CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12830|Reply: 0

[Tempatan] Kerajaan Malaysia Simpan RM12.8 Bilion Wang Tidak Dituntut,mungkin guna JPN cari pemilik dan inisiatif untuk terus memasukkan dana ke akaun bank pemilik tanpa mereka perlu melalui proses tuntutan.

[Copy link]
Post time 14-11-2024 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 14-11-2024 11:43 PM

Kerajaan Malaysia sedang menyimpan sejumlah RM12.8 bilion dalam bentuk wang tidak dituntut, dedah Timbalan Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan, dalam Dewan Rakyat hari ini.



Menurut FMT, Sehingga 31 Oktober, daripada keseluruhan RM17 bilion wang tidak dituntut yang diserahkan oleh syarikat-syarikat dan firma, hanya RM4.2 bilion telah berjaya dituntut oleh pemilik yang sah, menurut laporan Bernama.
Dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai, Jabatan Akauntan Negara telah mengambil inisiatif dengan membuka 184 kaunter di seluruh negara.

Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memudahkan orang ramai memeriksa sama ada mereka memiliki wang tidak dituntut dan untuk menggalakkan lebih ramai rakyat tampil menuntut hak mereka.

Menariknya, Amir turut mendedahkan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan satu cadangan untuk menggunakan data terkini daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mencari pemilik yang sah atau waris-waris wang tidak dituntut ini.

Idea ini melibatkan inisiatif untuk terus memasukkan dana ke akaun bank pemilik tanpa mereka perlu melalui proses tuntutan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 05:57 AM GMT+8 , Processed in 0.132031 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list