|
Bagi suri rumahtangga, sememangnya bukan mudah untuk memikirkan apa yang nak dimasak untuk dihidangkan kepada ahli keluarga yang tersayang setiap hari.
Kena mencuba sesuatu yang berlainan agar ahli keluarga yang menjamu selera masakan itu tidaklah rasa bosan dengan sajian yang tidak jauh beza setiap hari.
Sedia maklum, rakyat Malaysia dah biasa sangat dengan masakan seperti asam pedas, sambal tumis, masak lemak cili api, sup, masak kicap dan masak kari, apa kelainan yang boleh cuba? Hmmm...
Apa kata kali ini cuba masak resepi kari Korea yang mudah dan lazat sekali.
Yang menarik ialah apa-apa saja bahan kegemaran juga boleh dibubuh dalam kari tersebut, tidaklah seperti versi kari yang memerlukan banyak rempah-rempah dan herba.
Bahan :
7 oz daging lembu, dipotong kiub (200g)
2 kentang, dikupas dan dipotong dadu
1 lobak merah sederhana, dikupas dan dipotong dadu
2 bawang, dicincang
1 zucchini sederhana, dipotong dadu
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
4 oz campuran serbuk kari (113g)
Garam dan lada
Minyak sayuran untuk menumis
sumber foto: http://eugeniekitchen.com/
Cara membuatnya :
1) Panaskan minyak dalam kuali yang dalam, atau kuali dengan api yang sederhana. Masukkan daging lembu. Perasakan dengan garam dan lada. Tumis selama 2 minit.
2) Masukkan kentang, lobak, bawang, dan serbuk bawang putih. Tumis selama 5 minit. Akhir sekali masukkan kacau zucchini.
3) Masukkan 3 cawan air ke dalam. Biar sehingga mendidih. Kemudian kecilkan api dan renehkan sehingga kentang masak selama kira-kira 15 minit.
4) Serbuk kari dimasukkan sedikit demi sedikit. Reneh sehingga sos pekat.
5) Biarkan semuanya empuk. Tuang ke atas nasi panas.
sumber info: http://eugeniekitchen.com/ |
|