CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3784|Reply: 9

Resepi Yang Di Kawal Umpama Berlian Dalam Bank

[Copy link]
Post time 18-11-2015 07:40 PM | Show all posts |Read mode
Dalam dunia ini ada beberapa rahsia sulit yang hanya dipegang oleh beberapa orang sahaja, atau dalam kes yang ingin diceritakan di sini, hanya dua orang.



Ya, dalam lebih kurang 7 billion manusia di dunia, dua manusia sahaja yang mengetahui rahsia sulit ini. Apakah dia? Rahsia ketenteraan Amerika? Konspirasi perbankan yahudi?

Tidak.

Ianya adalah resipi makanan yang mungkin anda selalu makan... KFC!

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930.

Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang eksekutif yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut.

Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia.

Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.

Hanya dua orang eksekutif yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala eksekutif ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan.

Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.

Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:

“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan.

"Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut.

"Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza.

"Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”

Sumber artikel: http://www.sentiasapanas.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2015 08:05 PM | Show all posts
mak aihhhh..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 11:12 AM | Show all posts
peerrgghhh....dasat betul kawalan ke atas secret recipe ni ek
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 11:55 AM | Show all posts
tapi tak kan chef2 lain tak dapat agak apa rempah yg digunakan. dia org mesti tahu segala jenis rempah kat dunia ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 02:15 PM | Show all posts
kilang yg mix rempah tu xkan tau.. setidak2nya.. rempah berdasarkan peratus campuran pun dah blh agak dah..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2015 03:29 PM | Show all posts
katenye yg skang ni pon tak gune resepi asal kan....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2015 04:22 PM | Show all posts
amboi kemain rahsia betoi
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 10:20 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 09:46 AM | Show all posts
macam tu sekali.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 01:35 PM | Show all posts
ini baru betul betul secret receipe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 10:27 PM GMT+8 , Processed in 0.054495 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list