• Lebih kurang 30 minit sebelum membakar, sediakan api arang supaya arang dapat mencapai suhu sederhana. Pada suhu sederhana, arang akan diselaputi abu.
• Jangan letak daging di atas api terbuka. Api terbuka akan memberikan pembakaran tidak lengkap, di mana daging akan bertukar warna dan meninggalkan kesan karbon hitam. Sebenarnya, api terbuka mempunyai suhu lebih rendah berbanding arang yang membara tanpa api.
• Apabila membakar, gunakan penyepit untuk membalik-balik daging. Jangan gunakan garpu. Garpu akan meninggalkan lubang pada daging, dan lubang tersebut akan mengeluarkan jus perasa aslinya dan membuatkan daging menjadi liat.
• Sos tomato dan mana-mana sos BBQ berasaskan gula harus ditambah pada peringkat akhir membakar. Sos-sos tersebut mudah hangus. Apabila ditambah ke atas daging, selalu balik-balikkan untuk mengelakkan daging hangus.
http://www.e-cookbooks.net/tips.htm
http://i.ehow.com/images/GlobalPhoto/Articles/2253488/BBQ-main_Full.jpg
|