CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3366|Reply: 10

Tak Semestinya Bersatu

[Copy link]
Post time 2-2-2016 01:57 AM | Show all posts |Read mode


sebabkan aku dah hijeck thread cinta novel miss sakura, so aku dengan bakat yang bongok ni try la nak buat thread novel berdasarkan imaginasi sendiri tanpa rangka cerita. just jari jemari yang menaip secara spontan, sebarang komen atau kondem dialu alukan.

oh btw versi aku pasal benang miss sakura tu, aina drive kat highway, masuk simpang tak bagi signal, terlanggar satu moto, moto tu  farish, ex boyfren dia 2 tahun sebelum jumpe izzat. dan dari situ konflik dalaman aina untuk selamatkan rumah tangga dia, atau cuba semula dengan farish yang dia sendiri tinggalkan dulu atas sebab belum matang. akibat perpisahan dgn aina, farish berubah 90% menjadi pendendam, dan sama ada nak revenge kat aina, atau semai balik cinta dengan aina...dan bila cerita dah 80% berjalan, izzat datang balik kat aina masa aina dah 100% syok kat farish balik.

memang konflik gila2 aku buat. lol

Tak Semestinya Bersatu.

Deruman motosikal berkuasa besar membelah keheningan pagi di lebuh raya utara selatan. Sebuah motorsikal memecut laju membelah kabus dingin yang menutupi jalan raya. Penunggangnya segak bersut kulit terus memulas pendikit sehingga ekzos jentera menjerit bingit. Kicauan burung kegembiraan tatkala ufuk fajar terbit, terhenti diganggu deruman tersebut.

"Awin"...terdetik nama itu dalam hati Azmi. Serentak itu pendikit enjin terus dipulas sehabisnya memerah motorsikal itu pergi lebih laju. Dia percaya. Dia merasakan kesedihan di dalam hatinya akan pergi tertinggal oleh kelajuan yang tinggi.

Matanya bergenang. Dipejamnya mata, berderailah air mata lelaki disebalik helmet fullface yang dipakainya. Betapa dia merindui wanita itu. Wanita yang pertama bertahta dihatinya, dan yang terakhir dicintainya. Cinta yang berputik dari pandang pertama, dan berakhir oleh ajal yang menjelma. Satu persatu memori indah bersama Awin berputar dibenak Azmi..Senyuman, tuturkata, suara, lenggok badan, jelingan. Oh sungguh dia merindui kekasih hatinya itu yang kini telah kembali ke pangkuan Ilahi.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-2-2016 02:24 AM | Show all posts

"Awak nak apa..minggu depan dah birthday awak" kata-kata Awin manja dihujung talian. Keletihan Azmi disebabkan kerja-kerja pejabat yang sibuk hilang tatkala mendengar suara manja cinta hatinya itu.

"Erm..tak de ape la sayang..just kite dapat dinner sama-sama on that day, shud be okay dah" balas Azmi kerana tidak mahu menyusahkan Awin.

Mereka berborak ditalian..dan terpaksa diputuskan cepat kerana bos Azmi merenung tajam kearahnya melalui celahan cermin kubikel. Azmi terus mengambil kertas-kertas dokumen dan menyusun-nyusun untuk memuaskan pandangan bosnya itu.


Langkah Awin penuh bertenanga apabila menjejakkan kaki di Pavillion. Satu persatu deretan kedai dilewatinya, namun hampa. Dia sendiri tidak tahu apakah hadiah yang dia patut berikan pada Azmi. Azmi tidak memberi sebarang klu untuk memudahkan urusanya.

Ain mengambil telefon pintarnya, dibukanya applikasi Facebook dan dia melihat album gambar-gambar di profile Azmi. Dia ingin mencari maklumat. Maklumat yang tepat tentang apa yang disukai teman lelakinya itu. Matanya terhenti pada sekeping gambar bertarikh Disember 2009.

"I wish you are mine" tertera caption ditulis Azmi pada sekeping gambar jam tangan.
"Yess!!!!" Awin menjerit gembira. Seluruh pengunjung pusat beli-belah tersebut berpaling memandang Awin dengan pandangan sinis.

"Bell & Ross yer...i will get you!" bisik hatinya. Kakinya terus melangkah mencari kedai jam.



Azmi menghirup cendol durian. Tekaknya lega menerima cendol yang dingin selepas meredah bahang kepanasan berada di tapak pembinaan meneliti kerja-kerja yang dijalankan kontraktor.

"Lamanya dia ni..bila nak sampai..atau dia sesat. Tak mungkin, dia pun pernah aku bawak makan kat sini" Azmi bermonolog di dalam hati.

Awin wanita yang dikenalinya selama 5 tahun. Dia merupakan anak kepada seorang Tan Sri, berharta, kaya raya tetapi sikap merendah diri Awin membuatkan Azmi jatuh cinta. Awin tidak kisah tentang status Azmi, anak orang kebanyakkan, tidak mempunyai pangkat, mahupun rumah agam. Tidak mempunyai harta yang banyak sepertinya. Malah Azmi berkali-kali menolak apabila Awin ingin memberinya sebuah kereta untuk memudahkannya pergi dan balik ke tempat kerjanya. Azmi lebih senang menaiki motorsikal, bebas dari masalah jem di tengah-tengah Kuala Lumpur. Malah setiap kali mereka berdua keluar bersama, Awin terpaksa membonceng motorsikal Azmi untuk menonton wayang atau bersiar-siar kerana sifat keras kepala Azmi tidak mahu mengambil kesempatan atas sesuatu.

"Haaa..sampai pun!" Azmi berkata apabila melihat sebuah Panamera hitam tiba dan diletakkan dibahu seberang jalan. Mangkuk cendol ditolak ketepi, senyumannya terukir tatkala melihat kelibat Awin di depan mata.

Awin melihat Azmi. "Awakk!!!" Awin menjerit dan melambai-lambaikan tangannya. Di lihat kiri dan kanan jalan dan dia melintas dengan senyuman yang manis kearah Azmi.

"Saya ada sesuatu untuk awak" jerit Awin sedang dia berjalan. Serentak itu sebuah kenderaan brek mengejut dan melanggar Awin di depan mata Azmi. Tubuh yang genit itu melambung dan jatuh menghimpap cermin hadapan kereta tersebut.

"Awinnnnnn!!!!!!!!" Azmi menjerit sekuat hati. Serentak itu dia berlari ke arah Awin bersama-sama pengunjung warung cendol.

Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Yey...best2..harap2 Awin cuma injured ajer..koma etc..i like...kipidap TT..akak follow
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 08:20 AM | Show all posts
mati2 aku ingat awin ni jantan sampai aku skip-tertancap ke pengenalan.Haha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2016 09:19 AM | Show all posts
Awin menggelupur diatas jalan raya. Azmi cepat2 merangkul tubuh Awin dan memangku kepalanya. Dibelainya rambul Awin lembut meskipun darah membasahi kepalanya. Wajah Awin berkerut menahan kesakitan yang tak terperi. Dada Azmi berombak. Jantung berdegup laju. Badannya terasa panas, kaget dan terkejut atas kemalangan yang menimpa cinta hatinya itu.

Azmi menangis. Tangisannya tidak dapat ditahan lagi. Berulang kali dia menyebut nama Awin. Betapa dia mengharapkan ini semua adalah sebuah mimpi ngeri dan akan tersedar dari tidur.

Awin menghulurkan bungkusan kecil yang digengamnya erat kepada Azmi. Kotak jam tangan berbalut kertas biru disertai riben hijau, kotor dibasahi darah. “Awak jangan sedih ye…” tutur Awin sambil sebuah senyuman yang manis diukirnya bersama mata yang bercaya memandang ke arah Azmi meskipun sedang menahan kesakitan yang teramat sangat.

Usai Awin mengucapkan perkataan itu, darah menyembur dari mulutnya. Serentak itu Awin menghembuskan nafasnya yang terakhir. Mengalir air mata dicampuri darah tatkala Awin memejamkan mata untuk selama-lamanya.

Azmi meraunng. Jeritan suaranya dilepaskan sekuat hatinya. Dirangkulnya tubuh Awin, diciumnya dahi wanita itu berulang kali sambil ditenteramkan oleh orang ramai.

“Awak jangan sedih ye…”
“Awak jangan sedih ye…”
“Awak jangan sedih ye…”

Berulang kali ayat terakhir Awin bergema di fikirannya. Umpama pita rakaman yang dimainkan berulang kali, setiap nada dan ton suara terakhir kekasihnya itu tidak dapat dia lupakan. Walaupun telah 6 bulan tragedi itu terjadi, rasanya seperti baru semalam. Di atas motorsikal berkuasa tinggi itu Azmi menangis ditemani hujan yang baru turun. Awan mendung pagi itu serta hujan yang mencurah-curah turun seakan memahami kesedihan yang bertapak di hati jejaka itu. Mati itu pasti. Dia ingin mati secepat mungkin. Dia tidak mampu lagi menanggung rindu dan sedih kehilangan teman jiwanya itu.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 10:07 AM | Show all posts
soalan versi perasan ahli syurga....

Awin sempat mengucap tak?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-2-2016 10:18 AM | Show all posts
ladyFinger12 replied at 2-2-2016 10:07 AM
soalan versi perasan ahli syurga....

Awin sempat mengucap tak?

Lol...xsempat kot. Mcm ke neraka je coz awin ni freehair
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2016 12:16 PM | Show all posts
Haaaa....ada pun thread sendirik

ok, sambung lagi..
tak semestinya masuk neraka sbb dia free hair ...
ada timbangannya kat sana nanti..
............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2016 07:52 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 2-2-2016 05:18 AM
Lol...xsempat kot. Mcm ke neraka je coz awin ni freehair

dah alang2 tau nak buat watak masuk neraka, patutnya TT wat la Awin ni pakai short skirt belah tepi, shirt nampak cleavage ke apa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-2-2016 10:32 PM | Show all posts
Lampu minyak dipaparan meter motosikalnya menyala. Lalu Azmi menekan brek lalu menurunkan gear motorsikalnya satu persatu. Dia seterusnya mengetik suis signal dan membelok ke susur masuk RnR Seremban. Dia terus menuju ke stesen pump dan memakirkan motosikalnya di pam bernombor 8.

Sedang dia mengisi minyak, terdengar jeritan perempuan dan sekilas itu juga kelibat seorang perempuan berlari ke arahnya dan dikejar oleh 2 lelaki bersenjatakan pisau.

"Awak tolong tolong saya awak!!.. diorang nak rompak saya!! tolong awak!!"
"Eh..Ehh!! bro..rilek bro. Nanti tak pasal-pasal ada orang cedera bro" kata-kata Azmi pada perompak itu.

"Kalau nak selamat, kau perempuan ikut aku. Kau pulak bangsat, bak sini wallet kau"
"Tak naaakkkk...awak tolongg awakkk..tak nakkk" jerit perempuan itu tatkala seorang dari perompak itu menarik tangannya. Azmi dah mengetahui apa nasib perempuan malang itu, dia mungkin menjadi mangsa rogol. Tiada siapa disitu untuk memberi bantuan melainkan dirinya.

Azmi segera memintak perompak berkenaan dan mendapangkan datangnya. Serentak itu perompak berkenaan ternampak jam tangan yang dipakainya.

Jam tangan yang dihadiakan kepadanya. Jam tangan yang diberi oleh arwah kekasihnya.

"kau..jam tu..bukak!" sambil pisau dihunus ke arah Azmi.

Azmi terkejut. Dia tahu sekiranya jam ini bertukar tangan maka dia tidak akan dapat mencari jam itu lagi. Dia perlu mencari ikhtiar, dengan cepat. Adakah maruah dan nyawa perempuan yang tidak dikenali itu berbaloi untuk dia kehilangan seutas jam tangan dari cinta silamnya?

"cepat la sial!!..atau kau nak tengok aku tikam perempuan ni!!"
" tak naaakkk......awak tolonggg" rayu perempuan itu.

"ok..ok bro..kau amik moto aku. minyak pun dah isik fulltank. kunci ada kat motor. amik bro..jam ni ape sangat, moto tu lagi mahal bro." tawaran Azmi pada perompak berkenaan untuk melepaskan perempuan dan jam tangan nya dari dirompak.

Kedua - dua perompak itu saling berpandangan. Tanpa sepatah ayat seorang dari mereka terus menaiki motorsikal  Azmi manakala seorang lagi terus berlari ke arah sebuah motorsikal lain yang dipakir jauh. Kedua - dua mereka terus memecut dari stesen minyak itu meninggalkan Azmi dan perempuan yang nyaris-nyaris menjadi mangsa perompak durjana.

"Abang dengan akak okay tak?? suara cashier kedengaran dari speaker.

"Moto aku dah kene rembat baru kau nak kata okay?" keluh Azmi di dalam hatinya.

Dia berpaling memandang perempuan yang sedang teresak-esak menenungnya.

"Nama siapa?"

"Azwin.."

"Ah..sudah" hatinya mengeluh lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2016 08:58 AM | Show all posts
Victorioussss replied at 11-2-2016 05:32 PM
Lampu minyak dipaparan meter motosikalnya menyala. Lalu Azmi menekan brek lalu menurunkan gear motor ...

Aik? lepas dapat nama pompuan tu terus senyap je?
Jangan lupa pulak minta nomot phone sekali tau!

Cerdik juga hero...motor buleh claim insurans kot. Jam hadiah kekasih mana nak cari ganti kan. Tapi takpe..sikit lagi nak dapat ganti jam baru dahhhh.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.065371 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list