertengahan.
Keesokan hari , kami akan memberitahu anda kesakitan yang dibawa oleh IVF.Jumpa lagi.
|