CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2945|Reply: 3

U MOBILE MERAIKAN PEMBUKAAN “PUSAT PERKIDMATAN PELANGGAN” DI KIDZANIA KL

[Copy link]
Post time 30-11-2015 05:07 PM | Show all posts |Read mode
U Mobile Sdn Bhd, syarikat telekomunikasi Malaysia paling dinamik dan inovatif dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan replika “pusat perkhidmatan pelanggan” U Mobile di pusat pembelajaran KidZania, Kuala Lumpur. U Mobile ialah syarikat telekomunikasi pengendali mudah alih satu satunya yang bekerjasama dengan bandar mini dalam dewan popular ini untuk menyediakan prasarana bagi mendidik golongan kanak-kanak tentang penggunaan telefon yang sihat, bertanggungjawab di samping memberi pendedahan terhadap kemahiran strategi perniagaan, inovasi dan semangat keusahawanan.






Pusat Perkhidmatan Pelanggan U Moble tersebut menzahirkan semula pusat khidmat syarikat dengan bercirikan kaunter perkhidmatan pelanggan dan telefon mudah alih yang disaizkan mengikut persekitaran yang bersesuaian dengan kanak-kanak.


Untuk menggambarkan dunia sebenar, kanak-kanak yang memasuki pusat perkhidmatan pelangan tersebut akan dapat mengetahui cara-cara bagaimana pembelian kad USIM atau cara-cara bagaimana kad USIM dijual. Melalui aktiviti ini, U Mobile berharap mereka akan dapat memahami fungsi sebuah syarikat telekomunikasi serta mempersiapkan diri menjadi pemilik atau pengguna telefon bimbit di masa depan.  


Untuk memastikan kanak-kanak bersedia menggunakan telefon bimbit secara bijak, U Mobile juga telah menyediakan panduan pengguna mudah alih untuk seluruh keluarga yang akan diedarkan kepada semua pengunjung KidZania KL. Panduan tersebut yang pertama di Malaysia menawarkan panduan perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh kanak-kanak serta ibu bapa.   Salah satu ciri luar biasa di dalam panduan tersebut ialah kontrak keluarga di mana kanak-kanak dan ibubapa boleh berikrar untuk menggunakan telefon bimbit mereka dengan bertanggungjawab.








Datuk Bandar KidZania Kuala Lumpur, Shahrul Nizar Ahmad, juga hadir di majlis pembukaan,  gembira kerana U Mobile telah menjadi rakan kongsi industri yang menyertai tarikan pendidikan ini. “KidZania memerlukan pemain industri untuk membolehkan kanak-kanak mendapat nilai pembelajaran sebenar danoleh yang demikian, amatlah penting untuk rakan-rakan industri mensimulasikan dunia sebenar. Melalui lakon peranan di U Mobile, kanak-kanak berpeluang didedahkan kepada asas-asas strategi perniagaan, inovasi dan keusahawanan. Seperti yang kita maklum, telefon mudah alih  adalah satu keperluan di dalam dunia orang dewasa, oleh itu adalah penting untuk kita mempunyai satu pengendali mudah alih di dalam bandar untuk memastikan kanak-kanak akan bersedia untuk pengalaman sebenar apabila tiba masanya.”






Panduan penggunaan Telefon Bimbit Bertanggungjawab Keluarga boleh didapati di KidZania KL, kedai U Mobile atau boleh dimuat turun daripada laman web U Mobile – u.com.my.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-11-2015 07:59 PM | Show all posts
ooo...baru ku tahu u mobile ni pon sebahagian perbincangan keluarga..
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2015 11:02 AM | Show all posts
Berat betul masalah keluarga ni.
Tuan tanah pun jenis malas membaca ikut suka letak dekat mana.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 04:36 PM | Show all posts
hahahahahhahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54157 Replies : 11
Nek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1 juta!
PrickfordNek Ta tak bayar hutang MARA hampir RM1
Views : 27063 Replies : 495
Notis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak oleh MARA {EDISI DUNIA TIPU-TIPU}
maklukpenggodaNotis bankrap ke atas Kiah Pekasam, anak
Views : 6692 Replies : 14
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 45778 Replies : 589
Air Selangor tambah baik aplikasi, laman web jadi lebih mesra pengguna
ultra78Air Selangor tambah baik aplikasi, laman
Views : 48066 Replies : 2
Kes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan Anthony Loke sangkal tuduhan Tun M
AbahmungKes Batu Puteh: Wan Azizah, Mat Sabu dan
Views : 20057 Replies : 12
Cikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohingya tidak sekolah akan bawa “social backlash" yang membebankan negara
YgBenarCikgu Azmi kata 70,000 kanak-kanak Rohin
Views : 36716 Replies : 36
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 277470 Replies : 8102
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 97214 Replies : 996

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 01:56 AM GMT+8 , Processed in 0.035187 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list