|
Oleh Izzah Abbasy
Haagen Dazs adalah jenama ais krim yang paling terkenal di dunia. Di Jepun, anda boleh temui pelbagai jenis perisa ais krim yang unik dan lain daripada yang lain. Sebagai contoh, perisa coklat, vanila, sakura dan sebagainya.
Perisa sakura adalah yang paling unik, dan ia hanya terhad untuk musim bunga.
Namun, perisa teh hijau atau 'green tea' juga sangat sedap dan lazat apabila ia bertukar menjadi pencuci mulut seperti ais krim. Aiskrim Teh Hijau daripada Haagen Dazs ini sangat berkualiti tinggi kerana tekturnya yang berkrim dan lembut, pasti tidak menyakitkan gigi anda.
Adakah anda pencinta perisa teh hijau? Jika ya, bolehlah cuba aiskrim teh hijau ini. Tak semestinya daripada jenama Haagen Dazs sahaja kan? Lagi-lagi ketika musim panas ini. Selain menyejukkan anak tekak, teh hijau juga banyak khasiatnya. - CARI Infonet
|
|