Oleh Adib ZA
Sudah bosan dengan masakan telur dadar biasa?
Apa kata, tambahkan sedikit rempah untuk jadikan ia lebih umpph!
Telur dadar masala ini pasti membuatkan anda kenyang dan kecur air liur. Jom cuba!
Bahan-bahan:
4 biji telur
4 bawang merah, dicincang
2 cili merah/hijau, dihiris halus
2 sudu susu segar
1 cili benggala, dicincang
2 biji tomato, dicincang
sedikit garam
sedikit serbuk lada hitam
1/4 sudu serbuk kunyit
sedikit daun ketumbar
Cara-caranya:
1. Pukul telur hingga sebati.
2. Masukkan kesemua bahan tadi. Pukul hingga rata.
3. Panaskan minyak dan curah adunan tadi ke dalam kuali.
4. Siap! Boleh dimakan dengan roti atau nasi panas! Yummy! - CARI Infonet
(sumber foto: carian google)
|