CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9130|Reply: 16

Ayam Masak Merah Yang Paling Best (MESTI CUBA!)

[Copy link]
Post time 1-12-2015 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Ayam Masak Merah Yang Paling Best



Saya memang suka mencuba resepi turun temurun atau resepi yang digunakan oleh mereka yang berniaga atau resepi yang digunakan oleh tukang tukang masak bagi majlis majlis kahwin. Kerana yang pasti, resepinya adalah proven and tested recipe. Resepi Ayam Masak Merah yang ini diambil dari blog Ana Suzana yang dipelajari dari ayahnya yang merupakan seorang tukang masak bagi majlis kenduri kawin yang tersohor di kampung beliau. Dah lama resepi ini disalin, cuma belum ada kesempatan dan masa yang sesuai untuk dicuba sendiri sehingga lah hari ini.



Ayam Masak Merah
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ekor ayam - lumur garam + kunyit & goreng separuh masak.
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
2 sudu besar sos cili
60 ml santan
250 ml air
3 biji tomato - belah 4
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa - saya tambah
Minyak utk menumis
Kacang peas - opsyenal

Bahan bahan kisar halus:
4 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 cm halia
15 - 20 tangkai cili kering - rebus sebentar dan kisar

Bahan bahan hiris:
3 biji bawang besar - lagi sedap bwg holland
5 ulas bawang putih
2 cm halia - hiris jadi 3 keping

Cara cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan hirisan sampai layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan gaul rata.

Lepas tu masukkan cili kering yang dikisar dan sos cili. Tumis sampai pecah minyak.






Bila dah pecah minyak, masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi. Jika digoreng garing, ayam akan menjadi liat. Dikacau rata dan biarkan seketika.




Kemudian masukkan air mengikut banyak mana kuah yang disukai. Lepas tu masukkan santan untuk memekatkan kuah mengikut yang disukai.



Masukkan buah tomato dan garam. Masak sehingga pecah minyak. Taburkan sedikit gula, jika suka. Bila rasa dah sebati, dan warnapun dah cantik, bolehlah ditutup api.





Jika suka, boleh masukkan kacang peas, sebelum ditutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama nasi minyak, nasi briyani atau nasi tomato.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2015 02:23 PM | Show all posts
yang ni confirm sedap..dah cuba
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Terliur.. sedapnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-12-2015 03:44 PM | Show all posts
kacangbadam replied at 1-12-2015 02:23 PM
yang ni confirm sedap..dah cuba

dah cuba, masak utk brapa org makan?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2015 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Resepi dari azie kitchen ni semua sodap2. Bila buat menjadi. lebihkan bawang merah, lagi terangkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2015 11:08 AM | Show all posts
misshidayah replied at 1-12-2015 07:06 PM
Resepi dari azie kitchen ni semua sodap2. Bila buat menjadi.  lebihkan bawang merah, lagi terangka ...

bawang penting ek... biasa piao masak bawang ala ala kadar je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-12-2015 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
piao replied at 2-12-2015 11:08 AM
bawang penting ek... biasa piao masak bawang ala ala kadar je

Bagi warna lagi kilat dan mengancam. Rasa lemak2. Kalau masak merah atau sambal saya tak ubuh atau ubuh sebiji je. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2015 05:23 PM | Show all posts
misshidayah replied at 1-12-2015 07:06 PM
Resepi dari azie kitchen ni semua sodap2. Bila buat menjadi.  lebihkan bawang merah, lagi terangka ...

resepi azie kitchen ni mmg sedap..haritu cuba mee sup,dia letak jintan putih dgn ketumbar..selama ni anak2 iols x brp suka mee sup biasa tu..tp try resepi azie ni,laju je diorg mkn..mula2 pelik jgk nape nk letak rempah ni sume,sedap ke..rupanya mmg sedap..mabeless

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2015 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
MistrezHermanaz replied at 3-12-2015 05:23 PM
resepi azie kitchen ni mmg sedap..haritu cuba mee sup,dia letak jintan putih dgn ketumbar..selama  ...

Dah buntu nak masak apa. Esok boleh cuba ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedapnya..
Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2015 03:24 PM | Show all posts
mesti sedap nih....terus pedih perut tgk gambar tu...hehe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-12-2015 05:49 PM | Show all posts
akakdendeng replied at 10-12-2015 03:24 PM
mesti sedap nih....terus pedih perut tgk gambar tu...hehe...

tp guna santan? masak sambal pun pkai santan
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 12:30 AM | Show all posts
Ayam masak merah memang lauk fav keluarga..kalau raya masak Ayam kari, kurma, rendang. memang tak d sentuh, nak ayam masak merah juga ... tapi saya tak guna santan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-12-2015 10:51 AM | Show all posts
piao replied at 10-12-2015 05:49 PM
tp guna santan? masak sambal pun pkai santan

a ah....mmg ada yg guna santan utk masakan ni. tapi i guna susu cair instead of santan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2015 09:53 AM | Show all posts
sherry70 replied at 11-12-2015 12:30 AM
Ayam masak merah memang lauk fav keluarga..kalau raya masak Ayam kari, kurma, rendang. memang tak d  ...

kenduri je mesti masak merah kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2015 04:27 PM | Show all posts
piao replied at 15-12-2015 09:53 AM
kenduri je mesti masak merah kan

saya hari biasa pun mkn lauk Ayam merah,kalau tunggu kenduri lama la kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2015 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain betul resepi ni,letak santan. Nanti boleh try. Tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:35 PM GMT+8 , Processed in 0.058295 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list