CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2533|Reply: 1

8 Tahap Sebenar Tumbesaran Perut Ibu Hamil

[Copy link]
Post time 17-9-2015 12:52 PM | Show all posts |Read mode

        Bila sebut kita mengandung, mesti mata orang akan tertumpu di perut kita dan soalan seterusnya tentu sahaja berkaitan usia kehamilan. "Eh, keciknya perut. Tak macam mengandung." "Macam ni saiz perut mengandung 6 bulan? Ok ke baby you?"

        Itu antara soalan-soalan yang mesti dihadapi oleh kebanyakan ibu hamil. Masalah saiz perut ketika mengandung kadang kala boleh membuatkan bakal ibu jadi tertekan. Terlalu kecil orang pertikaikan, terlalu besar pun mereka hairan. Jadi apa kata anda kenali tahap sebenar tumbesaran perut ibu hamil.


        Tahap 1

        Yeay saya mengandung!! Masa untuk cari info macam mana hendak kurangkan masalah kesan regangan, beli produk untuk elak kesan regangan yang buruk. Oh! Seronoknya hendak jadi ibu. Setiap masa mesti anda akan mengusap perut dan tidak sabar hendak melihatnya membesar.


        Tahap 2

        "Ok sekarang saya dah masuk tiga bulan, kenapa tak nampak lagi perut macam orang mengandung?" Rasa mual, loya, muntah-muntah dan letih sudah semakin berkurangan tetapi tak nampak lagi bukti perut orang mengandung.


        Tahap 3

        "Comelnya perut dia mengandung! Tak nampak sangat pun perut" "Ya, saya memang mengandung tapi kenapa perut nampak macam orang yang buncit?" Ada yang masih keliru untuk ucap tahniah atau tidak kerana bimbang kalau tidak mengandung, ada yang berkecil hati pula.


        Tahap 4

        Akhirnya yang dinantikan muncul juga pada usia enam bulan kehamilan. Tak payah penat beritahu yang kita sudah mengandung. "Hai semua, tengok perut saya yang sudah besar ini. Ya saya mengandung!


        Tahap 5

        Uh...kenapa perut macam tak boleh berhenti membesar? Masa tahap ini, ramai pula yang tegur sama ada saya mengandung kembar memandangkan saiz perut yang sangat besar sedangkan anda lagi dua bulan sebelunm tarikh bersalin.


        Tahap 6

        Bila berbaring, ibu mungkin akan tersenyum sendirian melihat bentuk perut yang sangat besar. Pada usia kehamilan genap lapan bulan sudah tentu pergerakan bayi dalam perut juga semakin aktif. Nikmati saat indah bayi bergerak bagaikan bermain bola sepak di dalam perut kerana apabila sudah bersalin kelak, ibu pastikan rindukan pengalaman ini.


        Tahap 7

        "Genap sembilan bulan dan akhirnya bayi selamat dilahirkan. Rasa kurang bebanan pada perut yang berat selama sembilan bulan tetapi eh...kenapa saya masih nampak macam wanita mengandung?" "Adakah saya akan terus memakai pakaian ibu hamil? Oh, janganlah orang ambil gambar saya masa ni dan letak di Facebook!!"


        Tahap 8 (setahun selepas kelahiran bayi)

        Bukan mudah hendak mendapatkan kembali bentuk perut sama seperti sebelum mengandung. Ada ibu yang berjaya tetapi ada ibu juga masih lagi berusaha biarpun bayi sudah berusia setahun. Semuanya bergantung kepada usaha dan cara masing-masing mendapatkan kembali perut sebelum mengandung.

        pama




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2015 07:58 AM | Show all posts
hahahhahah......

perut iols lak...kejap nampak beso..kejap nampak kecik...konpius kejap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 07:50 AM GMT+8 , Processed in 0.242974 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list