Terlalu banyak pilihan makanan di Malaysia. Dari yang tawar kepada manis, pedas dan masam, masam dan manis, dihidangkan pula dengan pelbagai jenis minuman yang mempunyai pelbagai rasa dan warna selain sejuk dan panas. Tidak lengkap rasanya jika menyebut tentang makanan tetapi tidak menyebut ikan bakar bersama-samanya. Bukan satu, dua tempat sahaja yang menyediakan hidangan ikan bakar. Namun, jika sedang berada di Kuala Lumpur atau akan berkunjung ke Kuala Lumpur tidak lama lagi, apa kata anda cuba tempat-tempat ini. Pastikan anda pulang dengan pengalaman makan seperti yang anda tonton di rancangan makan-makan di kaca tv!
#1 Gerai No. 3, Medan Ikan Bakar BellamyMedan Ikan Bakar Bellamy dibuka 5 hari seminggu iaitu Isnin sehingga Sabtu bermula tengahari sehingga 11 malam. Ia terletak di Lorong Bellamy (Jalan Bellamy), 50480 Bukit Petaling, Selangor. Oleh kerana ia sebuah medan selera, maka banyaklah gerai di situ. Walau bagaimanapun, medan selera itu akan dipenuhi dengan ramai pelanggan pada waktu tengahari. Oleh itu, dapatkan masa yang terbaik untuk ke Medan Ikan Bakar Bellamy. Untuk memudahkan pencarian ikan bakar yang sedap, gerai nombor 3 menjadi pilihan.
Ia dikatakan kedai yang meninggalkan pesaingnya yang meletakkan harga lebih mahal, ikan yang tidak segar, serta sekadar cukup rasa. Sotong boleh diperolehi dengan harga diantara RM 8 hingga RM 20 mengikut saiz manakala ikan pula pada harga RM 10- RM30 bergantung kepada saiz dan jenis ikan yang dipilih.
#2 Kak Ton D’CondoJika teringin makan ikan bakar tetapi tidak mahu membayar dengan harga yang agak mahal, anda dialu-alukan untuk ke Kak Ton D’Condo. Terletak di 110, Jalan 1/38B, Taman Segambut SPPK, Segambut.
Kak Ton D Condo dibuka setiap hari bermula 8 pagi sehingga tengah malam. Kak Ton D Kondo sudah pun mendapat tempat di hati peminat-peminat ikan bakar. Penulis menemui sebuah video yang dikongsi peminat Kak Ton D Condo. Boleh tonton di Youtube Siapa tahu anda akan menjadi pengunjung tetapnya pula kelak.
#3 Restoran Sambal HijauRestoran Sambal Hijau yang terletak di Lot 2990, Jalan Sungai Penchala, Kampung Sungai Penchala, 60000 Kuala Lumpur. Ia dibuka setiap hari seawal 7 pagi dan ditutup pada pukul 2 pagi.
Asas menu mereka adalah masakan Melayu dan Minang, oleh itu anda turut boleh mencuba Patin Tempoyak serta Gulai Tunjang Ikan Bakar. Masakan panas dan tom yam hanaya disediakan bermula jam 1 petang sehingga 1 pagi. Untuk mengikuti perkembangan Restoran Sambal Hijau, boleh layari laman sesawang mereka di SambalHijau. atau Facebook mereka di FB.
#4 Seri Banjar Ikan Bakar SpicyMempunyai sentuhan gabungan citarasa Melayu dan Cina, ini pasti akan membuka selera, ditambah pula dengan kesegaran ikannya. Siapa tidak kenal dengan Seri Banjar Ikan Bakar Spicy yang terletak di Persiaran 2, Bandar Baru Selayang.
Lokasinya adalah di Medan Selera MPS, iaitu di atas bukit di bulatan MPS. Ia dibuka setiap hari bermula tengahari sehingga tengah malam. Selain ikan bakar, Seri Banjar Ikan Bakar Spicy juga menyediakan hidangan ikan kukus.
#5 Restoran Raso Omak DenBeroperasi seawal 11 pagi sehingga jam 4 petang dan 5 petang pada hari minggu. Restoran Raso Omak Den terletak di Taman Setapak Indah (Danau Kota), 5330 Setapak, Kuala Lumpur.
Restoran ini mudah menarik hati peminat bukan saja yang cenderung kepada ikan bakar malah kepada masakan Melayu yang menjadi cirri-ciri utama dalam masakan mereka seperti masak lemak cili api yang terdiri daripada pelbagai jenis makanan laut termasuk siput sedut dan udang. Harga dikenakan mengikut jenis lauk-pauk dan jumlah kuantiti yang diambil. Jika anda cerewet dengan keadaan persekitaran tempat makan anda. Restoran Raso Omak Den menyediakan ruang yang luas dan selesa selain susunan perabot ala-ala kopitiam.
#6 Mat Teh Ikan Bakar Pasar Dato’ KeramatMat Teh Ikan Bakar yang terletak di Pasar Dato’ Keramat ini adalah satu lagi pilihan ikan bakar yang kerap mendapat reaksi positif daripada peminat ikan bakar.
Seperti biasa, harga ikan bergantung kepada jenis dan saiz, bermula dari RM 4 serta disajikan bersama-sama dengan sambal asam dan pelbagai pilihan ulam-ulaman. Ia dibuka setiap hari bermula 11 pagi sehingga 5 petang.
#7 De’ Mayang Cafe @ KLCityWalkDi tengah-tengah Bandar Kuala Lumpur, sebuah lokasi ikan bakar mula menarik hati penduduk kota. Beralamat di KLcitywalk Jalan P. Ramlee, Kuala Lumpur. De’ Mayang Cafe dibuka kepada pelanggan 5 hari seminggu iaitu pada hari bekerja seawal 7 pagi sehingga 7 malam sahaja berbanding lokasi ikan bakar yang lain.
Itulah senarai kami untuk restoran tempat makan ikan bakar sekitar KL/ Selangor. Anda pernah makan di salah satu restoran atau warung ini? Apa pendapat anda? saji.my
|