Edited by annehuda at 11-6-2018 08:39 AM
[size=0.75em]Han Solo dan rakan 'jenayahnya' Chewbacca. Solo akan muncul semula dengan watak muda dalam filem sampingan siri Star Wars pada 2018.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]SATU projek filem baru yang dilabelkan sebagai kisah sampingan kepada siri francais Star Wars akan dilancarkan tidak lama lagi berkisarkan kepada perjalanan hidup salah satu karakter utamanya iaitu Han Solo. [size=0.98em]Menurut The Hollywood Reporter, filem baru itu nanti akan menerima sentuhan daripada pengarah filem The Lego Movie dan Jump Street iaitu Christopher Miller dan Phil Lord. [size=0.98em]Memetik sumber-sumber dalaman Disney, portal berita The Hollywood Reporter itu menjelaskan, filem ini mengisahkan pengembaraan Solo sewaktu zaman mudanya. [size=0.98em]Filem ini akan masuk pawagam pada 25 Mei 2018 - setahun selepas pelancaran episod kelapan siri francais Star Wars pada tahun 2017.
[size=0.98em]Laporan itu juga menyebut yang filem baru mengenai Han Solo ini akan turut mendapat sentuhan beberapa tukang cerita filem-filem Star Wars sebelum ini seperti Lawrence Kasdan dan Jon Kasdan. [size=0.98em]Para pelakon untuk filem terbaru ini termasuklah watak heronya bagaimanapun masih belum ditentukan lagi.
|