View: 1513|Reply: 0
|
Cara ibu elak rasa nak marah pada anak kecil
[Copy link]
|
|
Sumber : https://ibusayangianakkecil.word ... pat-cepat-buat-ini/
Rasa marah ibu itu muncul bila hati ibu mula berserabut.. Ketika ibu tak dapat keluar daripada keserabutan tu, waktu tu rasa marah mudah diluahkan.. Kadang-kadang, marah yang keluar tu tak synchronize dengan kesalahan yang dibuat..
Contohnya : kita tahukan anak kecil tu kalau makan, selalu berterabur.. Sebahagian ibu yang hatinya sedang marah, boleh jadi meluahkan rasa marah yang maximum ketika tengok anak makan terabur.. sedangkan ibu tahu anak kecil yang makan terabur tu memang sifat harian dia..
boleh faham tak maksud saya??
Maksud saya, marah ibu tu kadang-kadang bukan atas faktor luaran tapi faktor dalaman.. Faktor luaran tu, sekadar peluang bagi ibu untuk meluahkan rasa marah..
Apa nak dibuat ketika ada rasa nak marah??
Kalau ibu ada rasa nak marah.. perkara penting yang ibu perlu buat adalah berusaha untuk tenang..
Nabi SAW ajar cara bertenang ketika marah : Jika berdiri maka duduk. Jika duduk maka berbaring.. Lepas tu ambil wudhu’.. duduk ambik nafas seketika, tenang sebentar insyaAllah rasa marah itu akan berkurang atau hilang langsung..
Ini berdasarkan pengalaman saya berdepan dengan marah hasil didikan oleh guru-guru dan panduan daripada pakar psikologi.. Semoga bermanfaat..Jika Ibu-ibu yang membaca artikel ini merasakan ada pandangan lain yang ingin dikongsikan bersama, saya sangat alu-alukan.. Kita bertukar pendapat untuk kebaikan bersama dan panduan sesama..
Andai artikel ini bermanfaat untuk dikongsikan bersama ibu-ibu di luar sana, saya harap anda dapat kongsikan.. Supaya kita dapat berkumpul dan berkongsi bersama-sama tips dan panduan yang memanfaatkan semua..
Sumber asal artikel :
Kalau rasa nak marah anak kecil, ibu mesti cepat-cepat buat ini!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|