View: 6834|Reply: 0
|
5 Cara Masak Makanan Dalam Tin Lebih Sedap
[Copy link]
|
|
Bagi suri rumah, mungkin mereka lebih gemar memasak sendiri kerana mempunyai masa. Namun bagi yang bekerja, mereka tiada pilihan selain membelinya. Prihatin dengan keadaan ini, sisipan Selera MW membantu anda dengan berkongsi resipi makanan dalam tin yang mudah dan cepat disediakan.
1. KERANG MASAK MINANG
Bahan-bahan: Kerang dalam tin
1 ulas bawang besar dikisar
1 inci kunyit hidup dikisar
½ cawan santan pekat
1 cawan air
1 sudu besar kerisik
5 batang cili api
½ batang timun (dihiris besar-besar)
Garam
Gula
Cara membuat: 1. Masukkan santan ke dalam kuali. Tambahkan air, bawang besar dan kunyit hidup.
2. Setelah mendidih masukkan cili api. Kemudian masukkan kerang dan kerisik.
3. Akhir sekali masukkan garam dan gula. Siap.
2. SARDIN GORENG TEPUNG
Bahan-bahan: Sardin dalam tin
Minyak masak
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu besar biji ketumbar (ditumbuk kasar)
1 sudu besar tepung jagung
Secubit kunyit
½ cawan air
Cara membuat: 1. Masukkan tepung gandum, garam, biji ketumbar, tepung jagung, kunyit dan air, gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
2. Celup sardin ke dalam adunan tepung dan gorengkan sehingga warna kekuningan.
3. Angkat, dan hidangkan.
3. SOTONG MASAK HAKKA
Bahan-bahan: Sotong dalam tin
Minyak masak
3 ulas bawang putih dicencang
½ inci halia dihiris
1 sudu besar minyak bijan
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil garam
Bunga kubis
Brokoli
1 sudu kecil tepung jagung ( untuk memekatkan kuah)
1 cawan air
Daun kucai ( potong ukuran 1 inci)
5 batang cili api
Cara membuat: 1. Panaskan kuali, tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi.
2. Masukkan minyak bijan berserta air.
3. Setelah mendidih tambah bunga kubis, brokoli dan sotong.
4. Masukkan cili api dan tepung jagung.
5. Akhir sekali masukkan garam dan lada sulah.
4. SARDIN IKAN MASAK KARI INDIA SELATAN
Bahan-bahan: Sardin dalam tin
Minyak masak
Kacang panjang dipotong 1 inci
1 biji tomato dipotong 4
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
½ sudu kecil rempah halba dan biji sawi
4 helai daun kari
3 sudu besar rempah kari ikan
1 cawan air
Air asam jawa
Garam dan gula
Cara membuat: 1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, rempah halba, biji sawi, daun kari dan rempah kari ikan ke dalam minyak yang dipanaskan.
2. Setelah garing masukkan air dan sedikit air asam jawa.
3. Setelah mendidih masukkan sardin, kacang panjang dan tomato.
4. Akhir sekali masukkan gula dan garam secukup rasa.
5. KERABU KERANG Bahan-bahan:
Kerang dalam tin
1 bawang besar di mayang halus
1 tangkai cili merah dihiris
Tauge
2 tangkai cili api dihiris
3 sudu besar kelapa goreng yang ditumbuk kasar
Perahan limau
1 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
Daun ketumbar
Cara membuat: 1. Masukkan kerang ke dalam mangkuk besar.
2. Gaul bersama bawang besar, cili merah, tauge dan cili api.
3. Setelah sebati, masukkan perahan limau, garam, gula dan daun ketumbar. Siap.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|