View: 19917|Reply: 54
|
DRAMA ADAPTASI MEH,SANDAR PADA AKU! KARYA AIFA BATRISYA
[Copy link]
|
|
Edited by eddlisa_uyuk at 27-1-2016 02:40 AM
Ikut perancangan, novel ni bakal diaptasi oleh Zeel Production utk slot Dahlia TV3.
Hero mula2 Redza Rosli yg dipilih utk watak Syed Nadzhan tp ditukar katanya sbb redza shoot drama lain. Pendapat iols redza dh kene dh utk watak dr syed sbb muka dia kan ala2 sombong sket tp sayang sbb dh tukar. Hero baru blm tau siapa lg.
Heroin pulak Mira Filzah yg dpt. Iols rse kne la sheols utk watak as student2 practical ni since muka dia pon mcm bdk2 lg. Dia berlakon CSWP pon not bad.
Ni sinopsis dari kulit novel :
Aku perlukan kau, sebagaimana kau perlukan aku. Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?
Kata orang, tak kenal… maka tak cinta. Tapi kalau dah kenal, asyik nak menyakitkan hati sahaja… buat apa? -Afnan Tasneem
Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.
Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!
“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”
Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.
“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”
Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?
Actually iols suka giler novel ni. Smpai fefeeling syoknye klu dpt sv hot, hensem mcm dr syed time practical. Skali nan hado. SV yg iols dpt tua dh kawen beranok pinok sume. Hahahah. Harapan menjadi layu..
So uols rse sape yg sesuai utk watak hero n heroin klu bukan depa yg dpt?
|
|
|
|
|
|
|
|
Cita ni another cerita kawin paksa or kena tangkap basah tapi sbenanya dianiaya orang etc etc ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 23-1-2016 07:08 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
skinsandstars replied at 23-1-2016 05:48 PM
Cita ni another cerita kawin paksa or kena tangkap basah tapi sbenanya dianiaya orang etc etc ke?
Bkn kawen paksa or kontrak or tangkap basah. Hahah. Dua2 mmg suka sme suka tp x nk ngaku until hero tu yg lamar heroin konon nk jaga dia after parents meninggal |
|
|
|
|
|
|
|
mrsfaralalala replied at 23-1-2016 07:08 PM
Bkn kawen paksa or kontrak or tangkap basah. Hahah. Dua2 mmg suka sme suka tp x nk ngaku until her ...
I see. Sounds interesting. Thank you for answering. ;) |
|
|
|
|
|
|
|
another novel perosak bangsa. |
|
|
|
|
|
|
|
hmmmmmmmmm novel ne best tpi klu drama ke laut sedeyyyy i |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-1-2016 11:50 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
beta_carotene replied at 24-1-2016 12:58 AM
another novel perosak bangsa.
Uols baca dah novel ni? Ade la jgk kan 1 part dlm novel yg iols x leh terima bile mak ayah diorg bole pulak tinggalkan diorg dok skali dlm rumah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 24-1-2016 11:52 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
cikyaa_aziz replied at 24-1-2016 11:26 AM
hmmmmmmmmm novel ne best tpi klu drama ke laut sedeyyyy i
Best kan? As long pelakon mantap n pengarah x tukar originality novel msti best pnye |
|
|
|
|
|
|
|
penulis yg sma untk drama duda terlajak laris..
antagonist novel ni best dr heroin...
kisah lelaki yg anti prmpuan sbb past time.. |
|
|
|
|
|
|
|
best ke novelnya?
iols nk tau sapa hero dia
kompom dh ke heroin dia mira filzah?
iols mmg x minat la tgk minah ni blakon
ishhhhhhhh...potong!
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-1-2016 06:16 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
merahrose replied at 26-1-2016 10:02 AM
penulis yg sma untk drama duda terlajak laris..
antagonist novel ni best dr heroin...
kisah lelaki ...
Antagonist ke hero? Klu hero, mmg best. Ala2 kejam jahat tp dlm bunga ade taman |
|
|
|
|
|
|
|
@mrsfara hero x suka prmpuan sbb mak kandung dia tggalkn ayah hero untk lelaki lain..pstu nenek hero queen control |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 27-1-2016 02:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
moller replied at 26-1-2016 11:08 AM
best ke novelnya?
iols nk tau sapa hero dia
kompom dh ke heroin dia mira filzah?
Iols rse best je novel dia. X de la romantik smpi ke awangan sgt sbb hero tu anti pompuan. Hikzz. Hero lom tau spe lg. Iols still berharap redza yg dpt watak hero tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ade scene watak antagonis berebut hero/heroin ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-1-2016 02:13 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
shaahmad replied at 29-1-2016 10:28 PM
Ade scene watak antagonis berebut hero/heroin ke?
Antagonis rebut hero. Tp hero x penah layan pon |
|
|
|
|
|
|
|
Iols dh baca novelnye...best jgk..sape hero heroin nih? |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 7-2-2016 06:36 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
shiraloveyou replied at 1-2-2016 08:07 AM
Iols dh baca novelnye...best jgk..sape hero heroin nih?
Heroin mira
Hero iols speku mcm fattah amin je |
|
|
|
|
|
|
|
Sape watak syed emir uols?
Syed nadzhan, alip aziz kn uolss? |
|
|
|
|
|
|
|
dah confirm kan....dia org pun dh shooting. now kat cameron highland tgh shooting....nampak mcm sesuai plak alif aziz ngan mira filzah....comei jer dua2
|
|
|
|
|
|
|
|
Drama terbaru adaptasi novel Meh Sandar Pada Aku karya Aifa Batrisya bakal menemui penonton di slot Dahlia TV3. Menemukan gandingan Aliff Aziz dan Mira Filzah sebagai pelakon utama. Drama ini diarahkan oleh Emi Suffian. Nantikan kemunculann mereka di TV3.
JUDUL : MEH, SANDAR PADA AKU!
EPISOD : 13 episod
TARIKH / MASA : 2016
SIARAN : Slot Dahlia TV3
NOVELIS : Aifa Batrisya
SKRIP : Marr Mohammad
PENGARAH : Emi Suffian
TERBITAN : Zeel Production Sdn Bhd
PELAKON : Aliff Aziz, Mira Filzah, Asyraf Aley, Aidit Noh, Jaja Illiyes, Badrul Muhayat, Fiza, Nada, Aishah Ilias, Redza Rosli
WATAK PELAKON
Aliff Aziz sebagai Dr. Syed Nadzhan
Mira Filzah sebagai Afnan Tasneem
Aidit Noh sebagai Lukman
Asyraf Aley sebagai Syed Amir
Jaja Illiyes sebagai Aleesha
Badrul Muhayat sebagai Syed Irham
Fiza Halim sebagai Farah
SINOPSIS MEH SANDAR PADA AKU
Mengisahkan Afnan Tasneem, gadis yang sentiasa ceria dan agak bendul tak bertempat. Afnan Tasneemsedang menjalani praktikal di sebuah pusat penyelidikan bagi menyempurnakan pengajiannya. Disana bermulalah cerita pertemuannya dengan penyelia yang dianggap sombong dan spesis lelaki terancam iaitu Dr Syed Nadzhan. Dr Syed Nadzhan hidup tanpa insan bergelar perempuan. Selepas kegagalan rumah tangga papa dan mamanya dia mengganggap perempuan menyusahkan hidupnya. Menerima Afnan Tasneem sebagai budak praktikal dibawah seliaannya memang memeningkan kepala kerana sebelum ini Dr Syed tidak pernah menerima budak praktikal perempuan.
Sepanjang tempuh seliaan Dr Syed, Afnan Tasneem sering di buli dan memberi arahan tanpa diberi tunjuk ajar. Kehadiran Adam Naufal menggugat rasa hati Dr Syed. Afnan Tasneem yang banyak meluahkan rasa tidak puas hati dengan layanan Dr Syed kepada Adam Naufal. Adam Naufal juga budak praktikal Dr Syed. Dimata lelaki Adam Naufal tahu yang Dr Syed suka pada Afnan Tasneem. Adam Naufal rapat dengan Afnan Tasneem sekadar bagi cemburu pada Dr Syed. Tetapi tidak pada Afnan Tasneem yang menganggap Adam Naufal mencintainya.
Keadaan lebih bercelaru bila ibu Afnan Tasneem berkahwin dengan ayah Dr Syed. Ayah Doktor Syed merancang untuk menjodohkan Afnan Tesneem dengan sepupu Dr Syed, Syed Emir. Tanpa pengetahuan Dr Syed juga dia telah ditunangkan dengan Doktor Aleesya. Aleesya pemburu cinta Dr Syed dari kecil gembira dengan pertunangan itu. Kerana menghadiri majlis konvo Adam Naufal membongkar satu rahsia. Sebenarnya Adam Naufal sudah bertunang dan akan berkahwin tak lama lagi. Afnan Tasneem kecewa.
Berita kematian ibu dan ayah membuatkan Dr Syed mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Dr Aleesya dan berkahwin dengan Afnan Tasneem atas rasa tanggungjawab. Dr Aleesya yang tak boleh terima kenyataan dimasukkan ke hospital sakit jiwa. Dengan bantuan Dr Syed juga Dr Aleesya pulih dan sedar akan kesilapannya. Semua yang berlaku sebenarnya telah ditentukan.
*kredit to myinfotaip.com
|
|
|
|
|
|
|
| |
|