CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25935|Reply: 175

Family In Laws anti kan aku (Ending)

[Copy link]
Post time 17-5-2015 01:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by rose_2011 at 17-7-2016 10:09 PM

Assalamualaikum
just nak sharing n luahkan perasaan, perkahwinan i ngan my hubby baru nak masuk 2 tahun, tapi selama itu la hubungan i dengan family in laws tak rapat, di tambah sepupu sepapat mak2 sedara in laws yang suka tabur fitnah.

Straight to d point, last week i kena maki hamun herdik oleh Father in law. can u guys imagine, selama kahwin dia tak pernah cakap dengan i, kalau i datang rumah diorang, si pak mentua ni macam melarikan diri, cepat-cepat masuk bilik la, or kalau dah tak leh lari sangat, buat-buat tengok tv, kalau kita cakap dengan dia, pura-pura tak dengar, walaupun orang lain semua dengar. plus, masa akad nikah si pak mentua tak datang pun, yang ada adik beradik in laws n mak mentua je. Alasan sebab sibuk dengan orang kampung datang untuk prepare merewang keesokan hari. THen, after 1 year and half, sebab mulut orang lain, si pak mentua ni herdik maki i, siap tumbuk-tumbuk meja lagi. siap ungkit selama i kahwin dengan anak dia i tak pernah buat 1 apa kerja pun.

Ya Allah, bertapa benci nya rupanya in laws aku kepada aku sampai 1 apa aku buat kat diorang, sanggup diorang pejam mata. Ya memang aku tak sempurna, memang aku ada banyak salah. tapi padankah dengan mencaci maki aku bagai aku ni sampah.

Ada sorang cousin ni memang expert in fitnah. aku sendiri tak sure apa salah aku kat dia, sampai kan dia nampak aku, dia jeling, kalau ada event kat rumah tu, dia tersempak dengan aku, sanggup buat-buat tak nampak. Let say this cousin ni pompuan tua 2 tahun dari aku nama dia A, dah 3 series dah pun( anak si mak long iaitu kakak kepada pak mentua aku). Kira nya diorang ni si pak mentua aku ni respect sebab kakak dia.

Si Mak long ni selalu buat makan-makan, n panggil sedara-sedara datang. Tapi uols imajin la rupanya dia buat makan ni, once korang belah, datang family yang lain pulak makan, rupanya si Mak Long n cousin A ni mengata memfitnah orang.

----

Aku tak tau apa masalah si cousin A ni, but the peak was last week few days before aku kena herdik dengan pak mentua aku ( pak ngah favorite dia), aku penat dari buat kerja dari pagi sampai malam, then aku gagah juga balik ke rumah mentua untuk tolong apa yang patot sebab esok nye ada kenduri kesyukuran. Si Cousin A ni ada, tengah sedap melantak nasik, nampak aku je dia jeling,. then baru 2 minit aku sampai, aku main la dengan baby anak adik ipar aku, tetiba si Cousin A cepat2 basuh tangan n rampas baby tu dari tangan aku. Series aku hangin, aku lari keluar n istighfar. aku dah tekad, esok kenduri aku tak kan datang. sebab aku tau aku dah sampai tahap nak meletop dah.

So memang aku tak pergi tolong kenduri tu dari pagi sampai petang, tapi aku datang tengah hari sebab mama kandung aku nak g jumpa besan dia. Diorang sendiri jemput mama aku. Aku pun terpaksa teman, dah sampai tu aku pun tolong-tolong la apa patot, betina tu pun ada, buat-buat langgar bahu aku, pastu blah. Dengan aku dia buat perangai budak tak sekolah macam tu, tapi bila dengan husband aku bukan main dia tegur laki aku, gelak-gelak menggatal ( a.k.a si cousin A ni janda). i was like WTF.  Tak lama kat kenduri tu aku blah, baik aku sambung buat bisnes aku dari layan perangai macam bodoh gini. satgi aku join bodoh sekali.

Rupanya, dengan sebab aku takde kat kenduri dari pagi sampai petang, itu la bahan untuk diorang buat reka cerita paling inovatif, pak mentua aku percaya bulat2.

Malam esok nye aku n husband datang rumah, tetiba pak mentua aku datang, takde angin takde ribut takde tajuk, terus panggil nama aku n herdik aku bertubi2, dengan suami aku kena herdik. mak mentua aku mampu geleng kepala n suruh berenti je. Sanggup dia kata aku hanya tau makan kat rumah dia ja, 1 keja langsung aku tak buat. Ya Allah. sebak hati aku.

Pelbagai cacian pak mentua aku lempar kat aku, aku tak mampu nak tepis, dengan suara dia yang kuat, aku seumur hidup tak pernah kena maki begitu, bukan maksud aku spoil kid, tapi parent aku menegur bukan dengan cara memaki begini.

Habis je makian tu pak mentua aku blah, aku taktau ke mana, aku bangun capai handbag, husband aku pun ajak aku keluar dari rumah tu, aku hanya mampu cakap kat husband aku, "Sayang tak pernah dimalukan macam ni....". tetiba muncul pak mentua aku suruh aku keluar dari rumah tu. Aku lari keluar, tapi hampir sampai kereta aku, kaki ku lemah, nafas ku tersekat-sekat. Aku rebah. Aku cuba bangun, tapi aku terlalu lemah dengan tekanan begini, nasib baik suami aku ada, terus dukung aku n adik ipar aku tolong bukakan pintu kereta.

I m now in rock bottom. Black sheep dalam family in laws. Sejak malam tu aku tak berhubung dengan family in laws, husband aku pun kecil hati. Tapi aku tak hasut dia untuk membenci, itu parent dia. Seminggu juga suami aku tak balik rumah jenguk parent in laws, dalam seminggu tu macam-macam cerita tersebar. Semua nya atas salah aku.

Bukan aku tak pernah cuba dekat dengan pak mentua aku, tapi selagi aku cuba dekat, selagi tu dia jauhkan dari aku. aku tak de ayah dah, arwah dad tak pergi dah 8 tahun. Aku cuba anggap pak mentua aku sbg ayah aku juga. Tapi cukup susah.. Aku tak tau apa family in laws aku ni nak sebenarnye.

Aku tak tau sampai bila aku boleh lupakan tragedi tu, n aku memang tak mampu nak jejak kaki dah kat rumah mentua aku dan tengok wajah mereka.

------------

Aku yakin, tiada siapa sebelah kan aku, tiada siapa cuba tanya aku untuk tahu real story, saat ini pun aku tak tau betapa femesnye nama aku meniti bibir2 mereka. Semoga mereka terhibur. Glad that they found my false story entertaining..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2015 02:29 AM | Show all posts
sedihnyaaa..i dont have anything nice to say, hanya mampu membaca sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 03:20 AM | Show all posts
Edited by munchkin at 17-5-2015 03:21 AM

ok dah baca. tapi apa sebab yang pertama tama sekali terjadi? punca kenapa your father in law jadi begitu? macam melampau lampau benci pada you. how about your MIL. dia ok tak?

Cuba elaborate kan lagi cerita ni supaya mudah dipahami. yang i paham, dia tak datang masa kahwin. pastu maki maki pasal kenduri.

"Ya memang aku tak sempurna, memang aku ada banyak salah." apa maksud ni.

apa terjadi sebelum kahwin or masa first time you jumpa?
macam mana layanan PIL terhadap your family? layanan terhadap your mother?

kadang kala ada juga mertua ni ada favoritism. suka orang ni. tak suka orang tu. tapi mesti ada satu episod yang trigger.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 03:56 AM | Show all posts
bertabahlah.. ayah mentua mmg x nak sis kawin dgn anak dia

selama tempoh dua tahun, xde ke cuba amik hati dia?
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2015 06:52 AM | Show all posts
bla dgr mcm nie jadi takotplak nak kawen hjung tahun ni.

kak, sy pun mcm kak la family bkal suami sy tak suka sy mcm2 alasan dorg bgi sjak 5 thun lpas bukan sy tak ikot kemahuan diorang suma ikot smpai sy berubah jadi dri sy skrang but still sruh ptuskan hbngan.

sedihkan bila org buat ftnah dan beni kita tanpa sebab even kta dah try amik hati dorg, sy fham sgt prasaan akak.
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
pelik la masalah ko ni..
slalu jarg sgt bapak mertua x ske kat mnntu prmpuan.
klau mak mertua x ske mnntu prmpuan byk..
aku harap ko sntiasa bertabah..
doa byk2 smg lmbut hati ayah mertua ko
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2015 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti ada sebab. xkan tetiba je benci teramat camtu. tabahla tuan umah. sorry xtau nk bg nasihat. ku mmg xde pak mertua
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2015 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal tu je ke smpi pak metua hang angin? Ada sbb lain x..mcm ada citer yg x tak cter abis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-5-2015 12:00 AM | Show all posts
i cuba jawab soalan2 uols ye

asal nye i bukan la yg alim2, jauh skali masa tu, zaman jahiliah, free hair baju fit. bila pak mentua jumpa memang dia lari jauh2 la,
dah jodoh, husband i mmg nak kat i jd isteri dia, pak mentua just ckp suruh ubah i la, pakai tutup aurat.
which i did,
bukan tutup aurat sebab dia, tapi alhamdulillah perlahan2 datang kesedaran utk berubah, dari free hair i pakai tudung, dari baju ketat i pakai longgar, dari tudung asal boleh je ke tudung labuh bidang 60, bukan untuk menunjuk tapi sebab rasa selesa sangat pakai macam ni.

tapi tiada apa yang membuat pak mentua i terima i, dia still macam dia, bila jumpa dia lari, apa i masak dia tak makan.
rupanya kat belakang i dia dok komplen makanan i masak ni tak ikut standard dia.

i lama2 malas nak amek port, n tak mo kacau dia, so i dah tak masak dah.

for my mak mentua, biasa la orang tua-tua, mulut manis tapi sebenarnye double meaning. Selama ini apa tak kena dengan i dia banyak komplen belakang je, ada dia ngadu kat my husband, n my MIL pun ada gak ngadu kat pak mentua. So maybe dari dah benci tu bertambah benci.

for my side, i bersalah sebab tak capai standard/expectation diorang. Memang i bukan dari kecil di didik di dapur, my mom pun memang tak suruh sangat i buat kerja dapur teruk2. bila dah besar baru perlahan-lahan belajar masak nasi, masak lauk simple2. coz my mom pentingkan belajar dulu. which contra with my in laws yang dari kecil-kecil dah kerja teruk2. Maka terjadi la Langit & Bumi gitu. i tak paham diorang, diorang lagi la tak leh brain i. kenapa i tak reti itu, tak reti ini which for them benda simple sangat.

COntoh: kita pergi rumah sedara-mara, diorang buat makan2 hari raya ke.. kita as guest, of cos bila dah dijemput utk makan, kita g la makan. but common sennse lepas makan i kutip my pinggan, pinggan my husband n parent in laws, n nak bawa ke dapur, bila nak cuci, tuan rumah tak bagi cuci, biarkan je kat dalam sinki. So i tak cuci la, i biar la dalam sinki kan.. rupanya macam tu pun my PIL dah pandang i macam pemalas. tambah mulut2 tolong tambah minyak petrol.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 12:16 AM | Show all posts
munchkin replied at 17-5-2015 03:20 AM
ok dah baca. tapi apa sebab yang pertama tama sekali terjadi? punca kenapa your father in law jadi b ...

actually this is the 2nd marriage for my husband
1st marriage pun d ex wife PIL i tak berkenan. tambah pula si ex wife umo baru 19, n orang pantai timur ( mentality diorang...)
perkahwinan dulu sempat bertahan 3bulan je.
sampai tahap si ex wife cuba bunuh diri dgn minum gasolin. nasib sempat di selamatkan. Mungkin kerana tak dapat tahan tekanan, dan dengan umur muda begitu, saudara mara si ex wife jauh.

So bila my husband pilih i, d PIL redha je sebab tak nak jadi pemisah kot.

kadang-kadang i bawa juga my mom pegi melawat rumah PIL, tapi yang melayan kami just my MIL, pak mentua i lari masuk bilik, or lari keluar.
hari yang kenduri kesyukuran tu pun my mom perasan pak mentua i nampak kami masuk je dia ghaib ntah ke mana.

selama 2 tahun kahwin, 2 kali je pak mentua datang rumah, itu pun tak jejak masuk rumah, duduk kat luar je depan pintu. tak bertegur siapa.

I dont know.
Nak kata sebab diorang keturunan askar ke, coz my late dad pun askar, kalau i nak riak i boleh cakap who my late dad was. Tapi i tanak tambah kan lagi point diorang untuk kutuk i.

Favoritism at its best. memang obvious. My husband bukan anak favorite walaupun my husband la korbankan macam2 untuk diorang. Sanggup tolak offer untuk jawatan tinggi kat luar dari negeri ni, sebab nak jaga parents dia, n jaga bisnes family. (waluapun bunyi macam drama melayu, tapi itu la kenyataan). Apa yg my husband buat tak pernah diorang appreciate. Susah untuk kata terima kasih. Tapi kalau ada kekurangan, like bisnes tak berapa laku untuk certain bulan, muka buat tarik muka, siap soal duit pegi mana, ada yg teruk sekali soal pasal aktiviti aku, macam aku pulak guna duit bisnes diorang. T.T

But anak yg sulung (lelaki), memang favorit, so 1 bonus kepada isteri dia n anak2, bila balik je buat makan2, padahal anak yg first tu banyak pekena duit mak pak nye, siap jual kereta pak mentua i baru beli.

I pun tak tau la, kadang2 i syukur Allah belum kurnia kan i cahaya mata, sebab i tak boleh imajin apa akan jadi pada anak2 i, i taknak anak2 jadi mangsa, dilayan di pulau macam mana diorang layan i. they dont deserve all of these.

Sorry, mungkin uols yg baca ni pening and macam tak adil, coz ini cerita dari side i. i luahkan sebab i rasa terbeban sangat.
dengan nak puasa dah tak lama, i cant imagine macam mana nak jumpa diorang masa raya, nak tanak mesti kena jumpa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 12:23 AM | Show all posts
cayunk replied at 18-5-2015 10:11 PM
Pasal tu je ke smpi pak metua hang angin? Ada sbb lain x..mcm ada citer yg x tak cter abis

i tak sure sebab yang betul2 nye
adakah sebab i tak pergi tolong dari pagi sampai ke malam masa kenduri tu ke or sebab benda lain yg terkumpul2 lalu meletop.

the best part, cousin A dah tiap2 ari datang rumah in laws, siap tido kat rumah lagi. n yesterday, sebabkan 1 post i kat fb, my MIL call my husband marah2 sebabkan apa yg i share kat fb.
walhal my MIL tak reti langsung bab2 teknologi.

post gambar fb yg tentang :
"soalan :hukum isteri tak hidangkan breakfast utk suami n anak2..
jawapan: tanggungjawab sediakan sarapan n makan minum adalah tanggungjawab suami, bukan isteri"

macam tu la lebih kurang.

taktau la siapa gi terangkan benda yang salah kat orang tua tu.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 12:25 AM | Show all posts
myamore replied at 17-5-2015 06:52 AM
bla dgr mcm nie jadi takotplak nak kawen hjung tahun ni.

kak, sy pun mcm kak la family bkal suami ...

akak taktau nak cakap apa dik

tapi dah terjadi kat akak, akak boleh kata, nak kahwin ni bukan dgn cinta kepada bakal suami semata2, biarla ngam dengan bakal mentua, bakal adik kakak abg ipar
sebab itu yg akan buat kita bahagia, buat husband kita bahagia, n diorang pun bahagia.

apa pun jodoh di tangan Allah.





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-5-2015 12:34 AM | Show all posts
bellaa replied at 17-5-2015 03:56 AM
bertabahlah.. ayah mentua mmg x nak sis kawin dgn anak dia

selama tempoh dua tahun, xde ke cuba a ...

selama 2 tahun tu la akak dah buat macam2
dia suka gulai, akak masak gulai, dia suka sotong masak itam, akak buat
1 pun dia tak sentuh

masa akak tak buat bisnes, akak ari2 g melawat diorang, bawa makanan. dah tau diorang tak suka masakan akak, akak beli kuih2.
rumah akak ada pokok betik, mama akak kerap kirim betik kat mentua sebab diorang boleh potong n jual buah betik potong letak kat kedai.

dah asyik bagi betik, my MIL cakap " betik dah betimbun kat rumah tu, siap dah buang dah dlm tong sampah". my mom terus stop kirim barang dah. serba tak kena.

bila akak dah start bizi dgn 2 3 bisnes kecilan akak. memang akak tak dapat kerap nak jenguk, tapi weekend je akak jenguk. lagi pun anak perempuan dia ada di rumah berpantang.

bila dah tak kerap datang jenguk, ada je mulut sebar cerita bukan2 pasal akak kat PIL. PIL pula jenis percaya walaupun tahu perangai org yg menyampai tu macam mana,bukan nak siasat dulu. Tau2 bomb terus orang.

Ya Allah, tak tau la, kenapa jadi gini. akak cuba sedaya upaya tak nak fokus kat benda tak berfaedah ni.

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 03:41 AM | Show all posts
Edited by munchkin at 19-5-2015 04:36 AM

ha baru lah terang penceritaan.

1. bab pakaian. ada parents in law yg lihat dari pakaian dulu. hati perut kemudian cerita. manusia ni kena mula dari dalam, bukan dari luar dulu. apa guna tertutup dari luar tapi dalam tu tak terjaga. spt your PIL dah berubah mcm mana pun, still dia tak terima. tu alasan je.

2. bab masak tu. bila kita masak dia komplen/tak makan. bila kita tak masak dia label kita pemalas etc. apa pun kita masak je. supaya dia tak boleh nak cari masalah nak komplen pasal kita. manusia ni bermacam macam tahap skil dan kepandaian. biarlah kita masak cara kita. dah itu sahaja yg termampu kita buat. dia nak makan dia nak campak buang, itu terpulang. jangan kita ambil hati. yang penting kita ikhlas masak. kadang depan in laws terpaksa kita berlakon utk menjaga hati mereka sejagat.

3. to do business dengan family is absolutely a no no. kalau sepakat takpe. tapi kebanyakan tak dapat nak bezakan professionalism dengan family. business is business. family is family. bila bab duit nanti ada yang bergaduh putus hubungan dan sebagainya. cam dalam kes you, bila duit tak balance terus tanya your husband. bila abang sulung boleh sampai jual kereta etc. bila ada tak kena usual suspect you and husband. bila rainbows and sunshines, abang sulung dia. oleh itu, suruh your husband cari kerja lain. tak payahlah nak ngadap business bapak dia tu. i think bila takde campurtangan dari your husband, maka satu masalah hubungan or tak puas hati ni dapat dikurangkan.

4. block je segala sedara mara dia daripada view social media you all. no need to advertise apa apa or share whatever post or gambar gambar. dari situ dah save satu lagi permasalahan stalker yang suka sampaikan pada PIL you. i sendiri block everyone dari view my pics. cuma nampak gambar profile je. post semua tak leh baca. i pun tak kuasa nak post apa apa sebab orang kebanyakan very judgmental. i cuma share resipi and tips tips juicing or kesihatan. tu je. so apa oleh mereka ngumpat pasal tu. hadith ke nasihat ke i tak mahu post. sebab nanti orang kata ehhhh dia ni perli aku ke? ehhh dia ni itu dia ni ini. macam kes you. you post gitu. dari i baca, i buat conclusion you tak mahu masak kat rumah and you nak jadi queen. biar anak aku kerja pastu ko bersenang lenang kat rumah goyang kaki. kan dah terbukti, kenduri pun tak mahu buat kerja. jadinya block mereka and dont add as friends at all. ramai yg dengki yg cuba scrutinize and find your fault. itu lah bahayanya media social ni untuk kes you and lain lain.

5. ttg your PIL lari larikan diri tu. lantak pi dia. datang je rumah cam biasa. biar dia sendiri letih.

6. depan your PIL and in laws kalau terpaksa berlakon jadi angel pun, buatlah. buatlah tanpa jemu. sampai mereka tak dapat cari your kesalahan or kekurangan. lama lama mereka dah penat and tak kuasa nak stalk.

7. walau mereka tak kasi cuci pinggan. dalam kes you, you insist cuci jugak. kalau you tak cuci mereka ngumpat. kalau you cuci mereka nak kata apa, kalau mereka ngumpat pun you puas hati dah cuci. so terbukti mereka tu pembohong besar.
8. keep your business and personal affairs to yourself. jangan cerita ngan in laws bagai. lebih baik gitu. nanti ada je bahan nak create porak peranda.

dalam kes ni kalau you sayang husband, you buat as perfectly as you can. buktikan pada mereka yang mereka tu pembohong and mereka tak betul. lama lama orang keliling akan sedar. and mungkin orang keliling akan cakap, ehhhh menantu dia kemain rajin. depa ni saja mulut jahat. buatlah you. tak rugi.

tapi first quit business mereka. pastu block mereka kat media social. dont share anything. sure hidup aman sikit sebanyak.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2015 04:34 AM | Show all posts
Edited by munchkin at 19-5-2015 04:41 AM

cerita you lebih kurang cerita my friend. biar i namakan naz.

1. mil naz ni agak suka org berpangkat berharta / selebriti. sebelum kawin, depa gi beli cincin. mil si naz nak ikut. masa tu ada conversation, tiba tiba mil naz ni kata ha? tak jadi kawin ngan muka gembira. si naz ni terasa tapi dia diam je. lepas naz kahwin dok sebut sebut cantiknya mila. keciknya mila. mila af tu lah. ulanglah sampai beribu kali. naz tu buat tak reti.

2. pastu husband naz ni jenis tak kemas bilik. barang barang lama ada kat rumah mak dia. jadi mil naz elok gi letak barang barang secret admirer dalam satu paper bag cantik. apa lagi si naz ni tengok masam muka. muka mil dia selamba buat gelak gelak happy. balik rumah naz and husband dia gaduh pasal tu. berjaya MIL nak buat anak menantu bergaduh. tapi naz wont give up. game on katanya. siap dia simpan secret admirer husband dia punya barang barang sampai sekarang. buat bahan jenaka antara suami isteri. so naz 1 ; mil 0. hahahaha

3. naz ni pakai cam you jugaklah. tapi lama lama dia berubah. titik tolak dia start bertudung, mil dia perli depan semua orang kalau tak bertudung terbakar di api neraka bagai. best thing is girlfriend brother in law (BIL) naz ni pakai seksi tak bertudung tak terbakar dek api neraka malah dipuji disanjung sebab girlfriend (GF) tu anak buah selebriti. siap GF BIL bagi sisa makan (tak habis makan) pun mil si naz ni boleh terima and sanggup makan.

4. bapak mertua dia pun tak mesra. kalau boleh selalu nak jauhkan diri. tapi si naz ni buat tak tahu. dia tetap cakap cam biasa. layan cam biasa. dah masuk 4 tahun, barulah FIL tu baik ngan naz. kuncinya naz ni selalu puji fil dia. puji fil pandai itu pandai ini. sebelum tu fil cuma baik ngan menantu lelaki. nak kata tak biasa ngan perempuan tak juga sebab dengan girlfriend BIL naz ni boleh pulak baik. sebabkan everytime muka pak sedara girlfriend tu keluar tv or internet, mereka akan wowwwww tengok ni selebriti tu keluar tv or internet gitulah.

5. pakcik husband naz. kita panggil uncle long. uncle long ni pun asiklah nak perli. bila naz datang dekat, dia pun mengelak. tapi naz ni buat biasa and tetap layan and tegur cam biasa. isteri uncle long ni baik sangat. jadi si naz ni everytime ada gathering dia akan menyendeng kat wife uncle long ni. dah masuk tahun ke 7 perkahwinan barulah uncle long ni baik baik ngan naz. kuncinya, naz tak stop buat baik. lama lama ahli keluarga lain tengok dah kenapa ngan uncle long ni. si naz baik, tapi dia buat tak tahu.

6. naz juga cam i. dia block semua keluarga husband dia. dia juga larang husband dia share location/pic mereka pergi mana. sebabnya naz ni tak kerja. bila dia beli barang makanan, mil & pil suka menyibuk kata ehhhh mahal lah makan tu makan ni. husband naz tak suka orang sibuk hal dia termasuk ibu bapa dia sendiri. bagi dia, biarlah makan tu puas. tapi mil ni kalau nak spend beli barang atau apa apa utk girlfriend BIL naz tu boleh sangat. sebab artis punya pasal. naz ni ada duit sendiri, dulu dia kerja. tapi pil tu ingat dia ngabiskan duit husband. padahal SIL, BIL, minta duit cam atm machine. sampai husband naz tak de duit. PIL bukan kisah anak dia sendiri takde duit. yang penting biar duit husband naz tu spend ke SIL & BIL. sampai BIL jadi pemalas. kerja minta duit pastu lepak. si naz asik kena perli malas kerja. naz revamp balik semua. husband stop bagi duit. bagi duit pun bukan appreciate. nak kata apa, lantak pi. so BIL dah takde duit. terpaksa kerja. baru sekarang tahu cari duit tu susah. BIL dia actually ok. tapi dah kena bentuk gitu ngan PIL. nasib BIL dengar nasihat husband naz. so takdelah tersimpang jauh.

7. kalau ada kenduri or makan, si naz akan bantu cuci tu cuci ni. setakat nak berlakon rajin 4-5 jam tu why not. dia akan bantu and buat kerja sungguh sungguh. so kat situ, takde apa yang boleh dikutuk pasal naz tu.

8. naz ni ada bawak PIL pegi makan angin. balik dari makan angin, MIL kata tak puas nak pegi ngan SIL and biras naz. naz tu terasa sangat. tapi husband naz kata aku tak peduli sebab aku dah buat apa aku termampu. nak puas hati tak puas hati, i dont care. so naz pun amik sikap gitulah. dah buat terbaik, masih tak berpuas hati, their (PIL) loss. actually FIL naz ok. tapi mil naz ni semua tak kena. yang terbaik cuma SIL+partner & BIL+GF.

9. husband naz ni senang je. kalau mil buat perangai, dia jarakkan waktu ke rumah. alasan kerja. bila datang tu, bawak gi makan best best. naz manis maniskan muka. bukakkan pintu kereta utk PIL cam driver. hahahaha

10. one thing pasal MIL naz ni dia terrer sangat masak. FIL pernah sekali perli suruh belajar masak. si naz ni dulu tak suka masak. so dia berontak lah jugak belakang2 husband dia bila kena perli. tapi sekarang dia suka. bila ke rumah PIL dia akan turun and tolong ke dapur. MIL dia tak pernah perli tapi ajar sampai potong bawang & cili pun dia ajar. itu yang naz sangat appreciate mil dia. yang lain tu biarkan seperti angin lalu.

banyak nak cerita tapi rasa tak habis habis.

jadi di sini, your story you sabar 2 tahun. naz sabar nak masuk tahun ke 8. kuncinya dia buat apa yang termampu. dia amik je hati keluarga walaupun terpaksa berlakon kadang2. husband and naz support each other. jangan beri peluang seinci pun orang nak kutuk. kalau dia kata kita pemalas, kita rajinkan diri. kalau orang  tak nak tegur, kita cari peluang berbaik dengan orang yang rapat dengan orang yang tak suka pada kita. supaya orang lain tu boleh nasihatkan orang yang tak suka kita tu. gitulah.

nanti tips lain i kongsikan. kalau i ingat lagi yea. i kesian dengan you. tapi kalau mereka nak main game ni, make sure you win, they lose. bukan sebaliknya. main game yg derang sendiri create tapi biar mereka kalah and you win. win tu maksudnya, semua hidup bahagia and you diterima oleh keluarganya and mereka have no choice but to accept you. iar mereka letih di gelanggang sendiri.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-5-2015 08:53 PM | Show all posts
munchkin replied at 19-5-2015 04:34 AM
cerita you lebih kurang cerita my friend. biar i namakan naz.

1. mil naz ni agak suka org berpang ...

wow memang inspring n kawan munchkin memang gagah lagi tabah.
i wish i can be like her. buat muka toya je biar apa orang nak kata, tapi jenis personality cepat sentap gak. Doa kan tabah seperti kawan much

taktau la diorang boleh terima ke tak lepas tragedi tu. aku nak tanak memang kena la kan, dah anak menantu. Aku try call MIL banyak kali tapi tak pernah dia jawab. Aku tak le tahap cuba guna hp hubby utk call MIL...

currently, my hubby memang dok balik ke rumah orang tua dia, n dah boleh bersembang dah dengan orang tua dia. Bagus la, aku pun tanak jadi penyebab anak beranak bergaduh sebab aku.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2015 08:55 PM | Show all posts
munchkin replied at 19-5-2015 03:41 AM
ha baru lah terang penceritaan.

1. bab pakaian. ada parents in law yg lihat dari pakaian dulu. ha ...

thank you so much munch for the tips <3
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2015 10:36 PM | Show all posts
rose_2011 replied at 20-5-2015 08:53 PM
wow memang inspring n kawan munchkin memang gagah lagi tabah.
i wish i can be like her. buat muka ...

my member tu pun cepat sentap. tapi persoalan sampai bila?

nasihat husband naz is you bukan duduk situ. setakat 2-3 jam pergi pastu balik rumah sendiri. biar lantak mereka nak buat perangai, buat tak reti je. buat biasa. pastu balik rumah sendiri. you tak yah kisah mereka nak kata nak komen sebab i sendiri tak kisah you nak makan apa and nak buat apa. you just dengar cakap i cukup. itu nasihat husband naz.

dalam kes ni. suruh your husband "pujuk". tapi jangan nampak sangat nak menangkan you. cakap je saya nasihat dia utk tolong next time ada kenduri. and see apa feed back keluarga suami. kalau nampak positif, you boleh start melawat. now tak usah approach alone. minta your husband or adik ipar or sedara lain yang lebih rasional utk try bincang. stop calling the mother in law tu. biar orang tengah tolong nasihat. orang ada agama perangai gini ke, i pun hairan sangat. orang berusaha nak dekatkan silaturrahim nak minta maaf dia perangai macam tu pulak. nabi pun ampunkan umat. apalah macam tu sekali.

munchkin doa sangat mereka tu supaya boleh berubah. takkan daripada peristiwa pertama (first wife husband) tak boleh jadi pengajaran? life's too short nak waste time berdengki dengan orang or cari musuh dengan orang. life biar happy and gembira appreciate and enjoy each other.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2015 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok...ur FIL cam panassss je bile u ade dekatt....welll pasnie u wat reverse balik...balik umah ur PIL cam biase cam xde pape belaku..sinve die dah cakap u xde tolong ape2..ape2 kenduri datang jenguk je n singkatkan masa kedatqngan anda kerumah mentua...u kene firm n straight...xyah jadi mennatu pilihan sangatlah since dia dah layan u camtu kan..

Ingat u ader maruah....jgn biar maruah u kene pijak camtu jekk...ok. nie nasehat owg bujang mmg selfish gila...lagi satu keep an eye of your hubby n that janda..sentiasa insecure since they dont like u...they will surely do anything for it
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2015 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
okiejer replied at 21-5-2015 11:28 AM
Ok...ur FIL cam panassss je bile u ade dekatt....welll pasnie u wat reverse balik...balik umah ur PI ...

Yes agree.. Bila berkawin ni takyah laa berangan jadi menantu pilihan... Buat apa yang termampu je.. It doesnt hurt much pun treat them as good as possible dalam 3-4 hari masa balik kg tu... Bukan hadap hari2 pun... Kalo diorang nak kutuk maki whatsoever pun.. Buat pekak badak je layan anak, layan ipad... Jangan menjawab... And make sure hubby dengar skali kalo depa memaki... Make sure husband saksi.... So hubby buleh fikir sapa yg betul...

Dulu tea ada jugak bawak2 in laws bercuti overseas, pi umrah etc.. Tp bila dah terbongkar diorang anti dekat tea... Tea just layan depa cam biasa & respek them..: tp tak bawak bercuti dah laa.. Tea cuma layan my small fsmily & travel setakat mampu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.084762 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list