Oleh Adib ZA
Buat penggemar pastri, antara yang termudah untuk dilakukan sendiri ialah tart telur. Tidak percaya?
Hanya dengan campuran beberapa bahan seperti susu, tepung kastard dan telur cukup menjadikan ia satu pencuci mulut yang sangat enak.
Bolehlah dicuba pada hujung minggu ini ya. Selamat mencuba!
Bahan-bahan:
2 Biji Telur
1 1/2 Cawan Susu
5 Sudu Besar Gula
2 Sudu Besar Tepung Kastard
1/2 Sudu Teh Esen Vanilla
Cara-caranya:
1. Bancuh semua bahan sehingga sebati dan ketepikan.
2. Ambil kulit tart yang belum dibakar dan tuang adunan telur kastard di dalamnya.
3. Bakar pada suhu 180 celcius selama 20-25 minit. - CARI Infonet
Sumber resipi: Buat Wanita Blog
(sumber foto: Carian Google)
|