View: 2210|Reply: 0
|
Kesan ubatan terhadap janin
[Copy link]
|
|
Perkembangan janin dalam rahim dapat diklasifikasikan kepada 3 peringkat :
Dalam 18 hari selepas persenyawaan antara sperma dan ovum merupakan peringkat awal percambahan sel. Penyalahgunaan ubatan akan mengakibatkan kematian embrio,keguguran tetapi berkemungkinan juga embrio akan berkembang seperti normal.
3 minggu-3 bulan kehamilan merupakan tempoh pembentukan organ janin yang mana janin pada masa itu adalah paling berpeka terhadap ubatan dan akan berlakunya kecacatan janin.
Selepas 3 bulan kehamilan sehingga pelahiran merupakan tempoh formatif janin. Penyalahgunaan ubatan akan membawa kesan negatif terhadap sistem saraf pusat dan sistem pembiakan ekoran dengan kecacatan. Ia mungkin menjejaskan fungsi pembiakan dan tumbesaran janin.
Kesan negatif ubatan terhadap janin
Kecacatan
3 bulan pertama kehamilan merupakan tempoh pembentukan organ luaran dan dalaman janin dan mudah dipengaruhi oleh ubatan dan terjadinya kecacatan seperti kecacatan tangan kaki,telinga dan tulang. Hormon estrogen,testosterone dan progesterone pula akan menyebabkan perkembangan yang abnormal dalam sistem pembiakan janin. Ubatan anti-kanser seperti Methotrexate akan mengakibatkan kecacatan tengkorak dan muka,lelangit dan sebagainya.
Kerosakan sistem saraf pusat
Sekiranya ibu hamil mengambil ubatan seperti ubat penenang, penahan sakit,anestetik dan lain-lain lagi akan menyebabkan perkembangan sistem saraf pusat dan otak janin terbantut. Sekiranya ibu hamil diberi ubatan anestetik dan penahan sakit semasa pelahiran pula akan mengakibatkan kerosakan sistem saraf pusat janin. Gejala yang terjadi pada bakal bayi yang dilahirkan adalah seperti tidak makan,tidak menangis,suhu badan rendah,penuaan sistem peredaran dan lain-lain lagi.
Pendarahan
Ibu hamil yang menggunakan ubatan antikoagulan, Phenobarbital dengan dos yang tinggi atau Aspirin dalam jangka masa panjang pada peringkat akhir kehamilan akan menyebabkan janin terdapat pendarahan yang serius malah kematian janin dalam rahim.
Kerosakan fungsi organ tubuh badan
Sekiranya ibu hamil memakan ubatan-ubatan seperti Streptomisin ,Kanamycin dan sebagainya akan menyebabkan janin terjadinya pekak atau kerosakan buah pinggang. Mengambil tetracycline selepas 5 bulan kehamilan akan mengakibatkan gigi menjadi kekuningan,perkembangan enamel gigi dan tulang terbantut. Ubatan Antimalarials pula mengakibatkan kerosakan sistem saraf penglihatan,terencat akal. Ubatan Antithyroid akan menjejaskan fungsi kelenjar tiroid janin, kematian janin,pembengkakan kelenjar tiroid malah kelemasan akibat penindasan saluran pernafasan.
Panduan pengambilan ubatan ibu hamil
Berpandukan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan AS (US Food and Drug Administration, FDA),kebahayaan ubatan boleh dibahagikan kepada kelas-kelas seperti dibawah:
Kelas A: selamat digunakan oleh ibu hamil dan tidak memberi kemudaratan terhadap embrio dan janin. Ia boleh dimakan dengan dos yang sesuai seperti Vitamin A,U2,C,D,E dan sebagainya
Kelas B : cenderung lebih selamat digunakan oleh ibu hamil dan tidak membawa kebahayaan kepada janin seperti penisilin, erythromycin, Digoxin dan insulin dan sebagainya
Kelas C : dibuktikan boleh menyebabkan kecacatan janin atau kematian dalam kajian yang dilakukan ke atas haiwan tetapi belum membuat sebarang kajian ke atas manusia. Jadi ibu hamil harus bertimbang atas kebaikan dan keburukan ubatan ini sebelum mengambil. Ubatan kelas ini adalah seperti Gentamicin, Promethazine dan sebagainya
Kelas D : terdapat bukti kukuh menunjukkan bahawa ubatan kelas ini akan membawa kemudaratan terhadap janin termasuk streptomisin sulfat, tetracycline hidroklorida dan sebagainya. ubatan ini hanya boleh digunakan sekiranya ia terpaksa digunakan dalam keadaan yang tertentu.
Kelas X : dilarang menggunakan semasa kehamilan. ia boleh mengakibatkan ketaknormalan perkembangan janin seperti methotrexate (menyebabkan lelangit, Hidrosefalus iaitu penimbunan abnormal dari cairan dalam tulang tengkorak) diethylstilbestrol (menyebabkan penyakit kelenjar faraj)
Nasihat:Disarankan ibu hamil tidak mengambil ubatan kelas C,D dan X pada 3 bulan pertama kehamilan. Jika terdapat keadaan kecemasan dan ubatan perlu digunakan, pilihlah jenis ubatan yang telah lulus kajian-kajian tertentu dan dibuktikan adalah selamat digunakan seperti ubatan kelas A dan B.
utk keterangan lanjut mengenai maklumat kesihatan wanita dan kesuburan, sila layar facebook ini
https://www.facebook.com/notes/l ... nin/879506188761232
|
|
|
|
|
|
|
| |
|