|
Minum Petang : Food Truck – “The Breadman” Roti Benggali
Setelah kegilaan Burger Bakar sekarang muncul revolusi baru iaitu “Food Truck”.
Tidak di nafikan kegilaan ini melanda serata Malaysia dimana kebanyakan orang sanggup mengejar food truck dengan menggunakan medium media social seperti FB, IG atau twitter.
Antara food truck yang famos sekarang ialah The Humble Chef, The Royal Post, Flaming Wheels, La Famiglia dan sebagainya.
Kebanyakan food truck lebih kepada masakan luar negara kini kedai roti dari Penang telah hadir dengan Food Truck – “The Breadman” Roti Benggali … Ya .. Roti Benggali dijual didalam truck/van.
Selalunya lokasi food truck ini di SS12 Subang Jaya (Di hadapan SJMC).
Pada waktu tengah hari selalunya ramai yang beratur untuk membeli sama ada sebuku roti atau roti bakar yang akan dimasak dengan arang dan disapu dengan Kaya “homemade”. Secara peribadi saya menyukai roti benggali original kerana kulit luarnya yang kenyal tetapi isi didalam sangat lembut.
Terbaik jika hanya di cicah dengan Kari atau air kopi!. Selain roti original terdapat beberapa pilihan lain seperti Wholemeal, Chocolate & Charcoal Untuk harganya juga tidak terlalu mahal untuk saiz dan rasanya.
|
|