CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4594|Reply: 4

Tahukah Anda Siapa Pencipta Pin Baju @ Baby Pin?

[Copy link]
Post time 30-10-2015 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Suatu ketika dulu, bagi memastikan lampin kemas dipakai oleh bayi, pin akan disemat diatas permukaan kain tersebut. Dan tahukah anda penggunaan pin bayi telah digunakan selama 2,500 tahun!



Disebabkan penggunaan kerap keatas lampin, maka gelaran 'baby pin' menjadi sinonim dengan objek kecil ini.

Selain pin bayi, ia juga dikenali sebagai pin keselamatan (safety pin), sebab fungsi utama alat ini adalah untuk mengelakkan pin daripada tercucuk kulit.

Jika mencucuk peniti pada kain, selalunya tiada bahagian penutup bertindak menghalang jarum sampai ke badan. Silap-silap boleh terluka kulit akibat tusukan berduri.

Lebih malang, apabila objek halus tersebut berisiko tinggi mencederakan kulit anak kecil kerana ia perlu digunakan setiap hari bagi mengelakkan balutan lampin menjadi longgar dan tidak kemas.

Kewujudan pin mula wujud sejak zaman kuno Yunani dan dikenali sebagai Fibula. Alat yang popular dengan 'tugas' mengancing pakaian ini sangat meluas penggunaannya dikalangan masyarakat zaman dahulu.

Pin pada zaman ini wujud dalam pelbagai bentuk dan diperbuat daripada gangsa dan besi.

Bahagian luar fibula turut diselaputi permata dan dihiasi perhiasan seperti enamel, kaca, batu kacang dan tulang.

Terdapat empat bahagian utama dalam fibula iaitu badan, pin, spring dan engsel.

Keempat-empat bahagian ini memainkan peranan penting dalam mewujudkan pin sebagai pengancing pakaian.

Kebanyakan golongan atasan menggunakan pin yang diperbuat daripada emas, perak, tembaga dan gading. Sementara golongan bawahan pula menggunakan kayu sebagai pin mereka.

Situasi ini berterusan sehinggalah pin keselamatan dimodenkan oleh seorang pereka.

Pencipta Pertama Pin Moden

Walter Hunt adalah individu yang bertanggungjawab dalam memodenkan ciptaan pin. Mekanik dari New York ini memperoleh hak paten buat pertama kali pada tahun 1826 namun paten tersebut bukanlah ke atas pin keselamatan sebaliknya mesin jahit.

Sebelum berjaya mereka pin bayi, Walter telah berjaya mereka cipta beberapa peralatan canggih pada masa itu. Antaranya alat pemintal benang, pengasah pisau dan mesin membuat paku.

Idea penciptaan pin bermula pada tahun 1849, dimana ketika itu Walter mengalami masalah kewangan. Ia berlaku ketika Walter secara tidak sengaja memintal cebisan wayar ditangannya.

Ketika itu, dia berada dalam dilema memikirkan cara untuk membayar hutang berjumlah $15 dolar yang dipinjam darida kawannya.

Tanpa disangka, pintalan dawai tadi terbentuk menjadi pin yang boleh dibuka dan dicangkuk semula dan selamat digunakan.

Sejak itu, pin keselamatan berjaya dicipta secara moden. Pertama, bahagian jarum dilindungi sepenuhnya selepas pin dicangkuk. Tujuannya supaya jari tidak terdedah dengan bahagian jarum yang tajam. Kedua, penambahan pusingan keliling pada lekuk pin bertindak sebagai spring sekaligus menjadikan pegangan jarum lebih sempurna.

Uniknya, ciptaan Walter merupakan pin pertama yang direka bercirikan keselamatan yang memastikan kulit selamat daripada kecederaan.

Hasil lakaran yang berjaya disiapkan bersama prototaip, pin keselamatan telah dipatenkan pada 10 April 1849.

Akhirnya, Walter berjaya membayar hutangnya selepas menjual hak paten kepada W.R. Grace pada harga $400 dolar.

Budaya Punk

Pada era tahun 70an, pin menjadi semakin popular dalam budaya punk. Kebanyakan mereka menggayakan pin dalam pelbagai cara.

Antaranya sebagai aksesori pakaian, tatu pada badan dan tusukan jarum pin kecil tersebut pada permukaan kulit.

Bapa Industri Pin

Disebabkan permintaan tinggi serta penggunaan meluas dikalangan masyarakat, Samuel Slocum bertindak membina sebuah kilang pin di Poughkeepsie, New York.

Samuel Slocum juga dikenali sebagai bapa industri pin di Amerika Syarikat.

Bagi memastikan tahap kecekapan proses, sebuah mesin khas dengan pelbagai fungsi turut direka. Hasilnya, hampir 100,000 pin berjaya dikeluarkan setiap hari sepanjang tahun.

Dikatakan ketika itu hanya ada dua syarikat menjadi pengeluar pin keselamatan di Amerika Syarikat.

Dan kini, sebanyak 3,000,000 pin bayi mampu dikeluarkan dalam tempoh satu hari.

Lebih menarik, pelbagai rekaan comel menghiasi pin bayi bagi menambahkan keceriaan kepada pengguna.

Sementara itu, bagi mengenang sejarah permulaan pin keselamatan moden serta pereka, Walter Hunt, 10 April dijadikan sebagai tarikh rasmi menyambut 'Hari Pin Keselamatan Antarabangsa' setiap tahun.

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-10-2015 10:29 AM | Show all posts
Sekarang penggunaannya dah makin kurang sejak adanya lampin pakai buang.  Hanya menjadi penyelamat ketika pancing pakaian jadi rosak je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 01:24 PM | Show all posts
patut kena ada juga satu dua sekurang-kurang di rumah
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2015 07:08 PM | Show all posts
penting pin ni..
penyelamat time kecemasan..
tapi selalu time nak guna mesti tak jumpa kat mana letak..
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2015 12:56 PM | Show all posts
hanamunir replied at 31-10-2015 07:08 PM
penting pin ni..
penyelamat time kecemasan..
tapi selalu time nak guna mesti tak jumpa kat mana le ...

hahahah....betul lah

time cari...time tu la xjumpa

sama la jugak macam brooch

macam ade antu plak kat rumah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 09:22 AM GMT+8 , Processed in 0.044611 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list