View: 1794|Reply: 0
|
Panthers waspada ancaman Warriors
[Copy link]
|
|
TEKONG Black Panthers, Fazil Asri tidak mahu rakan sepasukannya terus dibuai kemenangan peringkat kumpulan menjelang pertemuan menentang Gomo Warriors di separuh akhir saingan Liga Sepak Takraw Malaysia (STL) 2015 pada 12 Disember nanti.
Baginya, lawan yang ditewaskan pada peringkat kumpulan ini membuktikan kemampuan mereka sehingga mampu berada di kedudukan empat terbaik.
"Gomo Warriors pasukan yang jauh berbeza berbanding pasukan yang tewas 1-2 kepada mereka pada minggu pembukaan STL 2015 sebelum ini.
"Lebih memeranjatkan pasukan dari Kelantan itu akhirnya menyerlahkan potensi sebenar mereka untuk menempatkan diri kelompok empat teratas dengan menyingkirkan pasukan seperti East Coast Surfers dan Southern Tigris," katanya.
Fazil turut menggesa agar rakan sepasukan terus mempamerkan aksi berkualiti kerana percaya lawan pastinya akan memberikan saingan sengit.
“Kami mahu melangkah ke final dan banyak perlu diperbaiki dalam tempoh dua minggu ini. Semua pemain komited dan mahu buktikan sesuatu, jurulatih juga telah mencuba beberapa gandingan.
"Kita sedang bertambah baik dalam semua aspek, persefahaman juga semakin baik. Yang penting lakukan terbaik dan tidak boleh hilang fokus,” ujar Fazil yang berundur dari skuad kebangsaan selepas berakhir temasya Sukan Sea di Singapura, Jun lalu.
Jaguh dari Pulau Pinang itu mengekalkan rekod bersih tujuh kemenangan dari tujuh perlawanan sekali gus dilihat sebagai pilihan utama untuk muncul juara STL 2015 seterusnya menyambar hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM40,000.
sinar harian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|