|
Oleh Adib ZA
(Sumber foto: Carian google)
Pulang kerja apa yang terfikir di minda ialah menu yang ringkas-ringkas sahaja tapi sedap, betul tak.
Telur bistik mungkin jawapan yang anda cari. Manakan tidak, rasanya yang masam manis dan sedikit pedas memang membuatkan ramai terliur.
Jom cuba resipi mudah ini.
Bahan untuk telur:
Isi ayam dipotong dadu
Telur
Bahan untuk kuah:
Cili merah
Bawang putih
Bawang holand
Cili sos 3 sudu
Tomato sos 2 sudu
Sos tiram 1 sudu
Garam
Nenas
Tomato
Timun
Cara-caranya:
Untuk telur, sekalikan dengan isi ayam, dan goreng. Lalu ketepikan.
Untuk kuah, goreng dulu bawang putih sampai naik bau.
Masukkan cili, goreng sampai masak, kemudian masukkan semua sos di atas. Kemudian, masukkan bawang holand.
Masukkan garam dan timun dan tomato. Gaul dan masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali tuang ke atas telur yang telah digoreng tadi. - CARI Infonet
Sumber resipi: Blog Nashanim |
|