CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16858|Reply: 145

Aku vs Keluarga Suami

[Copy link]
Post time 25-3-2016 05:03 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dah tulis panjang-panjang tadi tapi tak kena pulak. Rasa macam buat karangan pulak. Ni aku try seringkas mungkin.

Assalammualaikum dan hello carians!
Aku dah berkahwin dgn pilihan hati, chenta hati selama 4 tahun. Anak sorang. Mentua aku kata anak kau orang sikit jelah. Susah nak bela, kau orang miskin takde duit. Laser tak mentua aiii?
Aku tak keja. Tu mentua dok marah. Sebab anak dia je yang keja. Dia biasa keja masa muda-muda. Memang cekal. Kuat keja. Tu dok pelik aku tak keja. Aku pun pelik kenapa lepas aku bersalin, aku dapat offer baik..tapi aku lepaskan..  Oh ya. Aku lepaskan sebab suamiku kata duduk je lah jaga anak kita.
Dan akhirnya aku cuma surirumah yang hanya duduk saja di rumah. Pada suami dan keluarga mentua, aku duduk saja saja. Selak magazine. Minum teh. Sambil check FB. All the time.

Dalam perkahwinan kami yang serba green ni...acapkali aku mintak cerai. Maaf, memang Allah murka dan tak suka. Selain setan yang hasut..aku tak tahan. Tak tahan dengan suami dan keluarga mentua. Mentuaku, aku hormat macam mak sendiri. Masa aku keja, duit kat dia aku bagi tiap bulan. Dari gaji aku sendiri. Aku masakkan apa yang dia suka. Lama nak tau dia suka makan apa. Dekat 3 tahun, macam macam dia tongsampahkan masakan aku. Tak biasa katanya. Sedih. Sebab ibu aku ajar jangan memilih makan. Cakap pasal ibu, terasa juga dengan mentua seolah tak suka dgn ibuku. Ajak ke rumah, tak mau datang. Malas. Ajak beraya sama, tak nak. Ajak gi terawih pun tak mau. Pendek kata ibu aku ajak memang tak nak gi. Ok. Aku paham. Mungkin kami ni bukan orang senang.

Selama 4 tahun kawin, keputusan dalam rumah ni, banyak pengaruh keluarga mentua. Susah aku nak ubah mentaliti ni. Dan suami aku juga tak nak berubah menjadi matang. Bayangkan susu formula anak pun tanya keluarga mentua. Bukan nak galakkan susu badan. Sampai meroyan aku dibuatnya! Ok aku paham kalau bab benda besar, dan nak dapatkan restu tu oklah nak tanya. Tapi pasal benda remeh temeh pun semua nak cerita kat mentua. Kat keluarga. Ipar duai semua tau masalah dalam rumah. Yang mentua lupakah anak sudah beristeri? Biarkanlah dia jadi matang.  Bagi dia buat keputusan sendiri. Let him grow up. Dia adalah ketua keluarga kami. Aku tak nampak benda tu berlaku pun. Aku letih lah orang lain yang sail our marriage ni. Termasuk kaklong, kakak ipar aku yg dominan ni.

Kak long, married twice. Ada anak 4 org. Anak tiri 4 org. Anak anak besar dgn mentua dgn bibik. Dia busy. Maklumla businesswoman. Kaya. Dan gemar ambil kesempatan. Pernah sekali nak buat kenduri sempena birthday anak dia. Masa minta tolong bukan main lembut lidah. Hari kejadian, aku kena maki sebab makanan tak cukup. Letih memasak lima jenia hidangan utk 50 org tak hilang, sambung goreng ayam sebaldi. Mentua pulak mengomel aku buat keja slow. Rosak majlis. Tuan punya majlis, mekap seinci. Nak masak kenapa pulak kan! Sedangkan boleh hire caterer...tapi aku kan adik ipar yg tak reti say no! Malam flat habis. Suami rasa bersalah. Dan dia mula terasa kak long memang membuli aku. Tapi sbb kak long org kaya, so benda ni dia pejam mata je. Aku la dok tanggung. Masa kak long jatuh sakit, aku datang rumah jaga anak anak dia. Ujung ujung, post kat fb kata anak anak tak terjaga. Pakat habis semua sedara mara called tanya aku kenapa tak tolong jaga sbb kami duk dekat ja. Ok aku telan semua ni sbb adik laki tunggal dia pilih aku bukan adik angkat dia. Lama aku pendam. Banyak sangat aku makan hati. Lama lama aku jadi pendendam. Aku act baik baik je depan keluarga mentua. Balik rumah aku meroyan depan cermin dekat bilik air. Cakap dengan suami tak jadi apa. Dia biar aku melalak. Esok dia pujuklah. Cita end macam tu ja. Takda solution.

Orang kata mahar rendah lagi mulia. Macam aku, aku rasa direndah-rendahkan je aku. Macam tak layak duduk dalam kelompok diaorang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2016 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Terbaru...kak long cuba sakitkan hatiku dengan perkhabaran tentang ex gf suamiku. Dia pikir mungkin aku akan melatah. Oh no. Not today! Walaupun suamiku macam terkejut...mungkin lama tak dengar khabar. Tiba tiba muncul. Kebetulan tiptop pulak ex gf. Nasib dah kawin...... Lega sikit hati

Oh lega tu tak sampai mana lah. Aku check hp dia..amboiii...banyak nau social media.. Chat apps berapa jenis ntah. Ada yg aku dah warning suruh stop tapi dia tak peduli. Lupa agaknya aku masih simpan bukti chat dgn pompuan lain.....
Bodoh kan aku? Masa bercinta pun dua kali buat hal. Ada satu tu, sebulan sebelum kawin. Bodoh bodoh.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 06:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Sabar tt. Memang rumit n makan hati habis bila berada dlm situasi tt ni. Aku yg baca ni pun sakit hati. Susah kalau benda yg tt pendam lama2 nanti akan jd barah dlm hati.. satu masa nanti bukan alang2 tt meletop di depan family mertua. Tunggu dan lihat saja. Dan aku nak tanya.. tt ni bukan menantu pilihan ka?

Aku selama ni berdoa la.. kalau aku jatuh hati, biar la dgn org sekufu. Tanak org kaya.. sebabnya.. jadi camni lah. Aku nak family mertua  hormat family aku n family aku senang dgn mertua. Kalau awal2 suka membuli n pandang rendah.. baik blah je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 07:23 AM | Show all posts
Aku memg jenis pendiam..n aku jenis x amik pot pasai family hubby..watever la depa nk kata apa..nak buat knduri apa pun aku x amik pot..sampai memg aku ni jenis watever saja lahh..amann hidup aku..byk masalah sendiri nak setel nak layan org byk peel malasla kann..aku xdak parents in law..

aku pun rasa depa puas hati tgk ang laki bini bepisah kut..pastu ang kawen len dgn laki lagi kaya..pastu  p tayang depan metua ang ...tu lah cdgn aku setakat ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Kdg2 nasib juga tt,x semua org senang ni blagak mcm dlm cite tt. Kdg2,org skliling yg d tolong tu twist cite n sebar dlm fb.
Tt, sy nasihatkn g la keje blk..sbb perangai dorg ni tkt akn jd barah dlm hidup,lgpun tak baik asyik minta cerai dr suami. segala hal kena bincang baik2 dgn suami.
Bila tt sedih, baca surah al insyirah d samping istigfar.insyaAllah..akn lega lah sikit hati tu.btw tt,sy mmg tak suka bila ade 3rd party dlm ssbuah rumahtangga. Sbb suami sy penah d ajar oleh seorg kwnnya utk tidak memanjakn sy sdgkn sy bkn seorg yg boros,puncanya die ni nmpk kitorg mkn kt restaurant daun pisang.mahal ke? Bkn mkn stuffed crab ke ape kt restaurant tu. Pelik sbb biz partners suami sy puji, sbb suami slalu bawak bekal yg sy msk pagi2 based on suami.siap request msk extra sbb dorg akn kongsi mknn tu.
Lgpun,sy bkerja selama bbrapa tahun sblm sy resign ats pmintaan suami sampai suami masam muka sbb mula2 sy tak bstuju. Malah gaji sy lebih dr cukup utk setelkn bil2 sy sendiri tmasuk kete,loan study, bil telefon dan etc. Sesuatu yg org luar x tau sbb depa igt sy twist duit suami sy walhal sy bole je guna duit suami sy.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Teruknya keluarga mertua Dan suami tt......tu ja pandangan ikhlas kak lepas baca kisah tt....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2016 08:45 AM | Show all posts
mujer_in_espejo replied at 25-3-2016 06:03 AM
Sabar tt. Memang rumit n makan hati habis bila berada dlm situasi tt ni. Aku yg baca ni pun sakit ha ...

tak jugak babe. org yg tak kaya pun ada yg spesis control anak mcm ni jugak. bf aku tu org biasa2 je, org taman ria sg petani tu, mak tak keje, ayah keje kampung, control anak bukan main lagi. aku tak tau la kawin esok cmna.

sian tt.. sabar lah tt.. aku tak reti nak nasihat cmna.. tapi aku rasa ko kena keras hati sikit. jgn biar kaklong pijak pala ko
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 08:47 AM | Show all posts
betullah orang kata kita bukan kahwin dengan suami je tapi kahwin dgn keluarga dia jugak.

sabarlah tt. time will decide. dalam masa yang sama kalau boleh distant kan sikit dari family in law. hati tt tak sakit, diorang pun tak dapat take advantage. kalau depa nak mengata pi mampuih la. u decide ur own life.

as ur husband pulak, please carik masa duduk berdua dengan dia dan bincang hati ke hati. pandang tepat dalam mata dia. jangan pandang dengan pandangan benci tapi teliti balik kenapa tt pilih dia sebagai suami. berterus terang dengan dia apa yang terbuku selama ni. tell him you love him and you deserve to be appreciated.

saya doa urusan tt dipermudahkan. dan kalau tt muslim banyakkan mohon kepada Allah bagi jalan terbaik untuk keluar dari masalah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 09:07 AM | Show all posts
adik kena kerja..kembalikan semangat dan kekuatan..lantak pi lah org yg tkde priority dlm hidup..diorg tka suka suruh diorg amik tiket dan beratur..bitch please
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh sial sungguh family mertua ko n suami ko...
Pandangan ikhlas dr aku....

Elokla cerai...

Gini....tiap kli jumpa ko rakam suara apa yg dorg ckp..pastu gi pjbat kadi... ko pilih klu masih nk bersama ko minta kadi nasihatkn..klu nk cerai ko ckp jer nk minta cerai... ko boleh gi pjbt agama untuk mengadu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 09:36 AM | Show all posts
Sebab cemgini la pentingnya perempuan tu ada duit sendiri, ada life sendiri.. kerjaya, umah, kereta.. kiranya tak bergantung langsung pada suami.

Kadang2 laki ni, bila isteri tu terlalu bergantung, mula la buat perangai. Sebab dia org ingat kalau jadi apa2 pun, pempuan tu diam jer sebab ikut cakap laki. Mereka akan rasa tergugat kalau pempuan tu berduit, stabil, x mengharap langsung kat laki..

Nasihat aku, ko jangan baik sangat dik.. jgn kasi muka sangat kat family mertua kau atau laki ko sekali pun. Memang la suami, tapi kalau dah sampai mengatal belakang ko, pastu biar ko jadi mcm kuli batak..cari nahas namanya.
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 09:49 AM | Show all posts
bertabah la TT.

nasihat akak same je mcm yg lain-lain. sila kerja, hanta anak ke pengasuh supaya ko xkena penyakit mental. Serious, lama2, ko akan sakit mental sebab terlalu memendam.

ko keje, jaga body. pastu lantak la laki ko yg menurut je family dia tu.

family mertua ni kena ingat jugak. menantu, sama je macam anak sendiri. kena sayang sama2. tapi kalo dah nama mertua, kita ni selalu disisihkan je.

aku pon ada pengalaman haprak gak dengan mertua ni. nasib baik duduk berlainan negeri. kebarangkalian jumpa hanyalah kenduri & hari raya shaja. lain2, malas aku. call pon xberminat. sebab diorg dah lukakan hati aku dgn husband dgn parahnya.

mungkin betol ape yg sorg forumer ni ckp, diorg hanya akan puas hati bila kita bercerai. entahlah. bila harta dijadikan sandaran kasih sayang, yang lain2 ni tepi mata je la pandangnya.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 10:01 AM | Show all posts
Abaikan kata nesta mereka. Oh ya, mungkin benar juga kata mertua, jangan beranak ramai, nanti tak terjaga pula anak. Sudah ada anak satu, itu sahaja. Tak perlu menambah anak lagi selagi TT tak bekerja dan menjadi bahan makian keluarga suami.

Kalau kita sendiri tak meletakkan harga diri kita di tempat yang tinggi, jangan harap orang akan buat untuk kita. Suami ke, mertua ke, kakak ipar ke, jika sudah melampaui batas memang perlu kita lawan semula. Zaman sekarang bukan zaman nenek moyang kita ya, zaman sekarang perempuan mampu hidup tanpa suami yang membuli.

Simpan sahaja redho atau sabar yang tak kena tempat. Hidup biar sedap ya dik. Cuma satu, jangan sampai menderhaka kepada suami. Buat mengikut apa yang agama benarkan. Itu sahaja.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 10:13 AM | Show all posts
Suami, mak mertua, kakak ipar... mereka semua manusia mcm kamu.  Tidak sempurna, tidak lepas dari membuat dosa.  Maka sabarlah.  Allah bersama org2 yg sabar.  Hanya Allah saja yg layak menjadi tmpt kamu mengadu.  Ujian2 spt ini dtg utk menguji iman kita sebenarnya.  Wang ringgit dan harta bukan ubat bahagia.  Sabar dan jadilah seorg mukminah yg pemaaf.  Doakan keampunan mereka dan mintalah pd Allah agar mereka berubah.  Hanya itu saja jlnnya yg dpt menenangkan hati dan jiwa.  
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 10:31 AM | Show all posts
Salam wbt ...

Elok la TT bekerja kembali .. at least x serabut asyik nak memikir pasal keluarga mertua ...

Office hour fikir pasal kerja, balik rumah da sibuk nak bersilat hal rumahtangga ..


Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
antidote replied at 25-3-2016 08:45 AM
tak jugak babe. org yg tak kaya pun ada yg spesis control anak mcm ni jugak. bf aku tu org biasa2  ...

Kwn sy kawen dgn org sg petani..mak die pun kontrol gak anak lelaki die ni tp yg bestnye,da tau mak mmg kaki control die apply keje jauh2 cket..skrg kwn sy ngn laki die dok melaka..aman2 je hehehehe
Sy tgk few kwn sy kawen ngn org kedah + penang,mertua dorg ni jenis kontrol anak lelaki lg2 mak mertua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2016 11:47 AM | Show all posts
kesiannya

TT dok dgn family mertua kah?
saya penah juga duduk dgn mertua... dah le tak kerja... tapi saya membibikkan diri utk kerja yg saya suka ajer
lepas dah pindah rumah... dan lately nih saya sudah kurang membibikkan diri sekiranya dtg rumah mertua

saya rasa baik TT bekerja dan pindah rumah
rugi sangat hidup ni kalau hidup tak hepi

lagi satu... sila prektis say no

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 11:56 AM | Show all posts
belajar untuk melawan supaya ko tak dipergunakan..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 01:07 PM | Show all posts
cuba apply kerja, since TT penah dapat good offer.

Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2016 01:43 PM | Show all posts
aku rasa baik ko kerja la...ada duit sndri nie lain...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 04:00 PM GMT+8 , Processed in 0.061424 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list