CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1485|Reply: 0

Kemarau emas lapan tahun berakhir

[Copy link]
Post time 11-6-2015 10:10 AM | Show all posts |Read mode


EKUIN negara, R Sharmini memperagakan aksi hebat tanpa cacat cela untuk menyambar pingat emas dalam acara show jumping individu pada Sukan Sea 2015 Singapura  di sini, semalam.

Sharmini yang menunggang kuda Arcado L menghadiahkan emas sulung untuk skuad ekuestrian negara pada temasya kali ini apabila berjaya menampilkan persembahan sempurna tanpa sebarang mata penalti dalam masa terpantas 35.90 saat.

Ekuin negara berusia 29 tahun itu mengetepikan pencabar terdekat Catherine Chee dari Singapura sekali gus menamatkan kemarau emas lapan tahun dalam acara itu.

Catherine, yang menunggang kuda Coquira turut menamatkan aksi tanpa sebarang penalti dengan masa 36.69s untuk merangkul pingat perak manakala gangsa disandang oleh peserta Thailand, Sailub Lertratanachai, dengan kuda Cagena Z apabila melakarkan masa 44.93s.

Malaysia kali terakhir merangkul emas dalam acara itu menerusi Qabil Ambak pada Sukan Sea 2007 di Korat, Thailand.
sinarharian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.034390 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list