CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21997|Reply: 175

Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk

[Copy link]
Post time 29-8-2015 02:11 PM | Show all posts |Read mode
“Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul”… Pepatah lama yang hanya akan difahami oleh mereka yang bernasib sama..



Tiada satupun pasangan suami isteri yang telah ALLAH satukan dalam pernikahan yang sah yang tidak mahukan zuriat.. Tapi rezeki manusia itu berbeza-beza.. Ada yang sudah bernikah bertahun-tahun lamanya tapi masih belum ada rezeki anak.. Orang keliling hanya tahu bertanya dan berkata tanpa fikir perasaan orang lain..



“Rugi kalau dapat anak lambat.. Nanti bila dah tua, anak-anak masih kecil”



“Jangan la biar lama-lama baru nak dapat anak.. Takut nanti tak sempat nak menimang cucu sendiri”



“Takde berubat mana-mana ke? Cubalah ikhtiar”



“Orang perempuan ni kalau dah kahwin tapi takde anak, dah serupa macam kain buruk”



“Bro.. Air mani kau tak power kut…”


MashaALLAH… Yang berkata dan bertanya pun seolah-olah seperti tiada iman.. Ingat anak ni macam beli air kat vending machine ke? Masuk duit, tekan punat nak jantina apa, terus keluar anak tu? Satu lagi, pasti ke yang kita akan hidup sampai tua? Sedangkan Nabi ALLAH Zakaria a.s. diuji dengan tiada zuriat sehinga Baginda tua.. dan Baginda tak putus-putus berdo’a memohon agar dikurniakan zuriat.. Sesungguhnya tiada yang mustahil bagi ALLAH SWT.. Akhirnya Nabi Zakaria a.s. dan isterinya yang mandul dikurniakan seorang anak iaitu Nabi Yahya a.s.



Hanya mereka yang faham saja akan benar-benar mengerti.. Setiap bulan si isteri berdebar menanti kedatangan haid dengan harapan biarlah “sangkut”.. Alangkah kecewanya hati, alangkah sedihnya hati bila tiba-tiba “bocor”.. Air mata cepat-cepat dikesat agar jangan sampai suami nampak.. Serta-merta terus berpura-pura gembira seolah-olah takde apa yang dirasa kerana taknak suami turut kecewa..



Bukan taknak ikhtiar.. Fitrah manusia itu sendiri berikhtiar.. Zaman sekarang dah ada macam-macam teknologi canggih.. Tapi bukan semua orang mampu.. Katalah kalau mampu sekalipun, bohong kalau takde rasa bimbang.. Bagi si isteri, bagaimana kalau terbukti memang dia tak boleh mengandung? Bagaimana penerimaan suami nanti? Apa fungsi seorang isteri? Perlukah diizin suami menikah lagi?



Bagi si suami pula, bagaimana jika terbukti dia tak mampu memberi zuriat? Hancurkah ego seorang lelaki? Hilangkah kejantanannya? Bagaimana harus dijelaskan kepada isteri? Semua ini memerlukan tahap redha dan persediaan mental yang amat tinggi.. Ada juga suami yang salahkan isteri setiap bulan apabila isteri datang haid.. Seolah-olah isteri itu yang menentukan dia mahu hamil atau tidak.. Tak semua pasangan mampu duduk bertentang mata untuk sama-sama menyelesaikan masalah ini..



Hati isteri mana yang tak tersentuh melihat suami mendukung anak orang lain? Hati suami mana yang tak terkilan melihat isteri membelek-belek dan merenung pakaian bayi yang comel-comel ketika keluar shopping bersama?



Anak angkat… Memang mudah untuk dilafazkan tapi tak semua pasangan mampu melakukannya.. Ada suami yang berkeras hanya mahukan zuriat daripada bakanya sendiri.. Ada pula yang memikirkan masa depan anak itu nanti.. Bagaimana nak hadapi waktu untuk menjelaskan status anak itu nanti bila dia sudah dewasa.. Satu lagi yang ramai terlupa.. Anak angkat juga merupakan rezeki anugerah ALLaH..



Bukan semua pasangan ALLaH hadiahkan anak angkat.. Ada kes yang bertahun-tahun mencari anak angkat tapi ada je halangannya.. Duit dah keluar, tapi akhirnya si ibu ubah fikiran.. Ada juga yang memohon di Jabatan Kebajikan Masyarakat tapi proses itu tidak semudah ABC.. Banyak prosedur dan saringan yang akan dilakukan.. Akhirnya penantian itu jadi terlalu menyiksakan..


Kepada pasangan yang ALLaH uji tanpa zuriat lagi, kuatkanlah semangat kalian.. Mungkin ALLaH nak bagi masa untuk kalian kuatkan ikatan perkahwinan.. Mungkin ALLaH nak kalian enjoy honeymoon lama sikit.. Bersangka baiklah kepada ALLaH.. Jangan putus berdo’a dan cubalah cari masa yang sesuai untuk berbincang suami isteri.. Pilihlah jalan terbaik.. Jika nak ikhtiar, biarlah dipersetujui oleh kedua-dua pihak.. Bagi keluarga, sanak saudara dan rakan taulan, hentikan soalan-soalan yang boleh mengguris perasaan.. Ini semua hak mutlak ALLaH..



Mempersoalkan zuriat seseorang sama seperti mempersoalkan Qada’ dan Qadar ALLaH.. Hati-hati jangan sampai jatuh kufur.. Bagi yang sudah ada zuriat, jangan sombong dengan mereka yang masih belum ada zuriat.. Kita tak tahu nasib anak kita nanti macam mana.. Apa jadinya dia bila dewasa.. Betul, anak yang soleh/solehah boleh membantu ibu bapa di Akhirat.. tapi anak juga mampu menarik tangan ibu dan bapa ke Neraka.. Jangan sibukkan hal orang lain sehinggakan hal mendidik anak itu kita abaikan..



Kepada yang masih mencuba, amalkanlah do’a Nabi Zakaria a.s. iaitu Ayat 89 daripada Surah al-Anbiya’.. Pastikan isteri ambil EPO, Acid Folic dan Vitamin E 400 secara berterusan dan suami pula makan Multivitamin (apa-apa brand pun boleh).. Boleh beli di farmasi untuk stabilkan hormon dan sihatkan sperma.. Pastikan “bersama” di antara hari ke-9 sehingga hari ke-21 daripada hari haid pertama dan mesti “bersama” setiap 4 hari sekali dalam tempoh 13 hari ini.. Ini waktu subur wanita dan tempoh 4 hari sekali memastikan sperma suami berada dalam keadaan kualiti yang paling optimum.. Ramai lelaki berpendapat air mani yang tersimpan lama adalah lebih baik, tetapi ianya SALAH! Menurut pakar perubatan, air mani lelaki berada dalam keadaan yang paling sihat adalah ketika ia minimum 3 hari dan maksimum 5 hari. Selepas hari ke-5, sperma di dalam air mani mula bertukar menjadi sperma yang tidak berkualiti lagi. Para suami semua sila ambil perhatian!

Sekian, terima kasih.



p/s: sebak hati i baca ni.. sumber dr fb/blog...
maaf kalau x sesuai.. sekadar ingin berkongsi rasa..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2015 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
X yah layan la....kalau cerdik x de nya nak kata mcm2
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 12:51 AM | Show all posts
Bagi kita, orang2 yang tanya/cakap mcm tu, orang tu sebenarnya dengki ajek tu.
so, abaikan aje la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 12:59 AM | Show all posts
malas nak baca panjang sangat cuma nak tanya
kenapa angkat diri sendiri jadikan kain buruk..

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 01:55 AM From the mobile phone | Show all posts
First time dgr org gelar pompuan berkahwin takde anak ni umpama kain buruk... Tak baik cakap camtu...

Ai takde anak.. Tp ai tumpang kasih ngan anak teman baik, sejak dr dia dalam perut lg, ai teman mak dia, duk ngan mak dia, sebab arwah ayah dia keja jauh masa tu,, ditakdirkan, kami share sama birthday, now dah 7 thn umur dia

Ai tak amik kisah org cakap apa.. Buat hal sendiri, enjoy hidup berdua, dengan dua ekor kucing
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 02:46 AM | Show all posts
…to those yang masih blom ada anak…please dont think lesser of yourself…and dont let others belittled u…remember…no one can put u down without your consent…remember this always...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-8-2015 03:22 AM | Show all posts
Edited by faraway1 at 29-8-2015 02:25 PM
bazinga replied at 29-8-2015 12:55 PM
First time dgr org gelar pompuan berkahwin takde anak ni umpama kain buruk... Tak baik cakap camtu.. ...

sama kita, me close dengan anak kekawan,sampai my friend pun tak segan tanya jika boleh buat birthday party
anak dia kat rumah kami sebab lebih luas, so dia boleh jemput ramai tetamu..

me punya excited shopping barang cam ianya birthday anak kami lagi..


Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 03:59 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 replied at 30-8-2015 03:22 AM
sama kita, me close dengan anak kekawan,sampai my friend pun tak segan tanya jika boleh buat birth ...

Oh, hehe, biasala, kekadang kita yg terover excited..

Masa anak kawan tu baby lagi, ai bg dia tuala mandi.. Tp ntah macam mana, tuala tu jd selimut busuk dia, ke mana saja dia pegi, mesti kena bawa, benda tu dia panggil juju... Sampai dah lunyai n lusuh benda tu..bertahun jugak budak kecik tu simpan, tak bagi mak dia buang, hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2015 05:51 AM | Show all posts
Lain kali kalau orang tanya soalan atau komen bangang cam tu, bagi je jawapan "tak de anak lagi baik dari ade anak tapi tak reti jaga anak" atau "tak de anak lagi baik dari tak de otak macam orang yang tanye aku soklan kenapa aku tak de anak".
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 11:19 AM | Show all posts
mulut ornag mana boleh ditutup..

kalau bujang ditanya bila nak kawin, dah kawin tanya anak, dah beranak, bila nak tambah..
dah satu bini, ditanya bila nak bercawangan..

yang jarang ditanya, "bila nak mampos je"...

so abaikan jer..atau pun kalau jalan2 tu, bawa cili, sapa tanya cilikan mulut tu..

dalam forum ni pun ada yg mengejek juga..ada aku kesah...
berlaki pun supa xberlaki, baik xpayah berlaki..
baca dlm forum ni pun dah takut nak berkeluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 12:05 PM | Show all posts
Apasal nak HINAkan bini yang tak beranak bagikan KAIN Buruk......????
Bukankah kementerian kesihatan kata, 1.69 juta lelaki di Malaysia
ni adalah MANDOL!!!!!!!!
Mungkin laki kamu tu salah seorang daripada 1.69 juta yang MANDOL tu.
Kalau pompuan mandol, jantan kawen lain kunun nak cari zuriat sendiri.
So, pompuan pun elok mintak CERAI, cari laki baru, prove it to those
MANDOL men, you are fertile..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-8-2015 12:23 PM | Show all posts
erk.. itu informasi, artikel berkenaan bkn hasil coretan i ye..
i cuma berkongsi dr fb dan blog org lain..

cuma rsa terguris dan sebak bila baca..
sbb dlm situasi yg sama..

thanx pada yg beri semangat..
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 30-8-2015 11:19 AM
mulut ornag mana boleh ditutup..

kalau bujang ditanya bila nak kawin, dah kawin tanya anak, dah b ...

Biasa la tu makwa.org yg suka myibuk ni mmg mulut xbleh tutup.klu aib diri sndri or ank beranak depa,pandai tutup xmau cita pd org..tp klu hal org lain semuanya digali.sibuk nak tau bila org nak kawen,bila org nk dpt anak.

Org2 mcm ni..measurement kebahagiaan mrk adalah janji berlaki,beranak tiap2 tahun itu dikira bahagia.klu xkawen or xde anak kira xbahagia la.pdhal org yg disibukkannya tu aman bahagia je wlupun tkde psgn@anak.
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 10:17 PM | Show all posts
kenarihitam replied at 30-8-2015 10:07 PM
Biasa la tu makwa.org yg suka myibuk ni mmg mulut xbleh tutup.klu aib diri sndri or ank beranak de ...

betul tu,

dia pun xbahagia mana,

dok sibuk hitung bahgia atau tidak orang lain....
hidup kita, kita yang tentukan, nak bahagia cara mana..
xsemesti tidak berlaki xbahagia..
yang berlaki pun celik mata dh kena sepak terajang, maki hamun..baik solo
yang berlaki kena tanggung laki..baik solo duit sendir habis sendiri

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 11:22 PM | Show all posts
dulu terasa la juga
skrg ni wat bodo jer

rezeki anak Allah yg bagi..
ada rezeki anak..adala
xde kalu Allah bg rezeki kat lain pula..

kalo dgr mulut orang...buat stress je..
mulut org xleh ditutup
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 11:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau ada anak membesar jadi mat rempit nak buat per?
Kalau ada anak jadi perompak perogol nak buat per?
Bangga boleh beranak tapi kemudiannya anak tu jadi apa?
Kalu setakat beranak keluar mat rempit..penagih..perompak baik xyah  beranak..iye dak?
Hujung2 anak yang dibanggakan tu boleh ke jaga mak ayah? Kalau semua yakin ada anak tua nanti tidak hidup sendirian xdelah ada org tua yg kena buang...
Jangan nak bangga2 sagt ngata org lain macam2 bab boleh zuriat ni kuasa Allah tapi bab memilih anak tu nak jadi apa di tangan mak bapak...  maka bapaklah yg nak coral anak tu jadi apa... so kalau anak jadi xelok saper yg nak disalahkan..kan berbalik kat muka mak bapak juga...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-8-2015 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 30-8-2015 10:17 PM
betul tu,

dia pun xbahagia mana,


Kan mak wa...sibuklah dengan hal orang....
Setuju ngan kata2 mak wa... bahagia tu kita yg pilih...
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 11:49 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 30-8-2015 12:23 PM
erk.. itu informasi, artikel berkenaan bkn hasil coretan i ye..
i cuma berkongsi dr fb dan blog org ...

U jangan terus bersedih... jangan hina diri sendiri..
Kalau  ditakdirkan xde anak bersyukurlah..mungkin Allah sedang elakkan u  dari bala yg u xtahu...me selalu cakap kat kawan cam tu jugak..ada jugak kawan me yg xde anak..ada sorg tu ok jer.. org boleh share citer2 pasal anak kat dia..
tapi ada yg sorg tu asyikla duk sedih..cakap pasal anak pon xboleh.. sensitif.. me kata kenapa nak guris hati sendiri..biar jer.. enjoy cara masing2..ada anak enjoy cara ada anak xde buat cara xde.. dia marah dia kata senanglah cakap u ada anak.. i cakap bahagia tu terletak pada anak ke?  Bahagia Itu pilihan u..u yg pilih nak telan kata2 org n jadikan kanser dalam diri u atau u nak buang jer mcm u ke tandas setiap hari..xde makna..
dia kata takut suami dia kahwin lagi..me cakap org yg kahwin lain ni semua bini dia xberanak ke? Ada yg beranak pon kena cerai..kena madu...

Lagi 1 kalu nak hina2 orang yg xde anak ni dorg kena ingat Isteri Nabi Saidatina Aisyah pon xde anak jugak... So nak cakap lebih2 fikir skit...

Sabar lah u..Insyaallah... Ada hikmah semua ni

Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2015 11:50 PM | Show all posts
mommymonster82 replied at 30-8-2015 11:41 PM
Kan mak wa...sibuklah dengan hal orang....
Setuju ngan kata2 mak wa... bahagia tu kita yg pilih ...

kadang2 dgr citer kawan2 pasal pengasuh anak ( tajuk lain pula, tp pasal anak jg)
skrg cikgu jarang nak balik betul2 time balik, koku la, meeting la, kelas bimbingan la..
masalah dgn pengasuh..baru ni kawan citer pengasuh dia jerit masa dia dah gerak kete ..'kita ngasuh anak takat pukul 3 je "
depan2 masa ambik anak xnak cakap, belakang baru jerit..
fikr2 sekali pompuan ni benti je keje , bela anak..


tapi.................




ada jaminan ke, llaki sekarang hampeh......kita benti keje, xlama dia pasang cawangan,
dah xmampu nak sara satu keluarga,
p bina keluarga baru lagi, anak yg mak xkeje mula jadi peminta sedekah kpd laki/ayah sendiri..
sbb tu saya rasa pompuan yg keje xmo benti keje..


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2015 12:00 AM From the mobile phone | Show all posts
mak_wa95 replied at 30-8-2015 11:50 PM
kadang2 dgr citer kawan2 pasal pengasuh anak ( tajuk lain pula, tp pasal anak jg)
skrg cikgu jara ...

Kalu me mmg me patah balik me sound terus...ambil anak2 n byr jer terus gaji dia..me hntar nursery terus..takut juga dia apa2 kan anak tu...patutnya dr awal dah kena bincang... sbb tu me n kengkawan malas nk hntar kt pengasuh.. xde sistem..xde black n white.. kitorg prefer nursery lebih ms ada ot...cuti2 pon xtutup..

Yer mak wa fikir gtu jugaklah yg suami me pon xbg me berhenti just tukar keje jer... yg insyaallah jamin masa depan in case jd per2 kt dia... Masa depan kita xtahu  kita berserah kt Allah tp kita kena bersedia jugak... me rasa ramai pompuan pon bkerja fikir gtu..bukn sbb suami xmampu..tp sbg persediaan kalu jd apa2....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.057510 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list