CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1324|Reply: 0

Belum Hamil? Mungkin Sebab 4 Perkara Ini

[Copy link]
Post time 17-11-2015 04:52 PM | Show all posts |Read mode


Sudah masuk dunia berdua, pasti idamkan 'orang baru' untuk meriahkan suasana berumahtangga. Ada pasangan yang sihat tubuh badan, tak ada masalah kesuburan, tapi biasalah rezeki orang tak sama.

Jangan bersedih, cuba semak beberapa faktor ini dulu sebab kadang ada yang tidak tahu punca lain juga berkait untuk dapatkan cahaya mata. Pasangan kelamin perlu elak melakukan beberapa perkara ini untuk cepat hamil, ok jom semak!

1. Guna cecair pun bahaya
Sesetengah pasangan menggunakan jeli mahupun cecair dengan harapan untuk memudahkan sperma menembusi sel telur. Sedangkan, cecair itulah yang boleh merosakkan sperma. Jika mahu juga menggunakan cecair, pilih cecair yang selamat untuk sperma (sperm-friendly)

2. Hubungan kelamin ketika subur sahaja
Sesetengah pasangan yang berhajat mahukan anak hanya melakukan hubungan kelamin di saat subur sahaja. Mereka fikir inilah saatnya untuk menabung sperma, padahal apa yang mereka fikirkan itu silap. Bagi menjayakan persenyawaan, sperma perlu segar. Suami pula harus berejakulasi sekurang-kurangnya setiap lima hari sekali agar testikal selalu menghasilkan sperma yang baru.

3. Ambil vitamin C berlebihan
Pengambilan vitamin yang sedikit baik untuk kesuburan, namun pengambilannya yang berlebihan memberi kesan kepada kesuburan. Kebanyakan vitamin C yang diambil berlebihan boleh mengeringkan serviks.

4. Minum kopi
Serius, minum secawan kopi sehari boleh mengurangkan peluang hamil 50 peratus dalam tempoh 12 bulan. Jika minum tiga cawan kopi, peluang untuk hamil berkurangan sehingga 175 peratus. Jika tidak mahu berisiko, elakkan daripada mengambil minuman ini.

mingguanwanita

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 05:46 AM GMT+8 , Processed in 0.235248 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list