View: 3871|Reply: 8
|
Ikan Masin Cili Kering, Jangan Sampai Kempunan
[Copy link]
|
|
Oleh Adib ZA
Buat anda yang gemar masakan kampung, ikan masin goreng memang salah satu menu yang tak harus dilepaskan.
Nak tambah supaya ia menjadi umph apa kata anda tumiskan seketika ia bersama cili kering. Gabungan rasa pedas dan masin serta kewangian ikan masing itu sendiri memang menusuk kalbu betul.
Lihat resipi yang sangat mudah ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan:
Minyak untuk menggoreng
4 ketul ikan talang kering (dipotong kiub-kiub kecil)
4 biji bawang besar (dihiris sederhana tebal)
10 biji cili kering (dihiris halus)
10 biji cili padi
Cara-caranya:
1. Panaskan minyak dalam kuali (tidak terlalu banyak kerana minyak tersebut akan digunakan sepenuhnya dalam gorengan ini).
2. Goreng Ikan talang kering sehingga masak dan angkat.
3. Dengan minyak yang sama, goreng cili kering sehingga hampir garing.
4. Seterusnya masukkan bawang dan goreng sehingga hampir layu.
5. Masukkan semula ikan kering yang telah digoreng awal tadi. Kacau supaya semua nya bercampur dan seterusnya boleh lah diangkat. - CARI Infonet
Sumber resipi: Blog Intai2dapurfha |
|
|
|
|
|
|
|
tt ni mint ke x ikan masin |
|
|
|
|
|
|
|
sedapnya makan dengan nasi panas2....... |
|
|
|
|
|
|
|
sdpnye mkn time ujan2 mcm nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya ikan masin. Dan dan la tingin ikan masin masak lemak ngan nenas. Makan lak ngan sambal belacan. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah pergi kenduri orang kahwin
salah satu menu yg dihidangkan utk tetamu
ikan kering masak bercili macam gambar kat atas tu...huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
sedapnyaaa. boleh buat malam kang |
|
|
|
|
|
|
| |
|