|

Secara umumnya, buah belimbing terdiri daripada dua jenis iaitu belimbing manis dan belimbing sayur. Di negara kita, belimbing buluh disebut sebagai buah belimbing sayur, belimbing buluh dan belimbing asam. Manakala di kawasan Nusantara pula, tanaman ini memiliki pelbagai nama seperti belimbing wuluh, selimeng, malimbi, calincing dan asom.
Secara saintifik, belimbing Wuluh dikenali sebagai Averrhoa Bilimbi L (bahasa Latin). Tanaman asli ini berasal daripada Amerika Syarikat. Tanaman ini pertama kali dipertemukan di kepulauan Maluku, Indonesia. Ia dikembangbiakkan serta tumbuh di beberapa buah kawasan seperti di Indonesia, Filipina, Sri Lanka, Myanmar dan juga Malaysia.
Banyak kajian yang dilakukan terhadap buah belimbing buluh kerana kepekatan rasa masam yang terkandung dalam buah tersebut. Buah ini juga mengandungi nutrisi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Antara kandungannya ialah protein, kalsium, fosfor, zat besi dan beberapa jenis vitamin.
Di sebalik rasa masam, buah ini bermanfaat untuk mengubati penyakit seperti anti-radang, diabetes, dan lain-lain. Selain itu, ia juga sangat istimewa kerana digunakan sebagai perencah dalam masakan dan campuran ramuan jamu.
Berdasarkan artikel yang dikeluarkan pada bulan Mac 2014, Jerantut bakal menjadi pengeluar utama belimbing buluh di Pahang apabila projek sulung tanaman secara berkelompok dijalankan. Ia membabitkan tiga buah kampung yang akan mengeluarkan hasil pada tahun ini. Kesemua tanaman ini membabitkan kawasan seluas 125 hektar di Kampung Gintong, Bukit Puas dan Tebing Tinggi. Penanaman buah belimbing ini sangatlah mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi.
Kisah dongeng Wuluh disumpah seranah oleh seorang nenek telah menyebabkan buah belimbing yang manis berubah masam. Itulah yang berlaku kepada seorang gadis cantik yang bernama Wuluh.
Dikatakan pada suatu hari, datang seorang nenek tua singgah berehat di bawah pokok belimbing kesayangan Wuluh. Wuluh begitu marah melihat nenek tua yang tidak mahu berganjak daripada pokok buah belimbing kesayangannya. Dia melemparkan sebiji belimbing yang telah busuk ke arah nenek itu.
Nenek itu terperanjat lalu marah dan menyumpah. Pada keesokan harinya Wuluh dapati buah belimbingnya kesukaannya telah berubah rasa daripada manis kepada masam. Disebabkan itu, penduduk menamakan buah itu sebagai "Belimbing Wuluh". Ia sebagai memperingati kisah Wuluh agar menjadi teladan dan pengajaran.
Seperti kisah dongeng yang lain, kisah ini juga cuba menyampaikan mesej kepada masyarakat. Justeru itu, sebutan 'wuluh' akhirnya menjadi 'buluh' di Malaysia.
Sumber Artikel : Majalah INFINITI JUN 2015.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
belimbing ni masam sgt2..
buat masak2 sedap gak.. |
|
|
|
|
|
|
|
masak asam ikan patin 
|
|
|
|
|
|
|
|
sedap tu..
tp biasa org masak belimbing buluh dgn gulai lemak.
kecur air liur bila bayangkan..
|
|
|
|
|
|
|
|
masa kecik2 dulu main perang je dgn belimbing tu
baling yg dah busuk kat org lain 
|
|
|
|
|
|
|
|
nakalnya..
combat ke?..
|
|
|
|
|
|
|
|
budak lelaki beb..
bkn gayah nk main masak2 
|
|
|
|
|
|
|
|
Agak-agaknya pickle yang ada dalam burger Burger King tu diperbuat daripada belimbing buluh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya pickle dalam burger king tu.. sejenis timun(?)

|
|
|
|
|
|
|
|
bianglala replied at 22-7-2015 08:33 AM
rasanya pickle dalam burger king tu.. sejenis timun(?)
Ooooo species timun rupanya....
Terima kasih...dan selamat hari raya |
|
|
|
|
|
|
|
selamat hari raya juga. 
|
|
|
|
|
|
|
|
yg ni buat sambal itam tu kan  |
|
|
|
|
|
|
|
Thank you mod for the kredit raya..hehe... |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih kongsi gambar. 
|
|
|
|
|
|
|
|
tepat sekali.

kredit : Wendyinkk blogspot
|
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni ipo panggil belimbing buluh..first time dengar wuluh
|
|
|
|
|
|
|
|
sama la. rupanya ada kisah dongeng pula. 
|
|
|
|
|
|
|
|
belimbing buluh ni, kita paling suka masak gulai dengan telur itikmabeles...

|
|
|
|
|
|
|
|
ada la pokok ni di rumah tari ya.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|