CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3046|Reply: 2

Kasih Seorang Bapa.......

[Copy link]
Post time 10-8-2015 09:43 AM | Show all posts |Read mode


MENYENTUH perasaan, seorang bapa di New Zealand ini sanggup mencacah tatu di kepalanya untuk menyokong serta membuatkan anaknya tidak rasa tersisih kerana kekurangan yang dimiliki.

Alistair Campbell melangkah satu tapak ke hadapan dengan mencacah tatu sama seperti alat pendengaran yang dipakai oleh anaknya, Charlotte.

Tujuannya adalah untuk membuatkan Charlotte tidak rasa tersisih apabila berada dalam komuniti.

Charlotte yang hilang deria pendengaran terpaksa menjalani proses cochlear implant (CI) atau implan koklea untuk mendengar semula.

CI merupakan pembedahan untuk mengimplan sejenis alat eletronik yang membolehkan seseorang yang mengalami masalah pendengaran untuk dapat mendengar.

Menurut sumber, Alistair memberitahu masalah pendengaran ini adalah masalah keturunan yang dihadapi oleh keluarganya kerana ibu Alistair juga memakai alat tersebut.

Malah anak kedua Alistair juga menghadapi masalah yang sama.

Selain itu, Alistair bukan satu-satunya bapa yang sanggup berbuat demikian untuk anaknya, terdapat seorang lagi bapa yang rela membuat perkara yang sama untuk menyokong anaknya. – MYNEWSHUB.CC




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2015 12:45 PM | Show all posts
adakah anak itu kasih kepada bapanya sperti bapa mengasihinya bila dewasa nanti..........??
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2015 05:23 PM | Show all posts
Alahai so sweet moga jasanya tetap dikenang selalu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.042241 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list