Manuela telah menunjukkan kepada ramai bahawa tidak semestinya seseorang itu harus menjadi pakar dalam bidang masakan untuk menghasilkan suatu hidangan unik dan menyelerakan. Beliau telah berkongsi cara membuat pencuci mulut epal yang kelihatan seperti kelopak bunga mawar! Apa yang perlu anda lakukan adalah potong pastri puff, kemudian sapukan jem aprikot, letakkan hirisan epal nipis dan lembut pada doh. Taburkan sedikit serbuk kayu manis dan gulungkan pastri tersebut. Letakkan pada dulang pembakar. Setelah 45 minit di dalam oven, anda dapat lihat hasilnya adalah pencuci mulut epal yang cukup cantik bak kelopak bunga mawar, dan semestinya sihat dan menyelerakan! Selain daripada rupanya yang menarik, rasanya pula semulajadi manis daripada buah epal dan pastri puff yang rangup dan buttery. Menarik, bukan? Selamat mencuba kepada semua!
|