View: 2430|Reply: 1
|
Kek Milo Kukus, Terbayang-bayang Dibuatnya!
[Copy link]
|
|
oleh Adib Za
(Sumber foto: Carian google)
Siapa yang tak tertawan dengan rasa Milo yang enak, manis dan pekat?
Kali ini kita tampilkan sebagai kek kukus yang moist dan mudah sahaja penyediaannya.
Pasti anak-anak anda gemarkan kek ini!
Bahan A :
1 cawan milo
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
Bahan B :
3 biji telur
1 sdk esen vanila
(dipukul kembang)
Bahan C :
1 1/2 cawan tepung gandu,
1 sdk soda bikarbonat
1 sdk baking powder
Cara-caranya :
1. Bahan A dicampurkan dan dimasak diatas api yang kecil. Lepas sebati, tutup api.
2. Sejukkan sekejap Bahan A dan masukkan Bahan B, kacau sebati.
3. Masukkan pula Bahan C dan kacau.
4. Tapiskan jika ada ketul-ketul sebelum masuk ke dalam loyang.
5. Sapu mentega dan tepung didalam loyang sebelum masukkan adunan.
6. Kukus adunan sehingga masak diatas api yang sederhana, *jangan terlalu kecil dan terlalu besar!!!*
7. Kukus selama 30-45 minit. - CARI Infonet
Sumber resipi:Blog Intan Miza |
|
|
|
|
|
|
|
takde periuk kukus.. nak bakar dalam oven macamana? |
|
|
|
|
|
|
| |
|