Tercari makanan di Kuching? Oh, di sini kami ingin mencadangkan anda mencuba masakan ayam penyet. Anda ada teringin masakan ayam penyet ketika ini? Restoran ini kami percaya akan menyelesaikan masalah anda tentang ketagihan anda terhadap masakan ayam penyet. Walaupun kami tahu, di Semenanjung Malaysia banyaknya restoran ayam penyet. Restoran yang dimaksudkan adalah RJ Ayam Penyet. Alamat untuk kedai ini adalah di Lot 166 & 167 Bangunan Kelolong (Jln Nagor), Kuching, Sarawak 93400 Salah satu menu yang popular di Sarawak selain Mee Kolok dan Laksa Sarawak adalah ayam penyet. Hidangan ini berasal daripada masyarakat Kalimantan yang amat sinonim dengan ayam penyet terbaik mereka. Di Sarawak, RJ Ayam Penyet menyajikan antara ayam penyet terbaik sesuai dengan namanya. Melihat pada penampilan kedainya amat ringkas dan seolah-olah warung di tepi jalan, tetapi makanannya benar-benar menenggelamkan rupa kedainya. Jangan tertiu dengan keadaan kedai!
Hidangan asas ayam penyet ini amat mudah. Ia mesti mempunyai nasi putih yang panas dengan ayam goreng berempah yang dipenyet berserta sambal dan sedikit ulam yang biasanya adalah ulam raja. Tetapi kesedapan ayam penyet ini terletak pada perapan rempah ayamnya, cara ayam tersebut digoreng serta yang paling penting, sambalnya. Ayam penyet di kedai ini mempunyai gandingan komponen-komponen tersebut yang amat serasi dan sambalnya amat sedap. Ada pelanggan yang sanggup berulang kali ke sini kerana kesedapannya. Jika anda mencari ayam penyet terbaik di Sarawak, carilah daripada Raja Ayam Penyet, pasti berbaloi merasainya. Oh, selain itu, anda boleh mencuba masakan lain yang ada di sini. Contohnya seperti ayam bakar dan Milo RJ. Cucur cheese juga ada di sini.Haha, jangan terkejut ok! Tidak cukup untuk bercerita tentang restoran ini. Sekarang, ianya terletak pada anda untuk mencubanya. Jangan segan untuk meninggalkan komen dan pandangan anda tentang restoran di sini. Kami mahukan komen anda tentang kesedapan ayam penyet di Restoran RJ Ayam Penyet ini.
saji.my
|