View: 8721|Reply: 58
|
5 Tip Membeli Rumah Lelong Dengan Cepat, Selamat Dan Mudah
[Copy link]
|
|
5 Tip Membeli Rumah Lelong Dengan Cepat, Selamat Dan Mudah
Ahad, 16 Ogos 2015
Nurulwahida Othman | Thevocket.com
Sumber Gambar
Nota Editor: Perkongsian ini ditulis oleh Tuan Shafie Bustan, atau Pie, seorang pelabur hartanah yang telah banyak membantu ramai orang untuk berjaya dalam pelaburan hartanah, terutamanya melalui hartanah lelong dan subsale.
Dari sesi perkongsian percuma yang lepas, saya tertarik pada satu soalan yang lebih kurang berbunyi, “Bagaimana membeli rumah lelong supaya ianya mudah, cepat dan selamat?”
Rumah Lelong Melaka
Saya tidak terus menjawab soalan tersebut tetapi membalas dengan senyuman yang paling manis pada wanita yang bertanyakan soalan tersebut. Walaupun keadaan bilik yang padat dan juga panas, masih mampu untuk senyum dan bergurau.
Berbalik kepada soalannya yang ingin mudah dalam proses beli rumah lelong, kita perlu faham aliran proses (process flow) yang terlibat. Tiada jalan mudah atau short cut dalam pelaburan rumah lelong. Malahan rumah lelong agak sukar berbanding membeli rumah subsale atau dalam pembinaan (under construction). Yang paling penting adalah kita tahu dan faham langkah-langkah yang terlibat. Apa yang perlu dibuat, apa yang wajib disemak dan apa boleh dilangkau.
Di sini saya ingin kongsikan 5 tip membeli rumah lelong yang boleh dijadikan panduan pada semua:
1. Semak kelayakan pembiayaan/pinjaman
Shafie Bustan
Terlebih dahulu, sebelum membeli rumah lelong di mana-mana lelongan awam yang dibuat di luar sana, pastikan anda semak kelayakan pinjaman anda. Setiap orang ada pendapatan dan komitmen yang berbeza-beza. Pastikan anda tahu berapa peratus komitmen bayaran pinjaman bulanan berbanding dengan pendapatan bulanan anda.
Kiraan Debts Service Ratio ataupun Debts Burden Ratio harus dikira terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam dewan lelongan.
2. Kira bajet
Shafie Bustan
Apabila anda ingin membeli mana-mana hartanah tidak kira rumah lelong ataupun melalui subsale. Mesti kira berapa modal tunai yang ada dalam tangan. Untuk rumah lelong, anda tidak boleh lari membayar duit muka sebanyak 10% daripada harga rumah yang anda telah menang melalui lelongan tersebut.
Ambil kira kos-kos lain yang terlibat antaranya seperti berikut:-
a. duit muka 10%
b. yuran guaman – perjanjian pinjaman & MOT
c. laporan penilai
d. kos baik pulih
Disebabkan ada bermacam-macam harga dalam senarai rumah lelong ini, ada yang bawah RM100k, ada yang atas RM200k, dan ada juga yang atas RM500k, maka, pilihlah jenis rumah yang bersesuaian dengan tunai yang ada dalam tangan.
Kos baik pulih agak subjektif kerana kos-kos tersebut bergantung kepada keadaan rumah lelong itu. Ada yang perlu dicat semula, ada yang perlukan pendawaian elektrik dibuat semula dan ada juga yang cuma basuh sahaja tanpa kos baik pulih.
BACA: 17 Jawapan Eksklusif Disebalik Kisah Viral Pemuda Beli 3 Buah Rumah Semasa 16 Bulan Bekerja
3. Pencarian lokasi hartanah
Shafie Bustan
Pilihan rumah lelong juga ada di pelbagai tempat, tidak semestinya di Lembah Klang sahaja. Di setiap negeri pasti ada unit-unit lelong yang akan dilelongkan oleh pihak bank.
Ada banyak faktor yang boleh diambil kira dalam pemilihan lokasi hartanah yang mempunyai kadar sewa yang tinggi dan juga kenaikan harga hartanah yang cepat.
Berikut adalah faktor yang boleh dipertimbangkan dalam memilih hartanah di luar sana:-
a. berhampiran dengan stesen LRT/MRT.
b. kemudahan yang lengkap iaitu berdekatan dengan bank, sekolah, atau pejabat pos.
c. pusat membeli-belah yang berhampiran, tidak kira Tesco , Giant , Jaya Jusco ataupun McDonald.
d. berhampiran universiti atau kolej.
e. hospital swasta atau kerajaan.
f. kawasan perindustrian atau komersil.
Ada banyak lagi penunjuk atau indicator yang boleh diguna pakai, pastinya akan membantu anda dalam membuat keputusan memilih kawasan yang sesuai dengan bajet dan kapasiti yang ada. Ada juga yang memilih lokasi berdasarkan peta laluan MRT yang bakal siap pada tahun akan datang.
4. Lawatan tapak (site visit)
Shafie Bustan
Perlu diingatkan bahawa rumah lelong adalah dijual secara ”AS IS BASIS”. Bagaimana keadaan fizikal rumah tersebut, begitulah yang anda akan dapat.
Sebarang kerosakan pada rumah tersebut perlu ditanggung oleh pihak pembeli. Anda tidak boleh membuat tuntutan kos membaik pulih rumah itu kepada pihak bank, pelelong atau pun pada pemilik lama rumah tersebut. Ada juga unit-unit projek yang terbengkalai yang akan dilelong oleh pihak bank.
Bayangkan sekiranya anda terbeli unit-unit tersebut sekiranya tidak buat lawatan tapak terlebih dahulu. Ada rumah lelong yang rosak teruk, ada yang masih elok dan ada yang masih lagi diduduki oleh pemilik asal rumah tersebut.
Cari rumah lelong yang anda senang untuk uruskan iaitu unit-unit rumah lelong yang kosong kerana ianya tidak melibatkan anda berurusan dengan pemilik lama. Menjadi tanggungjawab pihak pembeli untuk mengeluarkan penghuni rumah lelong yang dimenangi sekiranya masih ada lagi orang duduk selepas anda menang lelongan tersebut.
5. Jaga emosi diri
Shafie Bustan
Apabila berada dalam bilik lelongan, pastinya akan ada perasaan teruja untuk memenangi rumah yang telah didaftarkan. Dengan perasaan yang membuak-buak, ada kemungkinan anda akan hilang kawalan emosi dalam membida rumah tersebut. Dicampur pula dengan pujuk rayu dari kawan-kawan atau sedara mara yang bersama anda, pastinya akan menaikkan lagi ego anda untuk lawan dan terus lawan.
Banyak kes berlaku di mana apabila ramai pembida lain yang mendaftar untuk satu-satu unit rumah lelong, harga yang terjual dalam dewan lelongan akan melebihi harga pasaran. Masing-masing beremosi untuk menang pada hari lelongan tersebut.
Pastikan ada sudah buat kira-kira dan tetapkan had bidaan untuk rumah tersebut. Kalah dalam bilik lelongan adalah perkara biasa. Tidak perlu rasa malu atau pun terkilan kerana banyak lagi rumah lain yang akan dilelong. Paling penting adalah untuk anda menang pada harga yang menarik dan berbaloi, iaitu, di bawah harga pasaran.
Selamat mencuba, sekian, terima kasih.
Mahu belajar tentang pelaburan hartanah dengan lebih lanjut?
Shafie Bustan bersama-sama dengan beberapa pelabur terkenal seperti Abang Ensem, Shahril Sidek (KLezcar), Faizul Ridzuan dan Syanaz Ahmad akan mengadakan Perkongsian Percuma Mega pada bulan Oktober. Ikuti perkembangan acara ini di laman Facebook beliau di sini.
BACA Lagi: 9 Bisnes Yang Meningkat Naik Ketika Kegawatan Ekonomi
|
|
|
|
|
|
|
|
Erkkkkk, nih.tips. umum.jer...... nak.beli. apapun. Kena. tgk. Kelayakan. Pinjaman, bajet, sumer. Tu........ igt. adalah. something. New. Yg. aku. bleh. dpt. Baca. tips. dia....... alih2. Mesti. kalo. Nk. tau. lebih. Lanjit. Dtg. seminar. HAUTU. sy..... adoyaiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
xpe la..xde duit dh nak beli hartanah... |
|
|
|
|
|
|
|
aku pernah beli rumah lelong.... after 4 attempts at the auction....
|
|
|
|
|
|
|
|
teringin nak try .. tapi dengar citer ... ada geng geng mafia sekali involve dalam auction cengini ...
skeri gak .... |
|
|
|
|
|
|
|
nak komen sket pasal "as is basis".. selalunya pihak bank takkan kasik masuk rumah tu.. lepas auction baru leh masuk.. kalau mcm tu, kalau rumah tu ada masalah..u all leh pergi tribunal tuntutan and claim u tak leh masuk and tgk rumah
lepas aution tgk2 ada probolem..
banyak kes yg tribunal tuntutan berjaya overwrite bank.. ok.. just for info
logik la.. kita kena la tgk rumah dulu kan.. b4 beli |
|
|
|
|
|
|
|
KIKIHKIH...................aku beli flat lelong. Takda problem.
Sumenya di bawah RM50K.
Yang sebuah, kosong, pembeli tak pernah masok sebab projek
apartmen ni terbengkalai selama 10 tahun. Memang rosak terok.
Aku belanja dalamRM12K untuk baikpulih. Sewa Rm550..00 termasok
service charge. Aku beli ni tahun 2003. Dah dapat balik modal aku.....
Sebuah lagi ada penghuni.
Takda masalah nak suruh dia keluar. Mintak bantuan agen hartanah.
Tapi, siaplah dia kenakan kita. Bill letrik & air, beribu.........
|
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 17-8-2015 08:34 AM
Erkkkkk, nih.tips. umum.jer...... nak.beli. apapun. Kena. tgk. Kelayakan. Pinjaman, bajet, sumer. Tu ...
Haha.....buat sendiri. Ikut je procedure pun dah ok. Cuma kena tanya diri sendiri, nak duduk terus atau pelaburan |
|
|
|
|
|
|
|
tentera_laut replied at 17-8-2015 08:44 AM
nak komen sket pasal "as is basis".. selalunya pihak bank takkan kasik masuk rumah tu.. lepas auctio ...
First time dengar.... |
|
|
|
|
|
|
|
MissNigga replied at 17-8-2015 08:39 AM
teringin nak try .. tapi dengar citer ... ada geng geng mafia sekali involve dalam auction cengini . ...
Apasal mafia beli semua rumah lelong idaman kalbu ke? Bank nak duit jer
No money no talk. U got money u mafia |
|
|
|
|
|
|
|
ada member kena.. rhb bank rasanya (x ingat). x leh masuk.. lepas auction tgk2 structure rumah mcm senget.. fight kat tribunal, mmg bank kena tiaw.. pulang balik duit
|
|
|
|
|
|
|
|
Jual rumah nak roboh mmg lah salah walaupun sebenarnya rumah lelong tak boleh masuk hanya tengok dari luar |
|
|
|
|
|
|
|
just nk kongsi cerita..
alhmdulillah sy dpt beli umah lelong kerajaan rm45 k shj
tp rumah mmg masuk kategori usang n byk yg perlu dibaiki..26 thn umah xde org duduk
tp yg paling bestnye rumah tu sblh umah mak sy je..so beli n pecah supaya dpt besarkn umah mak.
prosedurnya pun mudah sbb kita sediakn dulu 10% dr hrga umah sblm masuk lelongan
lelongan akn dibuat di mhkmah tinggi negeri masing2..klau berjaya perlu bayar dlm masa 90 hr dr tarikh berjaya.kena rajin2 tgk laman web jbtn insolvensi negara. |
|
|
|
|
|
|
|
6. pastikan unit yg dilelong tu unit bumi...ada peluang besar utk menang kalo unit bumi |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kita tak jadi beli.. dpt balik tak 10% tu (maksudnya kita tak berjaya auction, org lain dpt)
|
|
|
|
|
|
|
|
yezz..mmg ada kes mcm ni..biasa jerung2 besar je yg dapat..
|
|
|
|
|
|
|
|
utk duduk or sewa bleh laa....x salah aku ada baca kalo lot bumi or leasehold rugi utk jual balik.....
|
|
|
|
|
|
|
|
xder laaa, maksud aku apa yg dia dakwa TIPS nih mmg dah sedia umum dah tau pun.......LOKASI, LOKASI, LOKASI......x payah citer pun org tau.......KELAYAKAN PINJAMAN, BAJET sumer tu umum dah masuk dlm perkiraan x kisah dlm proses nak beli rumah lelong, rumah baru, kereta, motor bagai......
|
|
|
|
|
|
|
|
tentera_laut replied at 17-8-2015 09:40 AM
kalau kita tak jadi beli.. dpt balik tak 10% tu (maksudnya kita tak berjaya auction, org lain dpt) ...
akn dpt blk..
mcm kes sy, sy sorg je yg berminat utk beli umah tu so xde la bid2 ni..
terus sign perjnjian je depan hakim.
klau ade lebih dr sorg berminat br lelongan akn diadakn n hrga rumah mungkin akn jd lebih tinggi dr asal..
tp umah lelong kerajaan ni slalu murah je..
berbaloi beli |
|
|
|
|
|
|
|
tak rugi kalo lokasi dia bagus...org skg ni dah x peduli leasehold sangat janji lokasi superb
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|