Peringkat awal:
Ibu perlu suap bayi makanan dalam bentuk puri iaitu makanan yang dihaluskan atau dibuat menjadi bubur, seperti tepung beras yang dicampurkan susu, kentang atau buah-buahan.
Beberapa minggu: Cecair yang dicampurkan ke dalam makanan dikurangkan sehingga tekstur bubur bertambah kental.
Usia lapan hingga sembilan bulan: Anak sudah boleh memakan makanan lengkap yang dilembutkan seperti nasi dan lobak, kentang atau ubi.
Tahap ketiga: Bayi akan mula belajar makan makanan dengan tekstur yang sama seperti orang dewasa.
Bagi membantu proses adaptasi dengan makanan padat, ikuti saranan ini:
1. Mulakan dengan satu hidangan kecil. Satu sudu bubur yang sangat halus mungkin sudah cukup sebagai perkenalan. Seminggu kemudian, tambahkan menjadi tiga sudu. Setelah bayi semakin mengenal tekstur dan rasa, perlahan-lahan tingkatkan saiz hidangan.
2. Tak payah banyak, cukup dengan satu jenis makanan. Anda boleh memulakan dengan bubur beras. Kalau bayi tak suka dan menolak, jangan terus mengalah! Kalau bayi memuntahkan makanannya, itu mungkin refleks kerana gerakan menghisap susu ibu tak sama dengan gerakan menelan makanan. Bagi masa hingga menjadi lebih mahir dan terbiasa.
3. Kurangkan pemberian susu ibu menjelang waktu makan. Tapi jangan biarkan bayi terlalu kelaparan. Bayi yang terlalu lapar lebih sukar diajak bekerjasama mempelajari perkara baru.
4. Mulai pada pagi hari. Kalau dah terbiasa, beberapa minggu kemudian tambahkan menjadi dua kali sehari. Beberapa minggu kemudian baru ditambah lagi sehingga menjadi tiga kali sehari.
Ingat ya ibu, jangan memaksa anak untuk makan banayk dalam masa yang singkat. Biar perlahan-lahan walau abil masa. Moga info ini membanti ibu muda untuk mulakan pemakanan sihat kepada bayi comel.
mingguanwanita
|