Perkara ini mungkin tidak digemari ramai, dan mungkin anda hanya ingin menerima mesej DM daripada rakan-rakan yang diikuti dan dikenali sahaja. Untuk mengelakkan anda menerima DM daripada mereka yang tidak diikuti, anda perlu mematikan sokongan tersebut pada halaman tetapan.
Bagi melakukannya, anda hanya perlu kehalaman tetapan Twitter di web, dan seterusnya memilih bahagian “Security and Privacy”. Pada halaman berkenaan, tatal sehingga ke bahagian bawah web, dan anda akan melihat ruangan yang ditandakan sebagai “Direct Message”. Jika ruangan tersebut ditandakan, anda boleh membuangnya, dan menyimpan perubahan yang dilakukan.
Dengan membuatnya, hanya rakan-rakan anda sahaja yang boleh menghantar mesej kepada anda, dan bukannya semua pengguna Twitter. Layari : Twitter Security & Privacy
kredit:www.amanz.my
|