1 kg daging batang pinang - dipotong sekeping memanjang
tali guni - secukupnyer
kertas aluminium foil
sedikit minyak zaitun
Bahan Rempah
1 peket rempah BBQ ala mamak
3 batang serai - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
6 ulas bawang merah - dicincang
1 inc halian- dicincang
1 pokok daun ketumbar - dicincang
2 sudu madu
sedikit air
garam dan gula secukup rasa
Daging di bersihkan.
Semua ramuan rempah disatukan dan di gaul rata.
Ambil 1/2 ramuan rempah diletakkan atas daging dan ratakan. Gulung daging tersebut dan ikat dgn tali kemas.
Baki adunan rempah tadi digunakan pula utk memerap gulungan daging. Kemudian lumurkan sedikit minyak zaitun pada gulungan dan bungkus daging itu dgn aluminium foil. Simpan dalam peti sejuk semalaman.
Setelah semalaman, buka bungkusan aluminium, panaskan ketuhar 170C. Letakkan daging atas rak pembakar, set oven pada grill dan grill daging selama 1/2 jam atau sehingga daging masak.
Setelah masak boleh lah dihiris nipis dan di makan semasa masih panas.
Daging ni dimakan bersama sos BBQ atau black papper sos. Makan bersama coleslaw, mass potato dan fries.
kredit:azlita masam manis
|