View: 1889|Reply: 4
|
10 Perkara Lepas Bersalin Yang Ibu Tak Sabar Buat
[Copy link]
|
|
Selepas melalui pelbagai pantang larang sepanjang sembilan bulan mengandung, ibu tentu gembira sebaik selamat melahirkan si comel yang dinantikan.
Ibu sudah berjaya melepasi tahap paling kritikal bagi seorang wanita. Kini ibu masuk ke fasa baru iaitu menjadi ibu kepada seorang bayi!
Bagaimanapun ada beberapa perkara yang mesti ibu tak sabar nak buat bila sudah selamat bersalin.
1. Tak perlu kerap ke tandas
Mesti anda rindu pengalaman pergi tandas 24 jam sehari. Siang dan malam, tandas umpama sahabat karib. Kekerapan membuang air kecil
yang sinonim dengan ibu mengandung menjadi sejarah bagi anda.
2. Selamat tinggal loya dan mual
Tiba-tiba rasa janggal pula sebab rasa loya dan mual sudah meninggalkan anda. Tak perlu lagi bawa plastik dan tisu sepanjang masa dalam beg tangan!
3. Baring telentang 24 jam
Ahh...rasa selesa sangat sebab boleh baring telentang tanpa perlu memikirkan perut yang besar. Kalau masa mengandung
susah nak tidur telentang tapi kini tak perlu asyik nak mengiring sebelah kiri atau kanan sahaja.
4. Boleh makan tanpa sekatan
Kini masanya untuk anda menikmati menu makanan yang dilarang semasa mengandung seperti kerang-kerangan, oyster, sushi salami, keju biru dan lain-lain. Dulu semuanya kena fikir tentang keselamatan
bayi dalam kandungan dan diri sendiri yang tengah mengandung kerana bimbang berlaku jangkitan kuman dan sebagainya.
5. Selamat kembali kasut tumit tinggi
Tak sabar nak sarung kembali koleksi kasut tumit tinggi yang sembilan bulan 'terperam' dalam kotak kasut dan almari kasut. Kini mama kembali bergaya dengan kasut tinggi.
6. Kembali aktif bersenam
Bagi ibu yang aktif bersenam seperti aktiviti jogging, zumba, aerobik, badminton dan lain-lain bolehlah kembali kepada aktiviti anda semula selepas sembilan bulan 'bersara' seketika.
7. Berjalan laju dan berlari
Kalau dulu selalu kena tinggal dengan kawan-kawan yang tidak mengandung bila anda keluar bersama. Maklumlah 'mak buyong' jalan perlahan sebab perut besar. Sekarang anda
sudah bebas boleh jalan laju bahkan berlari kalau nak cepat.
8. Pakai jeans lama
Satu kepuasan bila dapat menyarung kembali seluar jeans lama tanpa masalah. Itu maksudnya anda tiada masalah perubahan berat badan selepas bersalin. Ia satu pencapaian menakjubkan bagi ibu selepas bersalin!
9. Minum kopi
Bagi penggemar kopi, tentu tidak sabar hendak kembali menghirup kopi bila-bila masa diingini. Masa mengandung, kenalah kawal pengambilan minuman berkafein demi keselamatan bayi dalam kandungan.
10. Bebas alahan
Masa mengandung ada ibu yang alahan kepada beberapa alatan solek seperti bedak, lipstik, krim muka dan sebagainya. Kini ibu sudah boleh kembali melaram sebab tiada lagi masalah tak boleh
cium bau lipstik, kulit gatal bila pakai krim muka dan sebagainya.
pama
|
|
|
|
|
|
|
|
Selamat kembali kasut tumit tinggi
tak jugak lah, sbb nk dukung baby.. camana huhu |
|
|
|
|
|
|
|
yup...kebanyakan bebas selepas bersalin.
tunggu anak 1tahun lebih baru betul2 free |
|
|
|
|
|
|
|
dulu masa iols branak anak 1st...x sabar nye nak pergi bercuti... |
|
|
|
|
|
|
|
no 8 ye kot....
sbb saya jenis bukan senang nak dapat kan semula ukuran lama...set rangka besar macam saya memang payah kot...berat masa kawen 60kg...now 75kg...baby 1yr... haih...lambat bena nak dpt kan berat asal...huhuhu...dah anak 4.....lambat ler nak dapat 60kg balik....hehehehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|