View: 2412|Reply: 0
|
[Lain-Lain]
Najib hargai mereka yang bertugas pada Aidilfitri
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan penghargaan kepada mereka yang tidak dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga kerana menjalankan tugas terutamanya penjawat awam serta anggota keselamatan dan perubatan.
Menerusi catatan Facebook hari ini, perdana menteri turut mengucapkan terima kasih dan selamat Hari Raya kepada mereka.
"Pengorbanan saudara-saudari semua amat dihargai. Ribuan terima kasih & salam Aidilfitri," katanya.
Dalam catatan Twitter pula, Najib turut mengucapkan terima kasih kepada pengunjung yang hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan anggota Kabinet di kediaman rasminya di Seri Perdana.
"Terima kasih kepada semua yang ke Seri Perdana untuk ucap Selamat Hari Raya & jamu selera sebagai tetamu saya. Maaf jika ada kekurangan," katanya.
Beliau turut menyertakan 'link' video yang menggambarkan kemeriahan rumah terbuka itu.
Kira-kira 80,000 rakyat tempatan dan asing menghadiri majlis tersebut yang bermula pada 10.30 pagi sehingga 4.30 petang tadi.
Mereka dihidangkan dengan pelbagai makanan istimewa tempatan seperti sate, soto ayam, ketupat dan rendang.
Kira-kira 70,000 bungkusan cenderamata Aidilfitri juga dihadiahkan kepada hadirin sebagai buah tangan. - Bernama
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Hari Raya Aidilfitri
|