Bahan-bahan:
600 gm beras pulut – direndam satu malam
300 ml santan kelapa
½ sudu kecil garam
3 sudu besar air
Sedikit pewarna biru Bahan kaya:
6 biji telur
200 gm gula
300 ml santan
1 helai daun pandan Cara membuat:
1. Kukus pulut selama 45 minit.
2. Angkat dan campurkan dengan santan, air dan garam. Gaul sehingga sebati.
3. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dibiarkan berwarna putih manakala satu bahagian lagi dicampurkan dengan pewarna biru.
4. Campurkan kedua-dua pulut dan letakkan di dalam talam. Tekan pulut hingga padat dan kukus selama 30 minit.
5. Biarkan pulut menjadi sejuk kemudian barulah dipotong. Hidangkan bersama kaya. Cara membuat kaya:
1. Kacau telur dengan gula sehingga sebati.
2. Kemudian, campurkan adunan bersama santan. Kacau lagi.
3. Letakkan di dalam kuali. Kacau sehingga masak.
4. Biarkan sejuk sebelum dimakan bersama pulut.
sajionline
|