|
Oleh Fyruz Hanna
Satu masakan yang setanding dengan laksa Sarawak, sedap pada hemat penulis namun bihun ini tidak begitu terkenal seperti laksa Sarawak.
Bagi penggemar belacan, pasti bihun jenis ini sedap bagi anda namun awas, ada diantara kita walaupun gemar memakan belacan tetap alah dengan makanan ini.
Bahan Bihun Belacan
Bahan A
Bawang putih 5 ulas
bawang merah 4 ulas
bawang besar 1 ulas
Udang kering 1 sudu besar
Belacn 1 sudu besar
Kepala Udang Payak (20 ekor kepala)
Cili Padi 4
Cili hidup 2
Pati Belacan
Pati ayam
Bahan B
Bihun (dicelur)
Sotong kembang (celur + dihiris kecil
Timun
Kacang tanah ditumbuk
Cara membuatnya
1. Kisar bahan A. Tumis sehingga naik bau
2. Dalam peruiuk berlainan, rebus kepada udang
3. Air rebusan dituang ke dalam tumisan. Masukkan 2 sudu besar pati belacan dan satu sudu kecil pati ayam
4. Masukkan sos tiram, kicap pekat dan kicap manis.
5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan tepung jagung sesedap rasa.
7. Hidang
-CARI Infonet. |
|