View: 4501|Reply: 6
|
[Trending]
Shopping di Vendeur Festival
[Copy link]
|
|
Siapa pernah p vendeur festival? Kat matrade? kat tempat lain ada gak.. yang terbaru dengar2 nak wat kat kota damansara. Baru je minggu lepas dorg wat kat Matrade Hall.
Memang murahlah pd harga asal... Jomlah share korang beli apa kat sana? Siapa nak p lagi minggu ni??
Mesti ramai giler org plus rambang mata oiii! Lagi2 raya nak dekat ni
|
|
|
|
|
|
|
|
lol kalau padat cenggini tak rela la nak shopping... belum sempat capai baju yg kita nak org lain dah rentap.... huhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
kena cari dewan lain kalau nak buat cenggini kot. kl semestinya sesak, dan ramai yg akan datang. luar dewan sesak, dalam dewan sesak. |
|
|
|
|
|
|
|
sama la xrela jugak.. beli kat butik lg better. xsesak kan... |
|
|
|
|
|
|
|
mujur tak pegi hari tuh..
Selalu kalau ade event kat PWTC, mmg selalu ramai orang..tapi dek orang kite ni memang gemar shopping, hatta datang sekadar nak cuci mata, for sure memang jadi macam nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
MOOD REPUBLIK FESTIVAL NO.1 PALING BIADAB DI MALAYSIA!
Tahun ini sekali lagi penganjur festival yang menggelarkan mereka yang terbaik dalam pasaran melakukan lagi sekali strategi baling duit mereka. Sebelum itu, cerita ini panjang lagi...dan baling duit ini hanya triggering factor sahaja. Sekali lagi, netizen meradang mengatakan itu tidak patut.
Sudah tahun ke 14 saya meniaga, saya belum pernah lagi terdesak menjalankan strategi pemasaran yang pada saya menghinakan diri dan juga yang lain.
Anjing lapar kalau minta makan kemudian kita baling makanan pada anjing tu pun dia pandai marah dan gigit kita. Ini pula orang. Nak bagi, kan elok beradab bukan nak bagi habis semua dilempar.
Apa yang saya nak tulis di sini, pada hujung tahun lalu saya dah suarakan hasrat nak menegur face to face, namun CEO hanya menghantar bodyguard sahaja. Ditulis secara tertutup namun tiada kesan dan masih berterusan. Hari ini, saya fikir, elok masyarakat juga tahu apa yang saya tak berjaya nak sampaikan kepada CEO MR secara tertutup.
Saya komen isu baling duit dahulu. Kalau orang jawa dia pantang betul rezeki dibaling-baling, dipijak-pijak walaupun kadang-kadang orang Jawa juga yang baling ambo-ambo masa ada wedding. Budaya ni kena berhentikan. Hari ini budaya main berebut ambo-ambo dari kecil lagi, nanti besar nak masuk lorong tol orang potong queue kerana semua berebut-rebut taknak bagi orang lain masuk, kita pula marah. SEdangkan kita dah ajar mereka untuk jadi manusia perebut dari kecil lagi. Nanti makcik-makcik yang suami kena rebut dengan anak dara dan janda muda tak puas hati juga.
Sama juga isu baling duit, pada saya ia "kuwalat" orang Jawa kata. Dalam bahasa Melayu dipanggil "Biadab". Trick marketing sahaja semua tu. Kalau dikatakan 50,000 duit turun dari langit, tak ada siapapun audit dan kira betulkah yang dibaling itu betul jumlahnya. Makcik-makcik, anak-anak gadis, berasak bergesel dengan bujangan dan suami-suami orang hingga terselak tudung, terselak kain, terlucut bra semua gara-gara nak tangkap wang kertas yang jatuh.
Pertama, tukang rebut tu sila lihat harga diri sendiri ada di mana hari itu? Kerana ada golongan macam kamulah, CEO dan juaknya tiap-tiap tahun buat trick sama. Yang baling tu dah tentulah moralnya rendah. Dan memang mereka suka nak diviralkan cerita itupun dan itu juga salah satu teknik marketing. Saya ni menulis artikel inipun untuk "membantu" marketing mereka juga.
MOOD REPUBLIK tahun ini kami tidak sertai lagi. Sebagai peniaga tidak, pelawat juga tidak. Cuma kebetulan minggu sudah terpaksa memenuhi undangan berbuka puasa bersama Majlis Profesor Negara dan menjengah jugalah kawan-kawan yang baru nak mencuba MR ini. Rakan-rakan lama yang berniaga bersama tahun sebelumnya, sudah tak banyak nampak dalam senarai. Jenama-jenama besar juga sudah tidak kelihatan kecuali satu dua sahaja yang tinggal. Seperti dijangka, suasana MR Rayafest tahun ini hambar dan lengang.
Keangkuhan CEO-nya punca kami tarik diri. Kalau ikut jualan, alhamdulillah kedua-dua kali kami sertainya, kedua-duanya kami buat untung berganda tapi kalau saya nak penting diri sendiri, saya tak perlu nak menulis artikel inipun. Mereka terkenal dengan buat expo macam konsert. Didie Alias akan dibayar untuk menceceh sepanjang festival dan artis-artis ditabur dengan booth-booth percuma asalkan nak masuk. Jenama besar yang telah withdraw dipujuk kembali untuk masuk dengan tawaran percuma pelbagai juga, akhirnya yang membayar kos premium setiap booth ialah usahawan-usahawan baru nak up. Mendengar cerita-cerita power dalam preview usahawan MR, memang siapapun tak teruja. Baru dilambung pakej khusus untuk 50 orang, tak sampai 30 saat habis sold-out seperti piranha memakan ayam. Sekejap sahaja dah tinggal tulang. Rupanya, sebahagian besar yang dilihat berlari ke pentas merebut adalah orang yang tak dikenali dalam industri. Last-last baru tahu, itu semua telah diarahkan untuk berebut konon-konon macam laku sangat (dipanggil "army").
Hakikatnya, MR berjaya membawa pasar malam ke dalam dewan prestij di PWTC (dan sebahagiannya dalam dewan biasa-biasa sahajapun). Kepada usahawan yang rasa teruja orang grab booth macam piranha tu, bawak bersabar kerana yang booking masa preview ada yang sampai bayar RM6k untuk satu booth tetapi last-last minute ada orang boleh dapat booth RM2k sahaja (yg penting penuh dan CEO boleh cakap...booth MR LAKU KERASSSSS DAN CEO BERMURAH HATI UNTUK UMUMKAN PENJUALAN BOOTH TAHUN SETERUSNYA).
Berbalik kenapa kami withdraw, mudah sahaja. Kami membuat cadangan kepada CEO memandangkan event ini HAVOC dengan penggunaan Didie Alias dan havoc maker yang lain, disarankan supaya menggunakan lebih banyak speaker kecil yang di letak merata berbanding hanya beberapa speaker besar yang diletakkan di setiap penjuru. Jika diletak serata speaker kecil tetapi banyak, orang tak lah rasa bingit dan bunyinya pun sedap. Tapi bila dia letak di penjuru tepi dan nak bagi orang tengah dewan rasa kuat, orang depan speaker yang jadi azab sampai 3 hari kena jerit nak bercakap dengan customer. Sampaikan abg aji punya salesgirl yang ayu-ayu bertudung labuh dah tumbuh taring juga bercakap mengaum dengan pelanggan.
Namun, cadangan itu ditolak mentah-mentah. Kami nak jumpa CEO, dihantarnya bodyguard pula. Akhirnya, persatuan sementara "PERSATUAN BOOTH DEPAN SPEAKER" bersetuju untuk unplugged speaker itu setelah rayuan menurunkan volume gagal, lalu dihantarkan kepada kami penyangak MOOD REPUBLIK yang bahasanya
"BAYAR GANTI RUGI KAMI, ATAU KEMAS BARANG SEKARANG DAN BERAMBUS".
Lalu kami jawab "Bayar dahulu gantirugi booth depan speaker yang tak ada sales dan semua orang lalu sini tutup telinga". Lalu dengan machonya bodyguard itu berkata "Jangan sampai CEO turun"
(macam ada aku takut)
Tapi sampai habis event, CEO tak berani lalu depan booth depan speaker. Kesian dia, ajak jumpa tak mahu tapi hantar bodyguard pulak.
Di situ saya nampak, MR ialah sebuah Festival PROPA LEBIH. Kepada usahawan sekalian, anda kena cari group whatsap usahawan MR dan di situ anda tahu cerita sebenar, berapa ramai yang jualannya sampai 7 digit seperti yang digembar gemburkan oleh CEO dan COO. Nama yang digambarkan jualan sampai juta-juta itupun, jualannya nak melepasi 5 digit kena struggle.
CEO bajet tuhan juga ialah orang yang berani menengking pengunjung menggunakan pembesar suara dan didengari seluruh dewan maki hamun sentap tak bertamadun dan dengan angkuh menyudahkan makian itu dengan DARI SAYA CEO MOOD REPUBLIK! Wah!. Kau siapa?
Usahawan kecil yang baru nak up, rasanya elok sewa booth di Kompleks PKNS sewa RM800 selama 10 hari dari sewa sampai RM6000 satu booth di MR. Honestly, tak berbaloi. Ok, untuk company saya, memang kita tak ada masalah dalam jualan. Dia letak kita depan speaker, kita pasang speaker sendiri lawan. Tapi nanti ada gangster dia datang "Speaker sendiri tidak dibenarkan".
Percayalah usahawan semua, MR hanya indah khabar dari rupa sahaja. Kalau jenis peniaga pasar malam, memang sangat sesuai masuk MR kerana crowd yg datang kebanyakan expect buy 1 free 8 kind of customers. Dah diskaun dari RM sejuta jadi RM80 boleh minta lagi kurang jadi 80 sen.
Semasa menghadiri buka puasa di PWTC beberapa hari lepas, sempat menjengah dan benar-benar terasa tahun ini, MR Rayafest mereka sangat hambar dan traffic boleh saya katakan menyusut hampir 50% (tapi CEO pasti akan kata, traffic 5 juta orang kan). Pergi sendiri, lihat sendiri.
Saya pernah mesej kepada guru kepada kedua-dua anak muda CEO dan COO ini semasa mereka menjalankan preview usahawan 2 tahun yang lalu. Saya mesej beliau
"Anak murid you, dasyat...I am proud with what you have taught them bro".
Tetapi hingga hari ini, saya masih tidak sampai hati nak menulis kepada sifu mereka itu "Your anak murid is superior egoistic, arrogant and snobbish and need to overhaul their attitude". But I know, that sifu is reading this article.
Sehingga hari ini, tiada satu permohonan maaf dari mereka apabila peniaga MR lebih 80% komplen tahun lalu kerana traffic yang mereka bawa masuk ialah traffic pasar malam dan usahawan yang mereka bawa masuk ialah jenama premium. Akhirnya yang dijawab ialah dengan 1 surat panjang lebar "DARI CEO" yang jika saya boleh ringkaskan bunyinya ialah...
"Jangan komplen tak buat untung kalau orang lain kebanyakannya buat untung, gunakan strategi marketing masing-masing...MR dah bawa traffic, dan bergantung kepada koranglah pandai-pandai nak hidup".
Dalam dewan itu juga, surat itu banyak dibuang peniaga atas lantai menjadi tempat pijak orang yang lalu lalang. Tahun lepas, semasa MR Rayafest di PWTC, Bangi Sentral pada hujung minggu agak lengang dari biasa. Tetapi pada tahun ini, semasa MR berjalan, Bangi Sentral sesak luarbiasa.
MENGAPA?
Peniaga-peniaga Bangi Sentral yang terkenal dengan butik-butik premium KEBANYAKANNYA SUDAH TIDAK LAGI MENYERTAI MR. Kepada usahawan yang baru nak up, atau usahawan yang beli pukal jubah dari Vietnam main harga timbang kati lepas tu nak jual dengan harga RM100 dapat 3 helai, silakan ke MR. Untuk premium, datang sahaja ke butik jenama itu sendiri.
MR sudah hilang taring apabila peniaga dan pengunjung adalah orang yang tidak match. Peniaga premium tetapi crowd pasar malam akhirnya crowd balik cuma beli makanan sahaja, dan peniaga tak boleh nak berjual. Tapi semua ini tidak ada masalah jika CEO dan COO-nya tidak angkuh dan boleh dibawa berbincang.
Apakah jenis manusia yang kita mohon baik-baik nak berbincang dihantarkan kepada kita bodyguard dan gangster?
Kepada peniaga yang terasa MR booth ni hebat sangat, jangan terpedaya sangat dengan marketing. Kalau tahun lepas, viral bila ada peniaga kononnya datang nak bayar booth masa hari event tapi penganjur kata sudah penuh dan peniaga yang kecewa siap baling duit lagi. Viral lah kemudian video itu sedangkan mesej besarnya ialah nak bagitahu
"Wehhh...MR punya booth gila babi hot, ramai orang melepas...ko lambat, ko melepas".
Sedangkan, itu semua hanya lakonan yang kurang menjadi. Sama macam King Coco berebut tempat dengan ntah mamat mana di sebuah restoran. Nak diiklankan restoran tu, tapi buatlah kes berebut tu.
Kepada pengunjung yang terasa kena tahan depan pintu masuk, nak patah balik tak boleh. Nak ke depan, security kata "Kami tutup sekejap dan akan buka sebentar lagi, sila tunggu" sampailah orang berkumpul ramai dari pintu masuk dewan hingga ke jambatan dari main building PWTC ke seberang sungai....BARULAH CEO BUKA PINTU DAN ORANG MENYERBU seolah-olah macam setiap masa orang havoc menyerbu, membeli belah macam petik daun teh. Itu semua dirakam dan semua itu ada tricknya.
Janganlah rasa hebat sangat MR ini sampai orang berebut. Bagi jenama-jenama besar, MR tidak lain hanyalah tempat untuk FLUSH OLD STOCK dan bukan tempat buat duit sangat pun. Dari stock memenuhi store dan menyemak tunggu dimakan lipas, baik flush stock di MR.
Bermula dari baling duit, marketing menipu dengan lakonan, penggunaan "army" (orang yg dibayar utk berebut) semasa penjualan booth, menangani pandangan pelanggan dengan cara gangster, CEO yang arrogant, tahan orang dipintu sampai ramai macam empangan nak pecah sampai orang tua-tua pun ada sampai nak pengsan-pengsan kena hold traffic semata-mata nak bagi nampak MR POWER RAMAI ORANG DATANG! dan banyak lagi membuatkan MR BERJAYA MENJADI FESTIVAL PALING BIADAB NOMBOR 1 ASIA.
Saya tak mahu doakan MR lingkup, tapi saya mahu doakan anak muda ini lebih berhemah dan menghormati orang lain. Saya menulis apa yang anda baca hari ini pada hujung tahun lalu secara tertutup, tetapi hingga ke hari ini tiada lagi perubahan dan keangkuhan bertambah dan mereka tidak pernah meminta maaf walaupun saya edarkan surat itu secara tertutup setelah percubaan berjumpa CEO hanya berakhir dengan berjumpa bodyguard sahaja. Tak payahlah nanti nasihatkan saya lagi, kenapa tak jumpa sahaja cakap face to face (dah, tak berjaya) ataupun kenapa tak tulis secara tertutup (sudah). Dan ini memang jalan terakhir.
Hari ini, saya seorang usahawan yang tak ada propa-propa lebih. Saya percaya dengan Words of Mouth is still the best marketing on earth. Setelah 14 tahun berniaga dengan lebih kurang 15 jenis perniagaan dengan berpuluh salesman nak jual gelaran datukship dan mungkin haters yang agak ramai...saya masih lagi tidak memerlukan bodyguard dan bebas berjalan ke mana-mana sahaja tanpa perlu rasa takut.
Kita mahu CEO ini berubah, kita bukan mahu anak muda ini lingkup. Tapi CEO ini perlu tahu, keangkuhan itu bukan karakter yang membuatkan mereka boleh kekal lama menjadi "NOMBOR 1" (seperti yang mereka katakan). Saya bukan artis yg dapat booth free, dan mungkin sebab itu CEO susah nak entertain org macam saya nak berunding. Kerana dia ingat, atau mungkin sangka....apa sahaja saiful nang boleh buat? Kan?
Sekian
SAIFUL NANG
Bekas Usahawan MR
*Seruan kepada usahawan MR dan pengunjung yang lain. Dipersilakan menambah point di bahagian komen. |
|
|
|
|
|
|
|
ecco mens shoes, air jordan shoes, ralph lauren outlet, ralph lauren, oakley, ralph lauren, cheap ray ban, fitflop shoes, michael kors, hogan shoes, mcm bags, nike air max, ray ban outlet, brooklyn nets, beats by dre headphones, indiana pacers jerseys, celine outlet, prada, flat iron, marc jacobs handbags, vans, nhl jerseys, nike roshe run, calvin klein outlet, coach black friday, burberry handbags, ferragamo shoes outlet, burberry, coach outlet, fred perry, nfl redskins jerseys, nfl texans jerseys, instyler, ralph lauren factory store, stone island jackets, oakley sunglasses outlet, nike roshe run, under armour outlet, giuseppe zanotti sneakers, timberland shoes, cheap barbour jackets, ray ban black friday, hollister kids, asics, longchamp black friday, true religion jeans women, oakley outlet, nike air max 90, tory burch sale, coach bags outlet, nfl titans jerseys, adidas clothings, swarovski, air jordan, michael kors purses, new balance, hogan, oakley standard issue, vibram five fingers, polo ralph lauren outlet online, nfl chiefs jerseys, north face outlet, air max, ralph lauren polo, tommy hilfiger canada, oakley black friday, nike running shoes, oakley holbrook, portland trail blazers jerseys, coach factory outlet, longchamp, birkenstock taschen deutschland, basketball shoes, milwaukee bucks jerseys, golden state warriors, polo ralph lauren, nfl colts jerseys, louboutin, converse sneakers, ray ban outlet, mizuno, rolex replica, dsquared2 sale, nfl ravens jerseys, nike shoes, louboutin shoes, hollister clothing, barbour jackets outlet, , nfl bills jerseys, nfl buccaneers jerseys, polo ralph lauren, oakley store, bcbg max, mlb jerseys, beats headphones, new orleans pelicans jerseys, bottega, ray ban pas cher, ralph lauren outlet online, nike factory, michael kors handbags, lakers jersey, northface, chi flat iron, plein shoes, vans shoes, swarovski crystal, supra shoes, oakley, hornets jersey, huarache, air max shoes, juicy couture clothings, coach factory outlet, nike jordan, timberland boots, michael kors bags, nba jersey, polo ralph, nfl chargers jerseys, the north face outlet, valentino shoes, nike roshe run, nike id, toronto raptors jerseys, michael kors outlet online, omega watches, horloges, polo ralph, nfl eagles jerseys, burberry outlet, rolex watch, nuggets jersey, skechers shoes outlet, nfl saints jerseys, michael kors, air max thea, utah jazz jerseys, pandora jewelry, reebok, mcm bags, marc jacobs handbags, spurs jerseys, ray ban sunglasses, hugo boss, thomas sabo, memphis grizzlies jerseys, oakley outlet online, cheap oakley sunglasses, ray-ban sunglasses, montblanc, pandora charms, kate spade handbags, nike roche, north face backpacks, polo ralph lauren outlet, adidas, nike shoes, nhl jerseys, hollister co, omega watches, long champ, montre femme, michael kors outlet store, ralph lauren outlet, nfl dolphins jerseys, hogan sito ufficiale, nba jersey, the north face, converse, ferragamo shoes, salomon, huaraches, jordan retro 11, clippers jerseys, mcm handbags, nike air, jimmy choo, givenchy, nfl cowboys jerseys, new balance shoes, ralph lauren outlet online, adidas online shop, nfl giants jerseys, oakley, replica watches, vans, tommy hilfiger online shop, nba jersey, nike roshe run, soccer shoes outlet, birkenstock deutschland, nfl lions jerseys, jerseys from china, armani watches, michael kors handbags, michael kors, omega watches, prada shoes, kate spade handbags, michael kors uhren, skechers canada, ray ban, nfl browns jerseys, converse, sacramento kings jerseys, louboutin shoes, michael kors outlet, new balance, longchamp, air max, pandora, [url=http://www.woolrich- |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|