CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4475|Reply: 4

Usah perbesar isu pakaian Farah Ann

[Copy link]
Post time 17-6-2015 02:19 PM | Show all posts |Read mode


MELAKA -  Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin meminta semua pihak supaya tidak memperbesarkan isu pakaian gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi ketika beraksi dalam acara gimnastik pada Sukan Sea ke-28 di Singapura baru-baru ini.

"Kita tidak boleh berkompromi apabila melibatkan hukum Islam tetapi pada masa sama tidak adil untuk menghukum Farah Ann kerana pakaian yang digunakan dalam acara itu," katanya kepada Bernama dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, mungkin sudah masanya isu pakaian bagi gimnas dibincangkan bersama pelbagai pihak berkepentingan agar ia lebih sesuai dengan wanita Islam.
Mas Ermieyati berkata, isu tersebut seharusnya ditangani dengan baik agar tidak menjatuhkan maruah seseorang kerana Farah Ann beraksi dalam acara tersebut

demi negara dan menyumbangkan pingat emas dalam acara gimnastik.

Kritikan ke atas gimnas itu bermula apabila sebuah stesen televisyen swasta memuat naik gambar yang dikatakan menjolok mata atau kurang sopan, selepas beliau memenangi pingat emas tersebut. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 05:10 PM | Show all posts
x dak gambar...x dak org komen..
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 11:53 AM | Show all posts
fredza replied at 17-6-2015 05:10 PM
x dak gambar...x dak org komen..

eh.aku komen ni.demi tasang +1
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2015 03:48 PM | Show all posts
huhuhhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 09:42 AM | Show all posts
nak comment gak, dpt poin gak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.042372 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list