Edited by Nusantara77 at 3-7-2015 05:09 PM

Penting untuk anda mengambil makanan yang kaya akan nutrisi ketika bulan Ramadhan. Kalau boleh pastikan ketika berbuka puasa atau sahur, anda tetap mengambil menu yang baik untuk kesihatan. Mengapa saat sahur dan berbuka puasa? Ya, kerana saat buka puasa dan sahur memegang peranan penting bagi keadaan kesihatan tubuh selama berpuasa.
Kalau boleh amalkan makan buah ketika sahur dan berbuka. Kerana buah-buahan mengandungi banyak nutrisi yang diperlukan agar selama berpuasa tubuh nggak cepat lelah, mengalami dehidrasi dan tentu saja tetap semangat menjalankan aktiviti.
Menurut Dr. dr. Fiastuti Witjaksono, doktor pakar pemakanan klinik dari Fakulti Perubatan Universiti Indonesia, pilihlah buah yang kaya dengan vitamin C kerana Vitamin C adalah vitamin yang sangat penting bagi kesihatan.
Vitamin C merupakan antioksidan yang baik untuk menghalang radikal bebas, meningkatkan sistem imun, dan mencegah pelbagai penyakit, serta membentuk kolagen dan hormon yang baik bagi tubuh. Jadi, untuk ibu menyusui dan anak yang sedang belajar puasa, selalu tambah buah yang kaya akan Vitamin C ketika sahur dan berbuka puasa. Tujuannya agar selama bulan puasa tubuh tidak cepat lelah dan sistem imun tubuh lemah sehingga mudah sakit. Buah kiwi kaya dengan vitamin C yang tinggi
1. Berkulit licin, berwarna coklat dan berbentuk bujur, buah kiwi dengan isi keemasannya mempunyai rasa manis yang menyegarkan dan adalah antara salah satu buah yang mengandungi nutrien yang paling padat di bumi.
2. Kaya dengan Vitamin C dan sumber serat, folat, potasium dan antioksidan, buah kiwi telah dibuktikan secara saintifik boleh meningkatkan kesejahteraan hidup dan membina tenaga.
3. Buah kiwi mengandungi lebih daripada 20 jenis vitamin dan mineral, lebih banyak berbanding dengan hampir semua buah-buah biasa. Ia mengandungi banyak antioksidan iaitu Vitamin C (tiga kali ganda lebih daripada oren per 100g isi buah) dan Vitamin E (tujuh kali lebih daripada epal dan oren) dalam sesebiji buah.
4. Oleh sebab badan kita tidak boleh mensistesiskan Vitamin C secara semula jadi, ia amatlah penting untuk mendapatkan keperluan Vitamin C setiap hari dari sumber makanan semula jadi. Tambahan pula, Vitamin C juga dikenali sebagai vitamin larut air, maka, ia juga mudah dikeluarkan daripada badan.
5. Pengambilan nutrien Vitamin C yang digalakkan bagi rakyat Malaysia ialah 70mg/ sehari. Sebiji buah kiwi mengandungi sehingga 161mg Vitamin C, di mana ia memenuhi lebih daripada keperluan Vitamin C seharian seseorang.
6. Buah Kiwi membantu menghilangkan pengaruh stress, keradangan akibat serangan bakteria dan virus. Malah, buah kiwi sangat berkesan untuk modulasi sistem kekebalan tubuh.
7. Disyorkan untuk mengambil buah kiwi dua buah per hari, iaitu pada saat sahur dan berbuka puasa akan membantu ibu dan ahli keluarga untuk tetap bersemangat menjalankan puasa dan lebih tahan lapar.
8. Pengambilan buah kiwi selama bulan puasa juga boleh membantu mengatasi masalah perut kembung. Ianya membantu memelihara sistem pencernaan melalui berkurangnya rasa kembung, meningkatkan prestasi sistem pencernaan. wanista
|