|
Pelakon Lana Nodin terpaksa meninggalkan keluarga dan tanah air demi mengikut suami, David McKienzie, atlet sukan bola tampar yang pulang untuk sesi pemilihan mewakili negaranya dalam acara bola tampar pantai pada Sukan Olimpik Rio 2016.
“Cuaca di Los Angeles agak kering, jadi sedikit sebanyak mempengaruhi keadaan dan situasi mereka yang berpuasa. Sudah beberapa hari ini saya cuba membiasakan diri, begitu juga dengan Daud”
“Cuma dalam situasi sekarang, saya sangat kasihankan Daud kerana terpaksa mengikuti beberapa siri pertandingan bola tampar pantai yang dianjurkan bagi membolehkan dia layak mewakili AS. Walau susah sekali pun, saya cuba memujuk Daud untuk bertahan,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Selain mengakui turut berasa sedih apabila meninggalkan keluarga, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan dan bakal menyambut Syawal di sana tidak lama lagi, Lana faham apa pun yang dilakukannya ketika ini adalah demi kebaikan bersama.
“Dulu hidup bujang boleh­lah ikut apa kata saya tetapi sekarang saya sudah menjadi isteri orang dan tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Begitupun, rasa sedih dan terkilan itu sedikit terubat apabila saya bersama suami sempat berbuka puasa bersama keluarga pada hari pertama Ramadan,” katanya
rotikaya
|
|