|
Hi geng ultraman,
saya nak cadangkan nasi kerabu yang sedap kat orang, tahu tak korang nasi kerabu cara menghasilkannya bukan susah, cuma ia memerlukan sedikit kesabaran dan teknik yang tersendiri.
Bahan Nasi :
250gm beras
30 kuntum bunga telang - ditumbuk dan diperah airnya
Bahan sambal :
3 ulas bawang putih } dikisar
10 biji bawang merah } dikisar
10 tangkal cili kering } dikisar
1 inci halia } dikisar
3 batang serai - diketuk
2 sudu makan minyak masak
1/2 inci belacan
4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
Bahan sorok lada :
10 biji cili hijau & merah besar - dibelah tengah dan dibuang bijinya
1/2 biji kelapa parut
5 ekor ikan kembung - direbus dan dibuang tulangnya
5 biji bawang merah
300mi santan pekat
Garam, gula & serbuk lada sulah secukup rasa
Cara membuat :
1) Nasi: Masak nasi seperti biasa bersama air bunga telang sehingga masak.
2) Sambal : Tumis bahan kisar dan serai selama 10 minit.
Kemudian masukkan belacan, santan, garam dan gula. Masak sehingga pekat. Ketepikan.
3) Sorok lada : Kisar isi ikan, kelapa parut, bawang merah, garam, gula dan serbuk lada sulah sehingga halus dan sebati.
4) Kepal-kepalkan campuran ini hingga kental dan sumbatkan ke dalam 'perut' cili.
5) Didihkan bersama santan pekat selama 5 hingga 7 minit.
6) Hidangkan nasi kerabu bersama sambal, sorok lada, ulam-ulaman, budu, ikan goreng atau sebagainya mengikut kesukaan masing-masing.
|
|