CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5751|Reply: 0

Nasi Lemak Mami Tanjung Berlauk Sambal Ayam Masak Serai

[Copy link]
Post time 8-12-2015 06:21 PM | Show all posts |Read mode


Resepi Oleh : Mamak Haji

Resepi asal Tuan Mamak Haji menggunakan sukatan 1 kg beras. Ita masak hanya 2 pot nasi sahaja memandangkan keluarga kami yang tidak ramai. Di sini ita kongsikan resepi yang ita dah kurangkan.

2 cawan beras ~ di cuci bersih dan toskan airnya
Jika menggunakan beras basmathi, rendam dahulu beras paling kurang 20 minit. Kemudian cuci dan toskan. Sukatan air bagi beras basmathi juga di lebihkan.

1/2 cawan santan pekat atau santan KARA
2 cawan air
1 sudu besar margerin atau butter
1 inc halia ~ di titik
1 batang serai ~ di titik
2 helai daun pandan di simpul
2 biji bawang merah ~ di hiris ( jika guna bawang besar 1/2 biji sahaja)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
garam secukup rasa
gula secukup rasa



Macam biasa ita masak dalam periuk nasi.
Tapi kaedah memasak nasi lemak ni lain sedikit, kita guna kaedah tumis darat.
Beras yang kita dah cuci dan dah di toskan kita masukkan ke dalam periuk nasi dan ketepikan

Dalam periuk lain yang kecil, cairkan margerin atau butter.
Kemudian tumiskan kulit kayu manis dan bunga lawang.
Masukkan juga serai, daun pandan, halia dan bawang yang telah di hiris.
Masak hingga naik bau aromanya dan bawang garing
Masukkan santan dan air
Perasakan juga dengan garam dan gula.
Masak hingga mendidih

Bila dah mendidih, tuangkan dalam periuk nasi yang ada beras dalammya
Tanak nasi seperrti biasa.
Bila dah masak gemburkan dan tutup semula periuk dan biar dia masak sempurna.



AYAM SAMBAL BERSERAI
Resepi Oleh : Mamak Haji

1/2 ekor ayam ~ di potong kecil, cuci dan toskan
Ayam ni ita gaulkan dengan garam dan kunyit dan goreng dahulu 1/2 masak atau goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan

20 tangkai cili kering ~ di potong rendam hingga kembang, cuci bersih dan kisar halus
4 batang serai ~ 2 batang ita hiris dan kisar dan 2 batang lagi ita ketuk
2 inc lengkuas ~ kisar halus
1 inc kunyit hidup ~ kisar halus
8 ulas bawang merah atau 2 labu bawang besar ~ di kisar
3 ulas bawang putih ~ dikisar
3/4 cawan santan pekat
1 keping asam keping
gula secukupnya anggaran 2 sudu besar
garam secukup rasa
1 senduk minyak untuk menumis



Baki minyak goreng ayam tadi tinggalkan 1 senduk dalam kuali untuk menumis.
Tumiskan bawang, lengkuas, kunyit dan serai yang di kisar halus
Masukkan juga serai yang di titik dan tumis hingga harum dan terbit minyak
Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing
Bila dah garing masukkan asam keping, santan, garam dan gula secukup rasa
Biar kuah merenih sebentar
Akhir sekali masukkan ayam goreng, masak hingga ayam sempurna masaknya dan meresap sebati bersama kuahnya.





Ok! sekarang nasi kita dah pun masak.. lauk ayamnya pun dah masak..
Boleh lah kita hidangkan nasi ni bersama telur rebus dan timun..
emmm.... bau dia.. perghhhh!!! buatkan ita tak sabar betul nak merasa..
Apa tunggu lagi..
Bismillah....
kredit:azlita masam manis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 02:37 PM GMT+8 , Processed in 0.039884 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list