View: 12206|Reply: 0
|
Rasa Kebas Pada Hujung Jari, Tangan dan Kaki
[Copy link]
|
|
Kebas adalah keadaan di mana seseorang mengalami kekurangan rasa (sensation). Keadaan ini kebiasaannya berlaku disebabkan oleh irritasi saraf atau saraf periperi terhimpit. Rasa kebas boleh berlaku pada mana-mana bahagian badan dan cirinya bergantung kepada jenis dan lokasi saraf yang terlibat. Rasa kebas lebih kerap dirasai pada hujung jari, tangan, tapak kaki, lengan atas dan kaki.
Apa yang menyebabkan rasa kebas berlaku?
Rasa kebas boleh disebabkan oleh:
1. Masalah urat saraf
Kecederaan pada saraf akibat kemalangan.
Saraf periferi tertekan disebabkan oleh ‘herniated disc‘ atau oleh osteophytes yang terbentuk akibat proses degeneratif.
Jangkitan pada saraf periferi seperti kayap.
Carpel Tunnel Syndrome (saraf median tertekan di kawasan pergelangan tangan).
Kerosakan saraf akibat bahan toksik seperti, pengambilan alkohol dan rokok.
2. Gangguan pada saluran darah
Pemakanan tidak sihat, kurang bersenam, serta amalan tidak sihat seperti merokok dan pengambilan alkohol adalah antara punca penyempitan saluran darah
Keadaan ini menyukarkan proses aliran darah keseluruh tubuh
Salur darah di hujung kaki yang menyempit akan membuatkan seseorang itu akan berasa kebas, sejuk atau sakit di hujung kaki.
Keadaan ini sering terjadi kepada pesakit diabetes, tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan strok.
3. Lain-lain
Kesan samping ubat, contohnya ubat penyakit tuberculosis seperti isoniazide.
Berlakunya kekurangan vitamin dalam badan seperti kekurangan vitamin B12.
Keadaan kebas juga boleh berlaku jika seseorang kekurangan darah, terlalu gemuk, wanita mengalami putus haid dan kadang-kadang orang yang kekurangan kalsium.
Apa saya perlu buat jika sering rasa kebas?
Dalam keadaan biasa, rasa kebas adalah sesuatu yang biasa dan tidak perlu dirisaukan.
Contoh situasi biasa adalah seperti tertindih lengan semasa tidur. Keadaan itu menyebabkan kita merasa kebas disebabkan ketika lengan kita tertindih, urat saraf terganggu sehingga membuatkan aliran darah menjadi sempit.
Begitu juga apabila kita duduk atau bersila terlalu lama, kita akan merasa kebas. Namun demikian, ia akan hilang apabila kita bangun dan bergerak. Kebas seperti itu adalah normal.
Gerakkan anggota badan yang terlibat secara perlahan-lahan dan buat aktiviti regangan untuk melegakan rasa kebas yang dialami.
Tetapi, anda disarankan untuk membuat temujanji berjumpa dengan doktor sekiranya:
Rasa kebas kerap berlaku dan berulang-ulang
Keadaan kebas yang dialami bertambah teruk
Kebas melibatkan kedua-dua bahagian badan
Kebas terjadi apabila anda melakukan aktiviti tertentu dan
Rasa kebas hanya pada hujung jari kaki dan tangan
sumber : www.keluargasihat.com
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|